Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

9 Jenis-Jenis Zakat Yang Ada Dan Perbezaannya Agar Anda Tidak Keliru

Pastikan anda tak tersilap jenis zakat yang perlu dibayar.
Dayana Sobri
20 Dec 2021, 11:14 AM

Artikel ini ditaja oleh Pusat Pungutan Zakat

9 jenis-jenis zakat yang ada dan perbezaannya agar anda tidak keliru
Kredit: Freepik.com

Masih ramai umat Islam di Malaysia yang kurang jelas tentang jenis-jenis zakat yang ada dan perbezaannya. Sama ada anda pembayar zakat sedia ada atau baru, penting untuk anda ketahui dan fahami setiap jenis zakat yang ada serta perbezaannya.

Ini bagi mengelakkan anda membuat kesilapan ketika pembayaran. Jadi, sebelum anda bayar zakat 2021, pastikan anda ketahui dan fahami jenis-jenis zakat yang ada. Terdapat dua kategori zakat utama, iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta. Bagi Zakat Harta, terdapat beberapa sub-kategori zakat.

Mari kita lihat satu-persatu:

Kategori 1: Zakat Fitrah 

9 jenis-jenis zakat yang ada dan perbezaannya agar anda tidak keliru

Kredit: Shutterstock

Zakat Fitrah ialah zakat yang paling popular di kalangan umat Islam. Zakat Fitrah diwajibkan ke atas setiap orang Islam, sama ada lelaki atau perempuan, yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Ia dianggap sebagai Sedekah yang wajib diberi semasa Ramadan. Tujuan utama Zakat Fitrah ialah untuk memberi makanan kepada orang-orang miskin dan memenuhi keperluan mereka bagi menyambut 1 Syawal (Hari Raya Aidilfitri).

Kategori 2: Zakat Harta 

9 jenis-jenis zakat yang ada dan perbezaannya agar anda tidak keliru

Kredit: Shutterstock

Zakat Harta ialah zakat yang diwajibkan bila harta seseorang individu telah mencapai jumlah tertentu. Zakat Harta terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu:

#1 Zakat Pendapatan 

Zakat Pendapatan diwajibkan ke atas mana-mana harta yang diperolehi dari hasil usaha, contohnya seperti gaji bulanan, upah kerja, elaun, bonus, dan lain-lain.

#2 Zakat Perniagaan 

Zakat Perniagaan wajib dikeluarkan; ia merujuk kepada hasil yang diperoleh dari harta perniagaan sama ada perniagaan yang melibatkan barangan atau perkhidmatan.

#3 Zakat Wang Simpanan 

Wang yang disimpan di dalam akaun simpanan, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, serta lain-lain bentuk simpanan di bank atau mana-mana institusi kewangan diwajibkan zakat sekiranya memenuhi syarat-syaratnya. Nisab (jumlah atau kadar minimum) zakat wang simpanan adalah bersamaan nilai 85g emas. Zakat dikenakan sebanyak 2.5% ke atas jumlah baki terakhir dalam tempoh setahun simpanan bila cukup nisab.

#4 Zakat Saham 

Para ulama telah menetapkan bahawa saham juga wajib dizakatkan oleh kerana nilai dan kekayaan yang boleh diperolehi seseorang melalui aktiviti jual-beli atau pemilikan saham.

#5 Zakat KWSP 

KWSP dikenakan zakat kerana konsepnya sama seperti wang simpanan, cuma perbezaannya simpanan di KWSP tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya seperti akaun simpanan biasa. Ia hanya boleh dikeluarkan sebahagian / keseluruhan oleh pencarum apabila ia mencapai umur tertentu atau memenuhi syarat–syarat dibawah pelbagai Skim Pengeluaran KWSP.

Bila anda mengeluarkan simpanan caruman KWSP, ia wajib dizakatkan.

#6 Zakat Emas 

Emas ialah simbol kekayaan harta yang berharga dan mampu berkembang. Zaman sekarang, emas kebanyakannya boleh didapati dalam bentuk jongkong emas atau barang perhiasan wanita. Oleh kerana emas tinggi nilainya dan berharga, zakat diwajibkan ke atas emas sama ada sebagai barang perhiasan, simpanan atau pelaburan.

#7 Zakat Perak 

Perak merupakan logam yang masih berharga dan berguna. Walaupun kegunaan perak pada zaman moden telah berubah, namun ianya masih kekal sebagai jenis simpanan yang bernilai. Zakat yang dikenakan ke atas perak termasuklah yang berbentuk syiling perak, jongkong perak, perkakasan perak, barang perhiasan perak, barang kemas perak, dan sebagainya.

#8 Zakat Pertanian 

Tanah yang subur serta mampu menghasilkan pelbagai tanaman yang bernilai juga boleh dianggap sebagai harta. Oleh itu mereka yang memenuhi syarat hendaklah mengeluarkan sebahagian zakat yang dikenakan ke atas hasil tanam-tanaman mereka.

Cepat sertai Kempen Year End Zakat (YEZ) 2021 dan nikmati rebat cukai pendapatan taksiran tahun 2021 selewat-lewatnya 31 Disember ini!

Pandemik Covid-19 telah menyebabkan ramai orang kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan yang membawa kepada lebih banyak kelaparan dan kemiskinan, jadi sudah tiba masanya untuk membantu golongan yang memerlukan untuk terus hidup dan bergerak ke hadapan supaya kita semua dapat #berdiribersama!

9 jenis-jenis zakat yang ada dan perbezaannya agar anda tidak keliru

Kredit: PPZ

Oleh itu, Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah melancarkan Kempen Year End Zakat (YEZ) 2021 baru-baru ini untuk menggalakkan lebih ramai umat Islam dalam membayar zakat bagi kesejahteraan bersama. Kempen tahunan PPZ-MAIWP ini bermula sekarang hingga 31 Disember 2021 dengan tema Berdiri Bersama.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, kempen ini merupakan seruan dan galakan kepada para pembayar untuk menyegerakan bayaran zakat mereka selewat-lewatnya 31 Disember 2021 bagi menikmati rebat cukai pendapatan taksiran tahun 2021 disamping pelbagai aktiviti yang ada sepanjang kempen.

9 jenis-jenis zakat yang ada dan perbezaannya agar anda tidak keliru

Kredit: PPZ

Berikut adalah kemudahan saluran-saluran pembayaran zakat yang disediakan: 

  • 10 Kaunter PPZ-MAIWP 

Sepanjang Disember, 10 kaunter PPZ-MAIWP akan beroperasi seperti biasa iaitu dari jam 8.15 pagi hingga 4.45 petang. Kaunter akan dibuka setiap hari termasuk cuti umum.

  • Portal PPZ-MAIWP dan Aplikasi MyZakat 

Sebagai usaha membantu kerajaan memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19, PPZ-MAIWP menggalakkan urusan pembayaran zakat dilakukan secara dalam talian melalui www.zakat.com.my atau aplikasi MyZakat yang boleh dimuat turun di Google Play atau Apple Store.

  • Ejen-Ejen Kutipan Zakat 

Pembayaran zakat juga boleh dibuat melalui ejen-ejen rasmi yang telah dilantik oleh PPZ-MAIWP iaitu melalui perbankan internet, portal online, e-wallet, kaunter-kaunter bank dan pos.

  • Zakat+ @MyTemujanji 

Nilai tambah baharu yang ditawarkan kepada para pelanggan PPZ-MAIWP untuk menikmati kemudahan temujanji dan urusan pembayaran zakat.

Zakat+ @MyTemujanji berperanan sebagai one-stop centre bagi memberi pilihan kepada para pembayar zakat untuk menetapkan temujanji bagi perkhidmatan iaitu Kaunter Zakat Digital, Kaunter Zakat Bergerak, Door To Door, dan Ride2U.

Untuk tempahan, anda boleh layari link di portal https://mytemujanji.zakat.com.my/.

Selain itu, pembayar yang membuat bayaran zakat sepanjang kempen ini berpeluang memenangi lebih 1,200 hadiah menarik. Pemenang akan dipilih melalui cabutan secara rawak tertakluk kepada terma dan syarat.

9 jenis-jenis zakat yang ada dan perbezaannya agar anda tidak keliru

Kredit: PPZ

Bertepatan dengan tema Kempen, PPZ-MAIWP turut mengadakan beberapa program yang akan melibatkan para pembayar zakat, MAIWP dan para asnaf antaranya program turun padang, Bual Bicara Santai, Super Sunday, dan banyak lagi.

9 jenis-jenis zakat yang ada dan perbezaannya agar anda tidak keliru

Kredit: PPZ

Jom bayar zakat anda selewat-lewatnya 31 Disember untuk mendapatkan rebat cukai di kaunter PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my atau muat turun aplikasi MyZakat. Hubungi 1300 88 5757 untuk maklumat lanjut mengenai kempen YEZ atau zakat.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.