Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

Nak Bantu Selamatkan Bumi? Ini 6 Langkah Mudah Yang Anda Boleh Lakukan

Nampak kecil tetapi kalau kita sama-sama buat, impaknya besar!
Izza Yatim
17 Dec 2021, 04:01 PM

Artikel ini ditaja oleh SW Corp

Seorang Wanita Minta Hentikan Pembuangan Sisa Pepejal

Kredit: wayhomestudio/Freepik.com

Hari ini, topik pencemaran dan kelestarian alam serta kerosakan di muka bumi bukanlah suatu yang luar biasa. Isu pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar ini telah diperjuangkan lama.

Lihat sahaja kes banjir besar akibat penebangan hutan secara berleluasa, masalah air akibat pencemaran sungai, serta kesan rumah hijau yang menyebabkan bumi semakin panas, cuaca menjadi tidak menentu malah, penyakit bawaan vektor seperti demam denggi akibat takungan air di kawasan sampah sarap yang tidak terurus... Semua ini adalah disebabkan oleh kita.

 

Ayuh! Mulakan langkah awal untuk selamatkan bumi untuk generasi akan datang. Walaupun usaha kita nampak kecil, tetapi ianya lebih baik dan memberi impak yang besar, kan?

Ini antara yang anda boleh lakukan untuk selamatkan bumi: 

#1 Jaga Dan Pelihara Persekitaran

Peranan masyarakat untuk menghargai bumi dan kehidupan yang dianugerahkan kepada kita oleh Pencipta merupakan suatu amanah yang harus dipelihara demi kelestarian alam sekitar dan kelangsungan kehidupan.

Peranan untuk menjaga dan memelihara persekitaran juga selaras dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang bukan sahaja dirangka untuk membudayakan kehidupan yang sihat tetapi kelestarian persekitaran juga. Ini dapat dilihat pada salah satu daripada teras ANMS iaitu, kebersihan persekitaran. Ayuh! Jadikan budaya menjaga kebersihan persekitaran sebagai satu amalan.

#2 Asingkan dan Buang Sampah Ke Dalam Tong Sampah

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SWCorp Malaysia (@swcorp_my)

Asingkan semaksimum sisa pepejal yang dijana. Didik diri dan anak-anak untuk buang sisa pepejal ke dalam tong sisa pepejal yang disediakan. Sebaiknya asingkan barangan kitar semula mengikut jenis iaitu kertas, plastik, kaca, aluminium dan lain-lain.

Sisa pepejal yang tidak boleh dikitar semula hendaklah dibuang ke dalam tong sisa pepejal yang disediakan supaya persekitaran lebih bersih dan ceria!

#3 Hargai Makanan, Elak Pembaziran 

Tahukah anda, setiap individu menjana 1.17kg sisa sehari. Komposisi janaan sisa pepejal terbanyak ialah sisa makanan. Ayuh! Kita kurangkan sisa makanan:

1. Sediakan masakan yang secukupnya supaya tiada lebihan makanan yang dibazirkan.

2. Jika makanan dihidangkan secara buffet, ambil yang perlu sahaja.

3. Makanlah sampai habis dan elakkan pambaziran. Sisa makanan boleh dikompos menjadi baja.

#4 Jangan Gunalah Plastik Sekali Guna

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SWCorp Malaysia (@swcorp_my)

Tahukah anda botol plastik mengambil masa 450 tahun untuk dilupuskan manakala bekas plastik pula antara 50 ke 80 tahun?

Untuk kurangkan masalah ini, anda boleh gantikan penggunaan barangan plastik sekali guna atau polisterina dengan barangan yang boleh diguna semula seperti sudu garpu guna semula, bawa botol minuman dan bekas makanan dari rumah serta gunakan beg guna semula setiap kali keluar membeli barangan keperluan.

#5 Berani tegur 

Anda hanya perlu berani tegur kepada mana-mana individu yang membuang sampah merata-rata dengan cara yang berhemah. Sebagai masyarakat yang cintakan keindahan persekitaran, jadikan amalan ini sebagai peranan penting untuk menjadikan negara kita bersih, indah dan sejahtera.

#6 Jom Kitar Semula 

Barangan kitar semula yang telah diasing dapat mengurangkan janaan sisa pepejal di tapak pelupusan. Kos pelupusan pun dapat dikurangkan. Sehingga tahun 2020, Kadar Kitar Semula Kebangsaan telah mencapai 30.67% dan sasarannya menjelang tahun 2025 adalah 40%. Jom bersama-sama kita kurangkan penjanaan sisa pepejal di tapak pelupusan dengan mengamalkan konsep 3R.

Bukan itu sahaja, dengan menjual barangan kitar semula, anda semua boleh mendapat pulangan yang lumayan. Persekitaran bersih, wang pun dapat!

Poster Jana Pendapatan Tambahan Dengan Kitar Semula

Kredit: SWCorp

Nak hantar barangan kitar semula ke mana? Terdapat 5,044 kemudahan kitar semula. Antaranya ialah Community Recycle Centre, Pusat Kitar Semula dan KOSIS. Banyakkan? Anda boleh menghubungi SWCorp untuk mengetahui kemudahan kitar semula terdekat dengan kawasan anda. Jom! Jana pendapatan tambahan dengan budaya kitar semula. Lebih berbaloi berbanding dibuang begitu sahaja.

kepentingan kitar semula

Kredit: Freepik

Pelbagai program dan inisiatif untuk menggalakkan amalan 3R bagi mengurangkan sisa pepejal termasuklah Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan (HKSK) yang disambut pada 11 November setiap tahun.

Pada tahun ini sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan (HKSK) mengangkat tema ‘Adiwira Bumi’ dengan penganjuran pelbagai aktiviti menarik termasuklah webinar tentang isu-isu pengurusan sisa di Malaysia, tazkirah, Pocket Talk, program pengumpulan dan pembelian barangan kitar semula di Pusat Komuniti Sisa Sifar (KOSIS), pertandingan 3R Voice Over, 3R MasterChef menggunakan leftover food, kuiz dan teka silang kata.

Nak tau apa lagi aktiviti kelestarian bumi yang boleh anda sertai, layari laman web SWCorp Malaysia (Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam) atau Facebook SWCorp Malaysia. Malaysia yang bersih, indah dan sejahtera.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.