Artikel ini ditaja oleh ZnZ DynamicWorks Resources
Kredit: benzoix/Freepik.com & ZnZ DynamicWorks Resources
Walaupun PKP dah berakhir dan mereka yang telah menerima dua dos vaksin lengkap boleh merentas negeri, masih ramai yang mengambil langkah berjaga-jaga dan kekal di rumah jika tiada urusan penting di luar.
Untuk anda yang mempunyai keluarga, saudara-mara atau sesiapa sahaja yang disayangi yang berada jauh di mata, terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan sebagai tanda ingatan, penguat kasih sayang dan mengeratkan silaturahim. Kami cadangkan anda lakukan beberapa aktiviti menarik ni:
#1 Main permainan video atas talian
Bermain permainan video atas talian bukan saja memberi peluang untuk bertanya khabar, malah merapatkan lagi hubungan sedia ada.
#2 Saling berkongsi resipi dan buat cabaran memasak bersama melalui panggilan video
Rasa panggilan video yang biasa terlalu singkat? Lanjutkan sesi berborak dengan berkongsi resipi istimewa masing-masing dan buat cabaran memasak bersama-sama ketika sesi panggilan video!
#3 Buat album gambar dalam format digital bersama-sama
Sekarang ni semua serba-serbi atas talian. Jika anda dan mereka yang tersayang mempunyai kenangan indah bersama-sama yang pernah dirakamkan, kumpulkan kesemuanya (sama ada foto atau video) dalam sebuah album digital, contohnya seperti MyAlbum.
#4 Main kuiz atas talian bersama-sama
Meriahkan lagi panggilan dengan bermain kuiz atas talian beramai-ramai, contohnya seperti kuiz teka-teki menggunakan lukisan.
#5 Saling berduet melalui aplikasi karaoke
Terdapat banyak aplikasi karaoke di mana anda boleh berduet bersama, seperti Smule dan WeSing yang percuma dan menyeronokkan.
#6 Buat kejutan istimewa buat mereka
Jika anda terlalu sibuk, buat kejutan istimewa juga amat bermakna dan menandakan bahawa anda masih memikirkan tentang mereka yang tersayang walaupun jauh. Jika anda mempunyai orang tersayang yang berada di Melaka, apa kata anda buat kejutan istimewa dengan Dynamic Surprise Birthday Melaka?
Syarikat ni menyediakan perkhidmatan membuat dan menghantar bouquet/hadiah untuk orang tersayang yang berada di Melaka daripada mereka yang berada di kejauhan yang tidak dapat balik untuk meraikan hari istimewa. Tapi, anda tak perlu pun tunggu hari istimewa untuk beri kejutan!
Jenis bouquet yang ditawarkan antaranya ialah bunga, coklat/manisan, buah-buahan, dan apa sahaja berdasarkan keperluan dan bajet anda. Bouquet-bouquet yang ada sememangnya kelihatan menarik, eksklusif, dan mampu milik! Dengan pelbagai pilihan yang ada dan penghantaran yang cepat, pastinya kejutan bouquet ini bakal memberi kenangan terindah buat mereka yang tersayang!
Selepas penghantaran, Dynamic Surprise Birthday Melaka akan mengambil gambar/video penerima yang menerima bouquet dan menghantar gambar/video tersebut kepada anda sebagai bukti penghantaran.
Anda juga dapat melihat reaksi penerima (saat-saat terkejut/menyentuh perasaan) walaupun anda tiada bersama mereka. Dengan ini terciptalah kenangan indah yang baharu, dan anda dapat merasai detik tersebut walaupun berada jauh.
Cantikkan bouquet-bouquet yang ada? Apa tunggu lagi? Jom lihat rekaan-rekaan yang ada dan buat tempahan mengikut keperluan dan bajet anda di beberapa saluran berikut:
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.