Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

Nak Anak Jadi Orang Yang Berguna? Ini 6 Aktiviti Paling Berkesan Dan Menyeronokkan

Melentur buluh biarlah daripada rebungnya.
Editor
17 Apr 2019, 11:30 AM

nak anak jadi orang yang berguna? ini 6 aktiviti paling berkesan dan menyeronokkan

Kredit gambar utama: Shutterstock

Semua ibubapa tentunya memasang impian ingin melihat anak yang dijaga sejak kecil membesar menjadi anak berguna, anak yang berbakti kepada orang tua dan mampu memberi kebaikan kepada diri dan orang lain. Barulah ‘sejuk perut ibu mengandung’, kan?

Tetapi nilai-nilai ini tidak datang sendiri, perlulah dipupuk sejak kecil. Dan sebagai ibubapa, kita kenalah menjadi contoh ikutan yang baik kepada mereka.

Anda boleh tanam nilai-nilai ini melalui aktiviti mudah yang menyeronokkan. Walaupun nampak seperti mereka bermain, tetapi secara tidak langsung akan terbentuknya nilai yang diingini. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan dengan anak-anak termasuklah:

#1 Siapa Cepat Dia Menang

Sentiasa ajak anak-anak mengemas bersama-sama mainan yang telah mereka sepahkan. Jadikan aktiviti mengemas ini sesuatu yang menyeronokkan seperti adakan pertandingan siapa kemas paling cepat dan bersih dialah juara.

Beri ganjaran kepada anak-anak atas usaha dan kejayaan mereka. Tak perlu besar dan mahal, cukup sekadar menyediakan makanan kegemaran atau menghadiahkan mereka sebuah buku cerita.

#2 Kad Penghargaan

Ajak anak-anak membuat kad penghargaan kepada sesiapa sahaja yang mereka kehendaki sebagai tanda terima kasih atau sebagai meraikan kejayaan.

#3 Sukarelawan Cilik

Sekali sekala bawa anak-anak sertai aktiviti kesukarelawanan seperti menyusun makanan untuk anak yatim, mengemas rumah orang-orang tua, membersihkan sampah-sampah di padang atau mengajar anak-anak kecil membaca.

Jangan lupa ceritakan sebab dan alasan mengapa mereka perlu membantu mereka yang memerlukan.

#4 Kumpul, Kumpul Jual

Ajak anak-anak kumpul dan asing barangan yang boleh dikitar semula dan bawa mereka ke pusat kitar semula untuk jual barangan yang dikumpul.

Simpan wang yang diperolehi di dalam tabung. Sebahagiannya untuk memberi apa jua yang diingini mereka, sebahagian yang lain pula minta mereka sedekahkan kepada sesiapa jua dalam bentuk tunai atau barangan.

#5 Projek Hijau

Sediakan pasu berbeza untuk setiap orang. Biarkan anak-anak hias pasu mengikut kreativiti mereka. Ajak anak-anak tanam pokok yang mudah tumbuh.

Selain pokok bunga, sebaiknya minta mereka tanam pokok sayuran seperti taugeh dan kobis. Aktiviti ini bukan sahaja mengajar mereka menghargai alam, tetapi oleh bantu mereka untuk sukakan sayuran.

#6 Dengar Lagu

Bukan sekadar dengar tetapi fahamkan mesej dalam lagu tu. Anda juga boleh membuat aktiviti menari mengikut step lagu atau aktiviti meniru watak dan dialog.

Salah satu caranya dengan menonton muzikal dan berhibur dengan 5 karakter Dugro Buddies iaitu Aiden The Leader, Jolly Jane, Big Sis Sussie, Brainy Ben dan Kosmo The Kucing. Karakter ini diilhamkan sempena dengan promosi tiffin bertingkat Dugro dan jalan ceritanya dapat memupuk nilai-nilai moral yang baik kepada Si Manja.

Jom tengok telatah Dugro Buddies ni, watak mana yang paling digemari anak anda?

Jom pupuk sikap positif dan tingkatkan potensi Si Manja dengan Dugro. Dugro sentiasa bersama ibu-ibu menyokong setiap perkembangan Si Manja terutama sekali dalam membentuk mereka membesar untuk “Jadilah Lebih Lagi”. Layari di sini untuk info lanjut.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }