Kredit: Freepik
Anda pernah dengar tak nama Marie Kondo? Marie Kondo ni pakar mengemas rumah dan dia dah banyak tolong orang ramai untuk kemas rumah sampai kemas dan teratur.
Konsep Marie Kondo ni lebih kurang sama saja dengan gaya hias Scandinavian, di mana minimalism, iaitu penggunaan barang yang terhad di rumah, diterapkan.
Kenapa orang ramai gilakan Marie Kondo ni? Sebab dia pencipta The KonMari Method. Kebanyakan kaedah mengemas rumah mengambil pendekatan di mana kita kena kemas dari bilik ke bilik dan sedikit demi sedikit, dan cara ini tak begitu berkesan untuk jangka masa panjang.
Kaedah KonMari pula mendorong pengemasan dan susun atur mengikut kategori - bermula dengan pakaian, kemudian beralih ke buku, kertas, komono (barangan pelbagai), dan, akhirnya, barangan sentimental.
Ikut kaedah dia, anda cuma boleh simpan barangan yang benar-benar bermakna saja, dan buang barang-barang yang tak lagi buat anda gembira. Anda jugak digalakkan untuk berterima kasih di atas jasa yang telah diberikan oleh barangan tersebut, kemudian membuangnya.
Indah kan falsafah KonMari ni? Walaupun kita dah tak suka sesuatu barang tu, kita tetap menghargainya. Ni enam peraturan asas Kaedah KonMari:
#1 Anda kena komited untuk mengemas rumah
Tetapkan masa yang terluang untuk kemas rumah. Planner list ni mungkin boleh membantu anda dalam misi mengemas rumah.
Kredit: Shopee
#2 Bayangkan gaya hidup yang anda idamkan
Cuba bayangkan gaya hidup idaman anda di mana rumah dah kemas dan cantik. Cuba gambarkan kehidupan tersebut secara visual, contohnya dengan menggunakan journal melukis dan pelekat hiasan yang lawa ni.
Kredit: Shopee
#3 Buang segala barangan yang dah tak berguna dan buat anda gembira
Tanya diri anda sama ada barang tu masih berguna atau buat anda gembira tak. Kalau tak, buang saja. Gunakan beg sampah wangi biodegradasi ni yang mesra alam sekitar.
Kredit: Shopee
#4 Mula mengemas mengikut kategori, bukan bilik (contohnya baju, buku, dll.)
Anda boleh tentukan sendiri kategori apa yang anda rasa paling senang nak kemas. Tapi biasanya baju yang paling senang, jadi boleh mulakan dengan itu dulu.
Kredit: Shopee
Barangan yang kecil-kecil pula selalunya mencabar, contohnya macam alat solek, peralatan menulis dan sebagainya. Untuk barangan yang kecil-kecil ni, anda boleh gunakan storage box atau storage basket.
Kredit: Shopee
#5 Kemas ikut susunan yang betul (mulakan dengan yang senang dulu, macam baju, dan akhir sekali kemas barangan yang sentimental)
Selalunya baju ialah barang yang paling senang untuk dikemas. Kemudian anda boleh beralih kepada buku, dan seterusnya barangan lain yang ada.
Akhir sekali, kemas barangan yang sentimental sebab barang ni yang paling mencabar dan mengusik emosi (contohnya pasu kesayangan arwah mak atau set golf peninggalan arwah ayah).
Kredit: Shopee
Kalau nak senang dan tak tersalah buang barang, gunakan pelekat untuk label barang yang nak disimpan.
#6 Akhir sekali, tanya diri anda sama ada barang tersebut buat anda gembira atau tak
Bila anda dah asingkan barang yang nak dibuang dan nak disimpan, tanya diri anda sekali lagi sama ada anda benar-benar rasa barang yang nak disimpan tu buat anda gembira ke tak. Kalau ya, anda boleh display barang tu dengan rak hiasan jadi setiap kali pandang anda rasa gembira.
Kredit: Shopee
Dah bersedia? Jom kemas rumah! Nikmati proses mengemas rumah dan jangan rasa tertekan ya.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.