Kredit: odua/Freepik
Bergelar ibu bapa sesungguhnya merupakan tugas yang paling mencabar tapi amat rewarding. Dari kecil sehinggalah mereka dewasa, tugas kita dalam menyayangi dan membimbing mereka tak akan pernah berakhir.
Sebagai ibu bapa, nikmatilah momen-momen yang indah zaman kanak-kanak ni selagi boleh:
#1 Rekod perkembangan kanak-kanak setiap kali tiba hari lahir
Biasanya ibu bapa pasti akan rekod perkembangan anak-anak, terutamanya seperti ketinggian anak. Cuba ukur tinggi anak anda berapa atau rekod berat badannya dari tahun ke tahun.
#2 Ambil gambar menarik, print dan gantungkan
Cuba bereksperimen dengan fotografi yang menarik dan kreatif berdasarkan idea anak-anak. Lepas tu cuba realisasikannya dengan menangkap gambar. Jangan lupa print dan gantungkannya sebagai hiasan rumah dan juga kenangan.
#3 Luangkan masa membuat aktiviti bersama-sama
Berikan perhatian yang secukupnya buat anak-anak anda dengan meluangkan masa membuat aktiviti bersama-sama, seperti melukis, bermain puzzle, atau berbasikal (mengikut umur).
#4 Buat video perkembangan kanak-kanak pada setiap tahun
Rakam perkembangan anak-anak anda pada setiap tahun untuk ditonton semula sebagai kenang-kenangan bila mereka dah dewasa nanti.
#5 Catat telatah atau kata-kata anak yang jujur dan kelakar
Kanak-kanak adalah golongan manusia yang suci dan naif, kejujuran mereka selalunya kelakar dan menghiburkan. Catat telatah atau kata-kata mereka yang jujur dan kelakar untuk dibaca sebagai kenangan.
Sedar tak sedar, anak-anak mula menginjak dewasa. Dan apabila mereka dah besar nanti, anda pasti akan merindui saat-saat ketika mereka masih kanak-kanak. Jadi nikmatilah zaman yang indah ni selagi boleh.
Kalau anda perlukan bantuan dan sokongan dalam perjalanan anda sebagai ibu bapa, terdapat pelbagai sumber yang boleh membantu, contohnya seperti aplikasi baharu Enfamama A+ Club All-In-One ni:
Aplikasi ni membantu anda mengesan dan memantau perkembangan kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas atau bayi dalam kandungan. Kalau anda join, anda berpeluang menikmati pelbagai manfaat bernilai lebih dari RM700!
Antara ciri menarik aplikasi ini ialah:
- Petua kehamilan untuk ibu mengandung
- Bimbingan tersendiri untuk setiap detik dan perkembangan si manja anda
- Kandungan istimewa berkaitan perkembangan si manja anda pada minggu-minggu akan datang
- Jejak perjalanan kehamilan anda
- Jejak dan pantau tumbesaran si manja anda
- Penyimpanan Data untuk Kehamilan dan Perkembangan si manja
- Tinjau topik-topik menarik berkaitan perkembangan si manja anda
Untuk info lanjut tentang aplikasi ni, layari laman web Enfagrow.
Kredit: Enfagrow A+
Selain tu, para ibu juga berpeluang menerima hadiah bernilai sehingga RM900 kalau anda sertai Enfamama A+ Club! Antara kelebihan dan manfaat yang menarik ialah:
- Sampel percuma
- Nasihat dan tip-tip berguna
- Baucar eksklusif
- Ganjaran istimewa hari lahir
- Promosi khas
Dan banyak lagi! Untuk info lanjut tentang kelebihan dan manfaat yang ada, lihat laman Enfagrow.
Jom muat turun aplikasi Enfamama A+ Club All-In-One ni sekarang!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.