Kredit: Freepik
Mengemas rumah ni nampak macam senang, ‘kacang je’, semua orang pun boleh buat tetapi kalau tak kena dengan cara, sudah tentu hasilnya kurang sempurna dan tak betul-betul kemas. Lebih-lebih lagi menjelang lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi ni. Walaupun tak boleh nak sambut hari raya seperti tahun-tahun sudah, tetapi waktu musim COVID-19 ni sememangnya kita perlu menjaga kebersihan.
Tetapi, berapa ramai yang yakin teknik mengemas rumah yang digunakan tu adalah tepat? Ramai yang mungkin tak sedar mereka sebenarnya melakukan kesilapan-kesilapan kecil ini semasa mengemas rumah:
Kesalahan #1: Nak cepat siap
Siapa yang tak suka rumah kemas, tiada gumpalan habuk dan tersusun rapi? Tetapi untuk dapatkan rumah yang sedap mata memandang macam tu, kenalah rancang aktiviti mengemas terlebih dahulu.
Nak buat macam mana?
Rancang! Pertimbangkan bahagian mana yang menjadi keutamaan. Anda boleh mulakan dari ruang kecil yang jarang digunakan sebelum beralih ke ruang yang lebih besar. Bilik stor, bilik tetamu dan ruang belakang rumah antara yang boleh dikemas terlebih dahulu. Satu hari satu ruang pun sudah memadai, usah paksa diri untuk mengemas beberapa ruang pada hari yang sama. Pastikan juga anda buang atau asingkan barangan yang tak diperlukan.
Kesalahan #2: Salah arah sapu dan mop lantai
Cara yang betul adalah mula menyapu atau mop dari ruang tamu kemudian barulah ke bahagian dapur. Jika mulakan dari dapur, minyak di lantai dapur menyebabkan lantai ruang tamu bertambah kotor dan kerja menyapu serta mengemop mengambil masa lebih lama.
Nak buat macam mana?
Penat tu memanglah penat terutamanya kalau kena membongkok dan memerah kain mop secara manual. Anda boleh menjimatkan masa dan tenaga untuk menyapu dan mengemop jika dilakukan dengan teknik yang betul. Antara teknik yang boleh dilakukan ialah:
- Mulakan dengan membersihkan kawasan tinggi, diikuti dengan menyapu atau vakum lantai.
- Kemudian mop keseluruhan rumah dengan cara bergerak ke belakang bagi mengelakkan anda memijak lantai yang telah dibersihkan.
- Pastikan anda menggantikan air sabun dan perah mop tadi untuk membuang air kotor setiap kali sebelum mengemop bahagian lain.
- Nak lagi senang? Anda boleh gunakan Scotch-Brite™ Easy Sweeper dengan dry sheet dan Scotch-Brite™ Spin Mop
Kredit: Scotch-Brite™
- Scotch-Brite™ Easy Sweeper dengan dry sheet ni boleh laras dan bahagian depannya boleh bergerak 360 darjah. Kerja-kerja menyapu menjadi sangat mudah, kotoran dan habuk akan melekat pada dry sheet dengan lebih efisyen. Anda hanya perlu buka dan buang helaian sweeper. Ada 30 helaian pakai buang dalam setiap pek. Lantai lebih bersih, licin dan bebas dari habuk serta rambut!
Kredit: Scotch-Brite™
Scotch-Brite™ Spin Mop pula boleh spin dry dan spin wash dalam satu baldi yang sama. Lebih menarik, mop ini dapat membersihkan bahagian penjuru yang sukar dicapai dan kainnya pula diperbuat 100 peratus daripada serat mikro yang boleh memerangkap habuk lebih efisyen dan menyerap air lebih pantas daripada mop biasa! Anda tak perlu pun guna tangan untuk perah mop.
Kesalahan #3: Guna satu alat untuk semua
Sebaiknya pastikan anda menggunakan peralatan mengemas berbeza untuk ruang berbeza bukannya satu penyapu untuk menyapu lantai dalam dan luar rumah! Ramai juga yang ambil ringan keperluan di luar rumah.
Nak buat macam mana?
Pastikan anda serta ahli keluarga tahu fungsi barangan rumah. Sebaiknya label peralatan tadi dengan sempurna. Penyapu A untuk kegunaan di dalam rumah, penyapu B pula untuk membersihkan lantai luar. Begitu juga dengan kain lap. Ada kain lap yang hanya untuk meja, ada pula yang untuk mengelap air tumpah di lantai dan tak kurang juga untuk mengelap dapur. Jika anda menggunakan kain yang sama untuk mengelap dapur dan meja makan, sudah tentu kain tadi berminyak dan menyebabkan meja makan anda tidak benar-benar bersih.
Kesalahan #4: Salah guna span basuh pinggan
Span basuh pinggan ni pun ada jenis-jenisnya. Ada yang untuk cucian ringan, dan ada pula untuk menyental kotoran degil. Jika tersalah guna span, berkemungkinan besar pinggan dan peralatan dapur lain seperti periuk dan mangkuk tidak bersih atau lebih teruk boleh menyebabkannya rosak.
Nak buat macam mana?
Ada banyak jenis span basuh pinggan, anda kenalah gunakan span yang betul. Anda tak boleh gunakan span heavy duty untuk membersihkan kuali non-stick dan coated cookware supaya peralatan memasak anda tidak bercalar dan menyebabkan pembiakan bakteria. Dan paling penting, kenalah jaga span-span ini dengan baik dan diletakkan di tempat kering bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria.
Kredit: Scotch-Brite™
- Untuk kerja mencuci yang lebih sukar seperti di dapur untuk membersihkan sisa makanan yang melekat, anda boleh guna Scotch-Brite™ Easy Grip Sponge with Holder. Span ni membuatkan kerja-kerja mencuci ‘kotoran degil’ menjadi mudah. Span ini juga datang dengan pemegang unik untuk membantu span cepat kering bagi mengurangkan pembentukan bakteria.
- Nak elak kuali non-stick dan barangan plastik rosak dan bercalar, Scotch-BriteTM Non Scratch Scrub Sponge, berwarna biru adalah pilihannya. Tiada calar bermakna tiada pembiakan bakteria dan tentunya lebih sihat dan selamat untuk keluarga anda!
- Untuk pinggan dan cawan kaca serta barangan kristal pula, memadai dengan Scotch-BriteTM Delicate Care Scrub Sponge yang berwarna merah jambu. Bentuk span ini yang berombak, selesa untuk dipegang dan efektif membersih tanpa mencalarkan.
Kesalahan #5: Habuk tak betul-betul bersih?
Ramai yang selalu mengelak melakukan kerja-kerja mengelap habuk, sebaliknya memilih mencuci perabot dengan kain basah. Hakikatnya kain basah ni kurang berkesan kerana memerangkap air ke permukaan dan habuk halus yang dilap terbang ke dalam udara serta jatuh ke lantai.
Nak buat macam mana?
Untuk pastikan habuk benar-benar bersih dan tidak terbang ke udara, anda boleh membersihkan habuk menggunakan kain serat mikro yang direka khas untuk memerangkap habuk dengan efisyen.
Untuk menjadikan kerja mencuci lebih mudah dan bersih, anda bolehleh mulakan mencuci di bahagian atas dahulu, dan diikuti dengan lantai. Buang sawang di siling dan bersihkan kipas sebelum anda membersihkan dinding, tingkap dan pintu. Bila anda dah berpuas hati dengan kawasan yang lebih tinggi, anda bolehlah mengemas lantai. Jadi, anda tak perlu mengemas kawasan yang sama berulang kali!
Ha, nampak senang kan? Tetapi berapa ramai yang masih lakukan kesilapan yang sama? Kerja-kerja mengemas ni, tidak sukar pun jika dilakukan dengan betul. Selain kena merancang bahagian mana hendak dibersihkan dahulu, anda kenalah gunakan peralatan yang betul.
Salah satunya adalah dengan menggunakan produk dipercayai seperti Scotch-Brite™, Cuci 3 Kali Lebih Baik, Tahan 3 Kali Lebih Lama! Produk Scotch-Brite™ membantu menjadikan kerja-kerja mengemas rumah sesuatu yang menghiburkan.
Untuk yang tengah bersiap-siap nak mengemas rumah untuk raya, pastikan barangan Scotch-Brite™ ini mesti ada di rumah anda!
Menarik, kan?
Nak lebih menarik, anda boleh sertai peraduan Kemas-Kemas SINAR Bersama Scotch-Brite™ 2.0.
Nak menang wang tunai, kelengkapkan hari raya dan hamper dari Scotch-Brite™ yang bernilai lebih daripada RM 10,000? Cuma beritahu kami kenapa anda mahu memenangi produk dari Scotch-Brite™ ini. DUA (2) penyertaan dengan jawapan terbaik dan kreatif akan dipilih sebagai pemenang utama yang akan membawa pulang wang tunai RM2,000, kelengkapan hari Raya bernilai lebih RM2,000 serta hamper daripada Scotch-Brite™ setiap seorang.
Bukan itu sahaja, pemenang juga akan dijemput untuk tampil di IG Live SINAR untuk "unboxing" hadiah kemenangan bersama personaliti SINAR! Layari di sini untuk info lanjut!
Apa tunggu lagi? Jom sertai peraduan Kemas-Kemas SINAR Bersama Scotch-Brite™ 2.0 hari ini!