Kredit gambar utama: Pexels
Dunia hari ini penuh persaingan dan cabaran. Perlu bekerja keras dan bijak menabung untuk masa depan. Iyalah, inilah zamannya duit masuk macam siput, keluar macam air. Walaupun sukar, perlu ada tabung kecemasan dan hari tua.
Menabunglah sebanyak mana yang anda mahu tetapi jangan terlalu mengikat ketat perbelanjaan sehingga diri sendiri mulai berasa tertekan. Paling mudah, cuba jimatkan penggunaan minyak... Tak susah pun, sambil-sambil memandu pun boleh lakukannya. Dah cuba bermacam cara tetapi minyak habis macam air? Anda boleh cuba lima cara ini.
#1 Tutup penyaman udara ketika menunggu di dalam kereta
Lagi elok jika penyaman udara tidak digunakan langsung sepanjang pemanduan 80km/j. Bagi mereka yang suka memandu laju, atau 80km/j dan ke atas, sebaiknya gunakan penghawa dingin untuk mengurangkan penggunaan bahan bakar.
#2 Jangan biarkan enjin hidup terlalu lama
Anda juga boleh meletakkan kenderaan di kawasan redup agar masa yang diambil untuk kereta sejuk lebih cepat sebelum anda mulakan pemanduan.
#3 Semakin berat muatan kenderaan anda, semakin tinggi penggunaan bahan bakar
Usah jadikan bonet kereta anda tempat simpanan pakaian, kasut atau pun stor barangan tak diperlukan.
#4 Pandu dengan tenang, pada kelajuan sama dan elakkan menekan brek serta minyak terlalu kerap
Kereta yang dipandu laju melebihi 90km/j menggunakan bahan api lebih tinggi. Jangan pula memandu kurang daripada 50km/j. Pemanduan perlahan juga meningkatkan penggunaan bahan bakar lebih tinggi berbanding mereka yang memandu secara konsisten pada kelajuan 90km/j dan sebolehnya elakkan memandu dalam kesesakan pada waktu puncak.
#5 Gunakan sahaja mata ganjaran untuk tebus diskaun minyak
Bukan itu sahaja, lebih banyak anda berbelanja, lebih banyak mata ganjaran diterima. Dengan menggunakan Kad Kesetiaan Petron Miles, anda boleh berjimat. Lebih banyak anda berbelanja, lebih banyak mata ganjaran diperoleh yang boleh ditebus dengan pelbagai ganjaran.
Selain daripada memperoleh tiga mata ganjaran Miles untuk setiap satu liter minyak Blaze 97 dan Blaze 100 dan dua mata ganjaran Miles untuk setiap satu liter minyak Blaze 95, Diesel Max dan Turbo Diesel Euro 5, penukaran mata ganjaran untuk mendapatkan minyak Petron Blaze juga mudah dan tidak perlukan mata ganjaran yang besar untuk penebusan.
Setiap 100 mata ganjaran, anda boleh menebus RM1 untuk mendapatkan pelbagai barangan dan keperluan di kedai runcit Treats! Tidak perlu terburu-buru untuk menebus! Kumpulkan lebih banyak mata ganjaran untuk penebusan lebih besar. Sebagai contoh, dengan 3,000 mata ganjaran anda boleh tebus bukan RM30 tetapi RM45 dengan Kad Kesetiaan Petron Miles yang boleh didapati secara percuma dan tiada tarikh luput selagi ada penggunaan dalam tempoh 12 bulan.
Lagi best, mata ganjaran Miles ini bukan sekadar boleh digunakan untuk membeli minyak atau barangan di kedai runcit Treats, tetapi dengan Kad Kesetiaan Petron Miles, mata ganjaran Miles menjadi “Miles Better” melalui usaha sama eksklusif Petron Miles dengan beberapa syarikat lain seperti Marvel, AirAsia BIG, Enrich, Zalora, Uber dan Kurnia Insurance bagi memberi anda lebih ganjaran serta diskaun untuk barangan terpilih termasuk pembelian di Zalora dan tiket masuk ke Sunway Lagoon.
Anda juga boleh menukar mata ganjaran Miles untuk mata ganjaran di PMiles Alliance Partners:
- 100 mata ganjaran Miles MAS Enrich dengan 400 mata ganjaran Miles Petron
- 500 mata ganjaran PLUS dengan 500 mata ganjaran Miles Petron
- 100 mata ganjaran AirAsia BIG POINTS dengan 200 mata ganjaran Miles Petron
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.