Kredit: @mr_joe94/instagram, @charlene22/instagram & @baby_meksaleh/instagram
Walaupun negeri di utara ini bersaiz kecil, tetapi Pulau Pinang mempunyai pelbagai lokasi menarik untuk diterokai. Pendek kata, kalau pergi sehari memang tak cukup.
Untuk anda yang suka berOOTD tu, ni kami senaraikan antara lokasi insta-worthy yang menanti anda. Bolehlah mula rancang percutian anda dari sekarang!
#1 Pulau Jerejak
Suatu ketika dahulu, pulau ini terkenal sebagai pusat tahanan, pusat penempatan banduan yang dibuang negeri dan penjara... Nak pergi pun tak berani! Kini pulau ini telah diberi wajah baharu, bangunan lama telah diganti dengan spot menarik untuk bergambar.
Banyak tempat cantik untuk anda pilih seperti jeti pelangi, tangga ke syurga dan buaian romantik untuk melihat pemandangan matahari terbenam yang memukau.
#2 Cheong Fatt Tze Mansion
Rumah agam berwarna biru ini antara tempat tumpuan pelancong dan merupakan lokasi penggambaran filem Crazy Rich Asians. Rumah milik usahawan China ini mempunyai 38 bilik, kini ditukar menjadi sebuah butik hotel mewah.
Menariknya, selain seni rekaanya yang tinggi nilai budaya Cina dengan ukiran kayu dan besi yang cantik, warna biru indigo pada cat rumah ini dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan.
#3 Taman Negara Pulau Pinang
Taman negara paling kecil di Malaysia yang boleh diakses dari 2 trek. Jika melalui trek ke Pantai Kerachut, anda akan menemui tasik Meromiktik yang mempunyai 2 lapisan air di dalamnya iaitu air laut dan air sungai yang tidak bercampur di antara satu sama lain. Tetapi pemandangan ini hanya dapat ditemui pada peralihan monsun.
Untuk anda yang sukakan alam semulajadi, di sini ada beberapa lokasi OOTD menarik terutamanya di kawasan Pantai Kerachut.
#4 Rumah Agam Jawi Peranakan
Jawi Peranakan atau anak tanjung merupakan kumpulan elit pada pertengahan abad ke-19.
Kekayaan mereka ini terserlah pada rumah agam dua tingkat yang terletak di George Town ni. Dindingnya berwarna hijau pudina dan pintu kayu bertatah emas terukir cantik. Ruang dalam rumah pun ada sedikit sentuhan Eropah.
#5 BookXcess di Gurney Paragon Mall
Bukan je ulat buku akan tertarik dengan lokasi ini, kaki-kaki OOTD pun tak nak lepaskan peluang bergambar di deretan rak buku bersaiz gergasi. Sambil-sambil cari buku kegemaran, bolehlah berposing sakan di beberapa spot dalam BookXcess ni.
Mempunyai keluasan melebihi 26,000 kaki persegi, tarikan utama BookXcess ini tentunya rak dua tingkat setinggi 10 meter yang merupakan rak tertinggi di Malaysia. Memang cun OOTD di sini!
#6 Butterworth Art Walk
Pergi ke Pulau Pinang memang tak lengkap kalau tak OOTD di Street Art. Ada banyak lokasi menarik. Salah satunya Butterworth Art Walk yang terletak di Bagan. Tak jauh pun dari terminal feri dan kereta api.
Di kawasan Butterworth ni juga ada container art yang dihasilkan sempena Penang International Container Art Festival (PICAF) 2020.
Anda boleh pergi ke Dataran Pemuda Merdeka untuk lihat sendiri karya seni ni.
#7 Kampong Agong
Tak perlu pergi jauh-jauh sampai ke Bali, anda boleh dapat panorama yang sama di Seberang Perai je! Kampung Agong yang terletak di Penaga kini menjadi tumpuan para pelancong tempatan dan antarabangsa untuk merakam gambar kenangan berlatar belakangkan suasana desa ala Bali.
Bolehlah OOTD di ‘sarang tergantung’ burung tempua dan naik buai dengan pemandangan sawah padi. Nak memancing, berbasikal pun boleh.
Memang cun kan spot OOTD di kawasan Pulau Pinang ni? Sambil-sambil posing sakan tu, bolehlah anda layan nasi kandar dan pasembor. Jangan lupa singgah di The TOP Penang, Bukit Bendera (Penang Hill), The Habitat, Tropical Spice Garden dan Entopia!
Sat Penang, hang tunggu cheq datang!
Tetapi sebelum tu apa kata anda dapatkan tawaran bilik, tiket masuk dan pakej terbaik pada harga berbaloi di penangtraveldeals.com. Memang rugi kalau ada lepaskan macam-macam tawaran menarik untuk lokasi-lokasi percutian di Pulau Pinang! Kenapa nak bayar lebih kalau anda boleh dapatkan percutian idaman serta gambar OOTD terbaik pada harga yang jauh lebih berbaloi, kan?
Jom bercuti ke Pulau Pinang!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.