Kredit: Shutterstock
Nak berjaya dalam perniagaan hari ini, selain lakukannya secara offline, anda kenalah buat promosi dan jualan secara online menggunakan platform media sosial. Salah satu daripada trend pemasaran yang popular adalah menggunakan Facebook Live.
Dengan platform ini, anda mampu menjana jualan berlipat kali ganda jika kena dengan caranya. Paling penting, kenalah tahu teknik yang betul untuk close deal. Ini kami kongsikan sebahagian tip daripada Master Trainer pemasaran online yang akan anda perolehi apabila menyertai kelas Roket Pemasaran Momentum.
#1 Mulakan Dengan Ayat Pengenalan
Kredit: Shutterstock
War-warkan terlebih dahulu tentang waktu siaran dan pastikan audio serta video dalam keadaan terbaik. Perkenalkan tentang produk jualan supaya penonton tau apa yang ingin anda jual dan mulakan dengan ayat pengenalan.
#2 Tanya Soalan
Kredit: Shutterstock
Semasa dalam proses close deal, jangan lupa tanyakan soalan kepada prospek. Pastikan setiap mesej atau komen yang anda balas diakhiri dengan soalan. Dengan cara ini, kita dapat menarik prospek untuk membalas semula soalan kita.
#3 Tahu Masalah Pelanggan & Berikan Solusi
Ambil tahu masalah yang dialami pelanggan dan berikan cadangan solusi yang bersesuaian berdasarkan produk yang dijual. Bila kita dampingi dan ambil berat serta beri nasihat, lebih mudah untuk menarik hati pelanggan.
#4 Kongsi Testimoni
Kredit: Shutterstock
Tunjukkan testimoni bagi menambah keyakinan pelanggan terhadap produk yang dijual.
#5 Call To Action Yang Jelas
Kredit: Shutterstock
Call to action atau CTA merupakan arahan tentang tindakan susulan yang perlu dilakukan prospek. Contohnya “whatsApp kami sekarang di 01X-XXXXXXX untuk dapatkan harga diskaun” atau “10 pelanggan terawal yang membuat bayaran akan diberikan hadiah misteri”.
#6 Sudahi Dengan Tawaran Menarik
Jika ada sebarang peraduan, tawaran menarik atau diskaun khas untuk pelanggan yang membuat pembayaran pada hari yang sama. Dengan cara ini pelanggan perlu membuat keputusan segera untuk mendapatkan produk pada harga diskaun.
Selain tip ini, ada banyak lagi ilmu perniagaan menarik dan cara mengoptimumkan Facebook yang anda boleh perolehi. Hanya daftar di Program Roket Pemasaran Momentum dan dapatkan tajaan kelas bernilai RM10,000 di bawah bimbingan Najib Asaddok dan Momentum Internet pada 13 hingga 14 Mac 2021 ini.
Apa yang anda akan dapat dalam kelas ini?
Selain kaedah mengembangkan perniagaan dengan cara menguasai dan menambah baik strategi pemasaran di media sosial, anda juga diajar kaedah untuk tarik 10 kali ganda lebih ramai pelanggan dan berpeluang bawa balik e-book strategi meningkatkan jualan berserta video cara bina page, tarik follower dan lain-lain.
Nak tahu lebih lanjut dan ingin mendapatkan info lanjut tentang Momentum Internet dan Najib Asaddok? Layari website, Like dan Follow Facebook dan Instagram Najib Asaddok. Momentum? Wooowwwww!!!!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.