Kredit: senheng
Selalunya anda beli apa sebagai hadiah pengantin? Selain set cawan, pinggan mangkuk dan set bekas makanan, ramai yang suka hadiahkan barangan elektrik.
Iyalah, pasangan raja sehari ni kan baru je nak mulakan kehidupan baru, sudah tentu mereka perlu lengkapkan rumah dengan peralatan elektrik kegunaan sehari-hari.
Ada banyak pilihan barangan elektrik, daripada serendah harga puluhan sehinggalah ke ribuan ringgit. Untuk anda yang sedang mencari hadiah untuk pasangan raja sehari, ni kami kongsikan antara barangan eletrik yang boleh anda dapatkan pada harga kurang RM70.
#1 Periuk Nasi
Biarpun tiada dapur, yang penting kenalah ada periuk nasi. Bukan je untuk masak nasi, tetapi lauk pauk ringkas seperti tomyam dan sup boleh disediakan menggunakan periuk nasi. Selalu jumpa periuk nasi pun harga hampir RM100, kan?
Kredit: senheng
Anda boleh dapatkan periuk nasi di sini.
#2 Mesin Sandwich
Selalu orang bagi membakar roti, apa kata anda tukar dengan mesin sandwich? Dengan mesin ni, senang nak buat sandwich. Dapur pun tak bersepah.
Kredit: senheng
Kredit: senheng
Kredit: senheng
Anda boleh dapatkan mesin sandwich ni di sini.
#3 Mesin Pengisar
Pengantin mesti senyum sampai telinga kalau dapat mesin pengisar ni tau. Dapat lebih pun takpe, boleh simpan. Kalau yang ada tu dah rosak atau kurang tajam, bolehlah buka pengisar ekstra yang dapat masa kahwin hari tu.
Kredit: senheng
Kredit: senheng
Anda boleh dapatkan mesin pengisar ni di sini.
#4 Mesin Yogurt
Hadiah ni sesuai sangat untuk pasangan pengantin yang pentingkan kesihatan. Bolehlah buat yogurt sendiri dengan adanya mesin ni.
Kredit: senheng
Tak tau macam mana nak guna? Tengok je video ni.
Menarik, kan? Anda boleh dapatkan mesin yougurt ni di sini.
#5 Kipas Meja
Antara hadiah menarik yang boleh anda berikan kepada pasangan pengantin baru. Dengan cuaca Malaysia yang panas ni, siapa yang tak suka dapat kipas kan?
Kredit: senheng
Anda boleh dapatkan kipas meja ni di sini.
#6 Seterika stim
Sama je seperti seterika biasa, tetapi seterika stim ni buatkan kerja-kerja menggosok baju lebih cepat dan mudah.
Kredit: senheng
Klik je di sini untuk dapatkan seterika stim.
#7 Pengering rambut
Asyik bagi barangan elektrik rumah je, sekali sekala bolehlah tukar selera. Kali ni anda hadiahkan pasangan pengantin dengan pengering rambut. Tetapi kenalah pastikan yang pengantin tu mempunyai rambut, ya!
Kredit: senheng
Anda boleh dapatkan pengering rambut ni di sini.
#8 Mesin Kopi
Untuk mempelai ‘hantu kopi’, hadiah ni sangat sesuai. Untung-untung dapat seteko kopi homemade masa datang ziarah ke rumah mereka nanti.
Kredit: senheng
Kredit: senheng
Anda boleh dapatkan mesin kopi ni di sini.
#9 Slow Cooker
Seakan sama tetapi periuk nasi dan slow cooker berbeza fungsi. Slow cooker ni sesuai untuk masak bubur dan steambot. Tempoh memasak lebih lambat dan tahap kepanasannya boleh diadjust.
Kredit: senheng
Anda boleh dapatkan slow cooker ni di sini.
#10 Cerek
Memang senang pakai cerek jag ni. Tak perlu risau kalau air dah masak, kerana cerek ini akan tertutup secara automatik. Tempoh masa masak air pun tak lama.
Kredit: senheng
Anda boleh dapatkan cerek ni di sini.
Bolehlah pilih barangan mana yang berkenan di hati. Iyalah, nak beri hadiah pada pengantin ni sebaiknya berilah yang dapat digunakan oleh mereka dalam membina hidup baru.
Hadiah ni juga sesuai untuk kawan-kawan yang baru pindah ke rumah baru.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.