Kredit: Shutterstock Edit: SINAR
Tidak kiralah anda kerja makan gaji atau bekerja sendiri, dah namanya bekerja sudah tentu ada masalah dan tekanan yang menanti. Tu belum masuk lagi dengan perangai rakan sekerja yang ada kala menyakitkan hati, dan bos yang kurang memahami.
Jadi nak buat macam mana kalau masalah tempat kerja ni membelenggu fikiran anda, menyebabkan anda tertekan? Kami kongsikan antara cara yang anda boleh lakukan terutamanya dalam situasi sekarang ni apabila waktu ramai yang terpaksa bekerja dari rumah:
#1 Main dengan haiwan peliharaan
Walaupun haiwan-haiwan ni tak boleh bercakap, tetapi keletahnya sangat menghiburkan.
#2 Luang masa dengan ahli keluarga
Luangkan sedikit masa untuk bercerita, bergurau senda atau rancang aktiviti keluarga seperti BBQ, layan rancangan kegemaran bersama-sama atau cari masa makan tengah hari bersama-sama ahli keluarga pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan ni!
#3 Senaman!
Untuk yang dah lama tak bersenam tu, bolehlah pasang lagu kegemaran dan mulakan dengan langkah mudah seperti berjalan setempat.
#4 Belajar muzik secara online
Banyak je ilmu yang anda boleh dapat secara online termasuklah mengikuti kelas muzik secara online. Tetapi kenalah pastikan anda dah ada peralatan muzik yang diperlukan tu ya.
#5 Lakukan aktiviti yang anda sukai
Yang suka memasak, bolehlah cuba resipi baharu, yang suka menanam boleh dapatkan biji benih secara online. Atau sekiranya anda rasa dengan bermain permainan online dapat meredakan tekanan, pilihlah mana-mana permainan online yang anda minati.
Selain daripada buat aktiviti-aktiviti ni, anda bolehlah hilangkan tekanan dengan layan hiburan kegemaran pada harga serendah RM99 sebulan dengan melanggan pakej Astro & Broadband! Pek 2 dalam 1 ini memberikan anda akses kepada rancangan-rancangan Astro dan Maxis broadband dengan penjimatan hebat sehingga RM840!
Kredit: Astro
Dengan Astro & Broadband, anda boleh dapat Internet berkelajuan tinggi tanpa had mulai 30Mbps sehingga 800Mbps! Bolehlah layari internet, streaming atau bermain games online tanpa gangguan!
Kredit: Astro
Yang nak layan acara sukan dalam 4K UHD pun tiada hal. Boleh stream sampai 50,000 video on demand dan boleh gunakan Astro & Broadband ni untuk layan program-program di Astro GO secara PERCUMA menggunakan 4 peranti berbeza. Jadi, tak perlu risau jika anda dan ahli keluarga suka rancangan berbeza.
Kredit: Astro
Paling best, anda tak perlu risau tiada connection kerana Astro & Broadband didatangkan dengan Mesh Wi-Fi secara PERCUMA dengan pakej bundle 500Mbps dan 800Mbps bagi membolehkan anda dapat rangkaian Wi-Fi lebih meluas.
Kini, anda boleh nikmati pengecualian yuran broadband selama 1 bulan jika anda melanggan Astro & Broadband di sini. Apa tunggu lagi? Jom dapatkan Astro & Broadband sekarang!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.