Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

Apa Reaksi Anda Untuk 6 Situasi Ni?

Nak marah ke, nak urus dengan 'gentle care'?
14 Feb 2022, 01:35 AM

Artikel ini ditaja oleh TOP Detergent Malaysia

apa reaksi anda untuk 6 situasi ni?

Kredit: benzoix/Freepik.com

Dalam hidup ni macam-macam perkara yang boleh terjadi. Adakalanya sesuatu situasi itu membuatkan kita gembira, marah, sedih, tegas, atau lembut. Setiap hari tanpa kita sedari kita akan menentukan reaksi kita sendiri terhadap sesuatu yang terjadi pada kita.

Antara keenam-enam situasi ini, cuba anda fikir sama ada anda akan bereaksi tegas atau lembut:

#1 Anak anda nak keluar bermain dulu sebelum selesaikan kerja sekolah

Sebagai bekas pelajar bertahun yang lalu, kita orang dewasa juga faham situasi kanak-kanak di mana mereka juga nak lepaskan tekanan belajar dengan bermain-main. Tapi pendidikan mestilah menjadi suatu keutamaan buat semua kanak-kanak. Adakah anda akan benarkan anak keluar bermain dulu sebelum siap kerja sekolah?

Jika anda tetap nak anak utamakan pelajaran dahulu, mungkin anda boleh berikan insentif kepada mereka jika selesai kerja sekolah sebelum keluar bermain, contohnya macam hidangkan kuih-muih, snek ringan yang disukai, atau beri waktu menonton TV yang lebih lama.

#2 Ada jualan gudang jenama kegemaran anda pada harga runtuh. Anda terlihat sehelai pakaian idaman anda yang hanya tinggal satu, dan saat anda mengambilnya, ada pembeli lain yang turut sama merembat pakaian itu

Alamak, macam mana ni? Dahlah jenama kegemaran anda tu mahal dan jarang ada diskaun besar, dan sekarang anda terpaksa berebut pula dengan pembeli lain yang turut inginkan pakaian idaman yang sama.

Dalam hal ni, mungkin anda boleh dapatkan bantuan jurujual yang bertugas. Mungkin mereka boleh berikan solusi terbaik seperti memberi produk yang lebih kurang sama dan sebagainya.

#3 Pokok dari rumah jiran dah menjalar panjang sampai masuk ke bahagian rumah anda dan menjadikan laman anda kelihatan serabut

Sebelum anda sakit hati dengan jiran, cuba bertenang dan beritahu mereka dahulu. Mungkin boleh minta mereka agar potong sedikit batang-batang pokok yang terlebih masuk tu. Jiran anda barangkali tak perasan bahawa pokoknya dah ‘menjajah’ kawasan anda.

#4 Anda seorang penjual online dan ada seorang pembeli yang berkali-kali janji akan membuat bayaran, tapi itu semua hanya janji manis belaka

Nak berlembut dan beri peringatan, atau marah dan block dia? Jika dah lebih dari tiga kali diberi peringatan dan masih tiada bayaran dibuat, amanah anda sebagai penjual dah dijalankan, maka anda boleh menjual barang yang di’reserve’ itu kepada pembeli lain.

#5 Pekerja di bawah anda kerap melakukan kesilapan walaupun dah banyak kali ditegur

Nak buat macam mana lagi ya dengan pekerja yang macam ni? Sebagai pengurus atau orang atasan, anda boleh rujuk polisi syarikat anda dalam mengendalikan kes seperti ini. Bergantung kepada syarikat, terdapat beberapa tindakan yang boleh diambil, contohnya seperti memberi surat amaran atau meletakkan pekerja itu dibawah ‘program pemulihan produktiviti’ selama beberapa bulan.

#6 Ada orang tertumpah minuman atau kuah pada baju kegemaran anda

Alamak, baju ni dahlah mahal dan perlukan penjagaan khusus untuk mencucinya! Adakah anda akan ‘serang’ orang tersebut, atau sebaliknya? Dalam hal ini, rasanya lebih baik jika anda tak berkonflik tentang kejadian yang tak sengaja macam ni.

Sebaliknya, kami cadangkan anda ‘handle with Gentle Care’ dan tumpukan perhatian kepada bagaimana nak menghilangkan bekas kotoran tersebut. Kotoran degil tak semestinya kena dicuci dengan cara yang kasar (macam guna berus).

Apa kata anda cuba cuci menggunakan pencuci baju TOP Gentle Care? Cecair pencuci baju ini sangat berkuasa dalam menghapuskan virus, bakteria, dan kotoran degil namun lembut terhadap pakaian yang dicuci?

antara 6 situasi ni, adakah anda akan bereaksi tegas atau lembut?

Kredit: TOP Detergent MY

Satu botol pencuci sahaja dah cukup untuk seisi keluarga. Bukan itu sahaja, antara kelebihan-kelebihan cecair pencuci baju ini ialah ia telah dirumus khas dan diuji secara dermatologi yang lembut pada kulit tanpa menjejaskan keberkesanan pencucian; jadi ianya sesuai untuk SEMUA ORANG.

Diperkasakan dengan Caring Touch Tech yang mengandungi bahan aktif berasaskan tumbuhan, cecair pencuci baju ni memberikan anda sekeluarga pakaian yang serba bersih dengan bauan segar yang unik.

Manakala dengan teknologi Stain Busting Actionnya pula, ia memberikan tiga kali ganda keberkesanan dalam menanggalkan kotoran yang terperangkap jauh di dalam teras gentian kain; memastikan pakaian sentiasa bersih.

Selain itu, Fibre Care Tech cecair pencuci baju ini pula diformulasikan dengan Teknologi Penjagaan Fiber Jepun termaju agar pakaian sentiasa bersih dan dilindungi dalam setiap cucian, jadi pakaian anda akan tahan dan kekal baharu lebih lama!

Dirumus khas untuk kedua-dua jenis mesin basuh jenis top load dan front load, anda boleh dapatkan TOP Gentle Care ni di mana-mana pasaraya dan kedai runcit yang berdekatan dengan anda. Anda juga boleh membelinya online di Shopee atau Lazada.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.