Kredit: @assumption111/Freepik
Bukan senang mencari rezeki dengan cara berniaga. Ada masa kita untung, ada masa kita rugi. Bukan itu saja, nak kembangkan bisnes pun memakan masa yang agak lama, bergantung kepada kepandaian kita dalam menguruskan perkara-perkara seperti pemasaran.
Sekarang dengan teknologi yang semakin canggih, kita dengan mudah boleh memasarkan produk atau servis kita secara langsung kepada pelanggan sasaran melalui media sosial tanpa campur tangan orang tengah macam dahulu kala.
Facebook merupakan salah satu platform paling berkesan bagi memasarkan produk atau servis anda dan seterusnya mengembangkan bisnes anda jika anda berjaya menarik pelanggan melalui postings seperti FB Live. Dengan FB Live, anda boleh berinteraksi secara langsung dengan pelanggan sasaran.
Tanpa berlengah lagi, mari kita ketahui lebih lanjut macam mana nak tarik pelanggan melalui FB Live untuk kembangkan bisnes:
#1 Icebreaker dan engagement
Sebelum FB Live anda bermula, pastikan anda memberi salam dan tanya khabar dari para penonton. Kalau nak berkenalan sekejap pun digalakkan.
Dapatkan juga feedback dari mereka sama ada audio dan visual yang sedang dipaparkan saat itu jelas dan lancar atau tidak. Semasa sesi sedang berlangsung, jangan lupa ingatkan penonton anda untuk beri Like, Love, dan Comment serta tag rakan-rakan mereka.
#2 Sediakan skrip
Kalau anda blur-blur masa sesi sedang berlangsung, ia boleh menjatuhkan kredibiliti anda dan bisnes anda. Macam mana nak yakinkan pelanggan kalau anda sendiri tak bersedia nak jawab segala perkara mengenai produk atau servis anda? Jadi pastikan anda sediakan tajuk, pointers dan penerangan yang sesuai.
#3 Pastikan anda kekal berinteraksi dengan penonton
Jangan syok sendiri dengan bercakap terlalu lama tentang produk atau servis anda, sebaliknya selang-selikan dengan berinteraksi bersama penonton, tak kisahlah sama ada anda meminta mereka untuk kongsi, komen, beri Like atau Love untuk FB Live tersebut ke. Selain tu, beri peluang kepada para penonton untuk berkongsi learning points agar mereka tak mudah lupa.
#4 Pastikan anda Live ketika waktu puncak
Waktu puncak amat penting bagi memastikan lebih ramai penonton yang boleh menonton. Jadi anda mesti tahu timing yang terbaik dan sesuai untuk follower mengikuti FB Live anda.
#5 Tarik Followers
Nak tarik followers kena pandai pikat mereka, contohnya macam memberi tawaran istimewa bagi produk atau servis yang ada, atau jelaskan lebih lanjut tentang kelebihan-kelebihan yang ada pada produk dan servis dan bagaimana ia memanfaatkan penonton.
#6 Check sama ada kamera, audio, dan internet berfungsi dengan baik
Sebelum anda memulakan FB Live, pastikan semua peralatan ni berfungsi dengan baik bagi mengelakkan berlakunya masalah teknikal. Contohnya kalau internet tak stabil, anda boleh kehilangan penonton dan ini akan merugikan anda.
Amacam? Berguna kan semua tip-tip ni? Kalau anda nak tau, semua tip ni diberikan oleh pakar-pakar dari naktarikpelanggan.com tau, dan anda boleh dapatkan lebih banyak tips berguna melalui kelas dalam talian mereka.
Kredit: naktarikpelanggan.com
Jom daftar untuk Program Onlinekan Business Anda, Kuasai Facebook 2021 yang akan berlangsung pada 12 Disember 2020 ini.
Kelas secara PERCUMA bagi 1,000 orang terawal dengan nilai harga sebenar RM499 bakal menanti anda kalau anda cepat! Tempat adalah terhad, jadi siapa cepat dia untung!
Daftar sekarang di www.NakTarikPelanggan.com.