Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

Rasa Tertekan Setiap Kali Isi Borang Cukai? Ini Langkah Bijak Lapor Dan Bayar Cukai Pendapatan

Jom buat sekarang!
Izza Yatim
27 Apr 2021, 02:49 PM

rasa tertekan setiap kali isi borang cukai? ini langkah bijak lapor dan bayar cukai pendapatan

Kredit: Shutterstock

Dah bayar cukai pendapatan ke? Bila dah nak berakhirnya bulan April, bermaksud tarikh pembayaran hampir berakhir. Tetapi anda tidak perlu panik! Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ada program Jom Klik HASiL. Dengan program ni, lebih mudahlah untuk pembayar cukai melaporkan pendapatan dan membayar cukai kepada LHDNM.

Jom Klik HASiL?

Ha, sekarang kan semua pun di hujung jari. Dengan program ini, anda boleh kemukakan Borang Nyata (BN) ataupun membuat pembayaran cukai dengan menggunakan kemudahan secara dalam talian yang sememangnya mudah, tepat dan selamat di bawah aplikasi MyTax.

Nak akses e-Filing, e-Daftar, e-Kemaskini, e-Lejar dan ByrHASiL pun boleh! Dengan ezHASiL, anda tak perlu lagi hadir ke cawangan LHDNM... Bayar je di mana-mana.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by LHDNM (@lhdnm)

Ada lagi! Dengan Jom Klik HASiL anda boleh:

  1. Failkan BN secara elektronik dan memastikan BN diisi dengan betul dan tepat.
  2. Cukai boleh diselesaikan secara elektronik, masa dan kos dapat dijimatkan
  3. Nak dapatkan khidmat nasihat percukaian secara maya pun boleh. Ada taklimat yang disediakan buat pembayar cukai.

Mudah kan?

Bila Nak Buat Jom Klik HASiL?

Dah boleh buat sekarang! Jom Klik HASiL dah bermula sejak 1 Mac lagi dan akan berakhir pada 30 April 2021 ni bagi penghantaran Borang BE (Tidak Menjalankan Perniagaan). Manakala penghantaran Borang B (Menjalankan Perniagaan) pula sehingga 30 Jun 2021.

Menariknya dengan khidmat dalam talian ni, penghantaran borang e-BE secara e-Filing boleh laporkan BN selewat-lewatnya 15 Mei 2021 dan e-B pula selewat-lewatnya 15 Julai 2021.

Jangan tunggu sehingga saat akhir! Lagi cepat anda selesaikan pembayaran cukai, lagi cepat anda dapat bayaran balik (sekiranya jumlah cukai yang dibayar menerusi PCB melebihi cukai sebenar yang dikenakan ke atas anda, setelah mengambil kira pelepasan atau rebat cukai yang dituntut ketika mengisi e-Filing). Bayaran balik ni akan dikreditkan dalam tempoh 30 hari bekerja tau!

rasa tertekan setiap kali isi borang cukai? ini langkah bijak lapor dan bayar cukai pendapatan 

Kredit: LHDN

Apa tunggu lagi? Jomlah bayar sekarang di portal rasmi LHDNM! Pastikan anda telah berdaftar sebagai pembayar cukai sebelum menggunakan e-Filing ya. Bagi yang belum daftar, boleh klik dan dapatkan nombor PIN di sini.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat menerusi Borang Maklumbalas Pelanggan atau hubungi HASiL Care Line di 03-8911 1000 atau layari www.hasil.gov.my untuk lanjut percukaian.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by LHDNM (@lhdnm)

Sumbangan anda jaminan kemakmuran negara.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.