Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

Fikiran Serabut, Duit Pun Selalu Tak Cukup... Ini Cara Atasinya

Barulah hidup terasa tenang je...
Editor
20 May 2019, 05:25 AM

fikiran serabut, duit pun selalu tak cukup... ini cara atasinya

Kredit: Shutterstock

Ada orang yang hidupnya sentiasa dalam kesempitan walaupun gaji bulanan 6 angka, ada pula yang yang berpendapatan 3 angka tetapi bahagia, segala keperluan cukup dan masih boleh bersedekah. Ada pula yang sentiasa serabut, fikiran tak tenang dan hidup terasa kosong walaupun dikelilingi keluarga dan sahabat handai. Tak kurang juga mereka yang tiada siapa-siapa, sebatang kara tetapi bahagia dan sentiasa tersenyum. Jika anda dalam kelompok A yang masih tercari-cari erti sebuah ketenangan, 5 amalan ini boleh anda lakukan.

#1 Solat

fikiran serabut, duit pun selalu tak cukup... ini cara atasinya

Kredit: Shutterstock

Bukan je lakukan solat fardu tetapi letak matlamat untuk lakukan solat sunat seperti dhuha, solat taubat dan solat hajat. Mintalah supaya diberi ketenangan dan dibebaskan daripada perkara yang membelenggu anda.

#2 Banyakkan Bersedekah

fikiran serabut, duit pun selalu tak cukup... ini cara atasinya

Kredit: Shutterstock

Bulan Ramadan ni selain sedekah wang ringgit dan senyuman, anda boleh beri makan kepada orang berbuka. Jika ada rezeki lebih, bolehlah taja iftar di masjid atau surau.

#3 Bersyukur

Bersyukur dengan apa jua yang dimiliki tidak kira banyak atau sedikit. Jangan bandingkan kehidupan anda dengan orang lain.

#4 Berbuat Baik Dengan Ibubapa

Jangan sesekali tinggi suara dan sehabisnya berusaha membahagiakan mereka. Kerana doa ibu terutamanya tiada hijab. Siapa tahu kerana doa seorang ibu, impian dan hajat anda termakbul?

#5 Mengeluarkan Zakat

fikiran serabut, duit pun selalu tak cukup... ini cara atasinya

Anda pernah dengar ayat ini ‘sesungguhnya dalam harta kamu ada milik orang lain’? Iya, tidak akan jatuh muflis mereka yang menyucikan harta dengan berzakat.  Tetapi ramai yang mengalami kekangan untuk mengeluarkan zakat.

Iyalah, bukan mudah untuk lari dari kesibukan harian ke pusat zakat berhampiran, perlu menunggu giliran untuk ke kaunter dan sudah tentu perkara ini membuatkan kita selalu terlupa tanggungjawab yang satu ini.

Tetapi jangan tidak tahu, segala urusan pembayaran zakat kini boleh dilakukan dengan mudah dengan adanya beberapa saluran pembayaran seperti ini:

  1. Mengunjungi kaunter PPZ-MAIWP yang dibuka setiap hari sepanjang Ramadan mulai jam 8.15 pagi hingga 4.30 petang.
  2. Bayar menggunakan Skim Potongan Zakat Bulanan (SPZB), di mana zakat akan ditolak secara automatik melalui pemotongan gaji.
  3. Anda juga boleh melayari portal zakat, sambil tonton televisyen. Segala pengiraan boleh dilakukan di portal ini. Nak bayar fitrah pun boleh.
  4. Kaunter zakat bergerak yang menyediakan perkhidmatan tempahan ke pejabat atau premis.
  5. Menggunakan perbankan Internet
  6. Kaunter bank dan pejabat pos.
  7. Autodebit
  8. MyEG.

Ada banyak cara rupanya boleh tunaikan zakat ni. Anda pilihlah mana-mana cara yang sesuai dan berkenan di hati. Ada yang suka bertemu Amil, lafaz akad dan bersalaman... Tak kurang juga yang lebih selesa melakukannya secara online. Terpulanglah kepada keselesaan anda. Apa lagi alasan anda? Jomlah tunaikan zakat di PPZ-MAIWP!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }