Kredit: Shutterstock
Siapa yang tidak teruja jika nama dipanggil sebagai tetamuNya setelah bertahun-tahun mendaftar untuk mengerjakan haji. Dalam keterujaan, sudah pasti terselit kebimbangan terutamanya dalam menghadapi cabaran di bumi Mekah dan Madinah yang panas kering dan dikunjungi jutaan manusia. Dan sebagai wanita, sudah tentu cabaran anda lebih lagi.
Kredit: Shutterstock
Untuk bakal jemaah haji terutamanya kaum muslimat, kami kongsikan 5 tip untuk anda survive di musim haji.
#1 Kekal Sihat
Kredit: Shutterstock
Cuaca panas kering melebihi 40 darjah selsius, sudah tentu membuatkan kita mudah batuk, selesema dan demam. Sejukkan badan dengan banyak minum air zam zam, amalkan minum yogurt laban.
#2 Beg Kasut
Selain dari sarung kasut yang selesa untuk berulang alik ke masjid dan sepanjang berada di Arafah, pastikan anda bawa beg kasut untuk menyimpan kasut anda ketika berada di dalam masjid.
#3 Datang Awal
Kredit: Shutterstock
Sebaiknya datang ke masjid awal dan pilih tempat solat berhampiran tiang. Bolehlah anda letakkan beg dan botol air minum di situ supaya tidak mengganggu jemaah lain.
Dan untuk jemaah yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke Mekah, pastikan anda ingat pintu masuk yang digunakan untuk ke dalam masjid.
#4 Botol Spray
Botol spray bukan sahaja boleh digunakan untuk mengambil wuduk tetapi berguna untuk mengurangkan bahang panas. Hanya spray pada wajah dan kepala serta di dalam khemah di Arafah sekerap mungkin. Anda juga boleh bawa kipas kecil yang boleh diisi air untuk mengurangkan bahang.
#5 Telekung Selesa
Selain bawa pakaian selesa yang menutup aurat, pastikan anda bawa beberapa helai tudung untuk digunakan sepanjang melakukan ibadat haji. Sebaiknya cari telekung yang mengikut bentuk muka supaya rambut tak terkeluar, selesa dan kainnya sejuk dan labuh supaya kaki tak terkeluar ketika solat.
Anda boleh dapatkannya di Telekung Siti Khadijah (SK). Telekung SK diperbuat menggunakan fabrik cotton-feel polyester yang selesa, tidak jarang, tidak tebal, sejuk dan selesa untuk solat. Telekung SK juga tidak berkedut dan tahan lama.
Selain telekung, terdapat perbagai kelengkapan haji dan umrah seperti kasut, kelengkapan ihram, pakaian lelaki dan wanita dan produk penjagaan diri.
Lebih menarik, SK mengadakan Promosi Lambaian Kaabah yang berlangsung sehingga 28 Julai ini dengan tawaran diskaun sehingga 50%!
Antara yang menarik menanti anda di Promosi Lambaian Kaabah ini termasuklah:
a) Beg istimewa dengan pembelian telekung terkini
b) 10 pouch SK untuk pembelian Telekung Atasan
c) Kombo menarik
d) Pembelian dengan pembelian menarik
e) Peraduan cabutan bertuah istimewa yang menjanjikan peluang percutian bernilai RM1,500 serta set Travel SK untuk 3 pemenang bertuah.
SK turut mengadakan cabatan bertuah istimewa bersempena pembukaan butik terbaharu SK di Subang Parade dan Central I-City, Shah Alam pada 26 hingga 28 Julai 2019.
Layari website, Instagram dan YouTube Siti Khadijah hari ini untuk info lanjut.
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.