Artikel ini ditaja oleh Momentum Internet Sdn Bhd
Kredit: tirachardz/Freepik.com; Edit: ERA
Jika anda bercita-cita untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya seperti Siti Khadijah, anda mestilah sanggup bersusah-payah terlebih dahulu dan bermula dari awal. Namun begitu, salah satu cara termudah untuk mulakan bisnes tanpa modal yang banyak atau tanpa sebarang modal ialah dengan menjadi wakil atau ejen sesuatu produk atau servis.
Menarik kan? Tapi sebelum itu, ikuti beberapa tips penting ini terlebih dahulu:
#1 Kenalpasti apa produk atau servis yang ingin dijual
Buat kajian berkaitan pasaran semasa dan apa produk atau servis yang paling diperlukan pengguna. Tak kisahlah produk atau servis apapun, buat kajian anda dengan teliti. Cari peluang yang ada dan pilih produk atau servis dengan permintaan yang tinggi dan anda minati untuk wakilkan.
#2 Daftarkan perniagaan di SSM
Nak pelanggan rasa lebih yakin dengan anda, pastikan anda daftarkan perniagaan anda dengan SSM. Terdapat beberapa jenis lesen perniagaan. Tapi sebagai ejen dan bisnes pemula, anda disarankan untuk memohon lesen LLP atau Perkongsian Liabiliti Terhad.
Ia sesuai untuk syarikat pemula terutama PKS dan golongan profesional (contohnya ejen jualan seperti anda) kerana kosnya yang berpatutan (berjumlah RM500) serta proses pendaftaran yang mudah dan cepat.
#3 Kenalpasti jenama yang anda minat untuk wakili, dan hubungi mereka
Sama ada jenama pakaian, aksesori, kecantikan, makanan, dan sebagainya; kenalpasti jenama yang anda minati dan ingin wakili sebelum hubungi mereka. Pastikan juga anda tahu serba-sedikit mengenai mereka agar peluang anda untuk menjadi ejen lebih cerah.
#4 Ketahui lebih lanjut tentang jenama yang anda pilih
Selain latarbelakang jenama yang anda pilih, mungkin anda juga boleh ketahui lebih lanjut tentang bagaimana mereka beroperasi, berapa komisyen yang ditawarkan, apa modal yang diperlukan untuk permulaan, dan sebagainya. Buat persediaan yang patut.
#5 Kuasai cara tulis ayat copywriting
Nak jual sesuatu produk atau servis online memerlukan kemahiran penulisan atau copywriting yang boleh menggerakkan hati pelanggan untuk mendapatkan produk/servis yang ditawarkan. Dalam kata lain, ayat copywriting anda mestilah meyakinkan pelanggan dan memaparkan info berguna.
Pastikan anda tahu serba-serbi tentang produk/servis yang dijual (bayangkan diri anda sebagai pelanggan). Lebih banyak maklumat dan manfaat yang anda maklumkan kepada mereka, lebih tinggi peluang anda untuk mendapat ramai pelanggan.
#6 Sentiasa tingkatkan ilmu perniagaan
Walau sebanyak atau sedikit manapun pengalaman anda dalam bisnes, jangan sekali-kali rasa selesa. Sentiasa tingkatkan ilmu perniagaan untuk maju ke tahap yang seterusnya. Sekarang ni anda boleh dapati pelbagai ilmu perniagaan dan peluang perniagaan yang boleh disertai dalam talian.
Cara Onlinekan Bisnes Tanpa Kos Bersama dengan Najib Assadok
Salah satunya ialah peluang berniaga khusus untuk kaum wanita sebagai ejen yang ditawarkan oleh Najib Assadok dalam sesi “Cara Onlinekan Bisnes Tanpa Kos” yang didatangkan dalam bentuk e-book bernilai RM259, di mana anda boleh dapatkannya secara PERCUMA!
Kredit: Momentum Internet
Segera jadi di antara 2,022 orang peserta yang terawal mendaftar dengan yuran SERENDAH RM22 dan dapatkan bonus E-Book “Onlinekan Bisnes Tanpa Kos Bernilai RM259.”
Untuk info lanjut atau buat pendaftaran, layari NakTarikPelanggan.com.
Selain itu, anda juga boleh Like dan Follow laman Facebook dan Instagram Najib Assadok untuk perkembangan terkini.