Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

Tak Pasti Bagaimana Nak Menjual Secara Online? INSKEN Bersedia Membantu Anda

INSKEN sedia membantu usahawan melalui kursus, program latihan dan bimbingan termasuklah cara menjual secara online dengan yuran yang berpatutan
Editor
29 Jan 2021, 05:20 PM

tak pasti bagaimana nak menjual secara online? insken bersedia membantu anda

Kredit: jaynothing/Freepik

Kita sebenarnya dah lama melangkah ke dunia teknologi maklumat di mana hampir segala perkara telah didigitalkan, termasuklah perniagaan dalam apa saja sektor.

Kalau sebelum ini banyak perniagaan yang memandang ringan kepentingan menjual secara online, tetapi pandemik yang melanda sejak tahun lepas telah membuktikan betapa pentingnya menjadi celik teknologi.

Adakah anda seorang usahawan atau bercadang nak jadi usahawan dalam masa terdekat ni? Kalau ya, inilah masanya untuk anda menimba ilmu sebanyak mungkin tentang berniaga secara online dengan bantuan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).

Pelbagai program latihan dan bimbingan keusahawanan untuk semua jenis perniagaan

tak pasti bagaimana nak menjual secara online? insken bersedia membantu anda

Kredit: INSKEN

Untuk senarai penuh program-program yang ditawarkan INSKEN, klik di sini.

INSKEN merupakan sebuah agensi di bawah naungan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang menawarkan pelbagai program latihan dan bimbingan keusahawanan.

Antara contoh pilihan program INSKEN pada tahun ini yang boleh membantu usahawan mendigitalkan perniagaan mereka adalah program INSKEN Business Training (IBT) yang memfokuskan topik-topik seperti berikut:-

  • Penghasilan gambar menarik menggunakan smartphone
  • Pembangunan Produk (Product Development)
  • Strategi pemasaran menggunakan pelbagai platform media sosial
  • Sales Closing Techniques
  • Kejuruteraan menu untuk meningkatkan keuntungan kedai makan
  • Market Intelligence Menggunakan Data Pelanggan

Bagi usahawan baru yang ingin mempelajari tentang platform dan teknik yang betul untuk mendigitalkan perniagaan, kami sarankan anda untuk mendaftar program bimbingan Online Onboarding Coaching Programme (E-Board).

tak pasti bagaimana nak menjual secara online? insken bersedia membantu anda

Gambar promo e-board. Kredit: INSKEN

Program ini akan memperkenalkan penggunaan platform dalam talian (online) seperti Shopee, Lazada, WhatsApp, Telegram, Facebook, Instagram dan YouTube untuk memantapkan teknik pemasaran dan jualan.

Program selama 4 bulan ini dilengkapi dengan aspek latihan dan bimbingan (coaching) intensif secara hand-holding daripada pakar dalam penjualan atas talian untuk memastikan anda berjaya mendigitalkan perniagaan melalui teknik yang berkesan.

Pada peringkat awal peserta akan didedahkan dengan pengenalan kepada semua platform online dalam masa 2 hari melalui latihan General E-Marketplace.

Selepas itu, peserta boleh memilih platform yang bersesuaian dengan perniagaan masing-masing untuk dibimbing selama 4 bulan pula oleh pakar secara lebih mendalam.

Ini kerana setiap perniagaan mempunyai target dan segmen pelanggan masing-masing, jadi adalah lebih baik untuk peserta dibimbing berdasarkan platform yang tepat.

Capai hasil jualan yang lebih baik dengan mendigitalkan bisnes anda

Program E-Board ini tidak mempunyai syarat yang ketat dan terbuka untuk semua usahawan. Apa yang penting peserta kena ada produk atau servis untuk dijual. Ini kerana di akhir program ini nanti akan ada penilaian peningkatan hasil jualan sebagai tanda aras kepada semua peserta.

Semenjak bermulanya kohort 1 program ini pada Julai 2020, pemilik Pusat Pembangunan Ilmu, Teratak Ilmu, Puan Widad Fitriah telah berjaya melonjakkan jualan tertinggi pada Oktober 2020 iaitu sebanyak 525% dalam tempoh 3 bulan bimbingan dijalankan. Di akhir program ini, beliau masih mengekalkan pencapaian tertinggi iaitu 507.17%.

Pemilik SFI Niaga, Encik Shamsol Fahimy yang merupakan usahawan pembekal perabot pejabat dan sekolah, berjaya mencatatkan peningkatan jualan keseluruhan sebanyak 463.04%.  Beliau hilang punca pendapatan empat (4) bulan berturut-turut ketika bermulanya pandemik COVID-19. Namun, selepas menyertai program E-Board pada bulan Julai 2020, hasil jualan mula dicipta dan meningkat setiap bulan dengan hanya menggunakan platform WhatsApp.

Bagi pemilik Hyzu Florist, Puan Hyzurahidayu Haizam pula, bimbingan yang diberikan setiap bulan dapat memastikan beliau berada di dalam landasan yang betul. Selain itu, penggunaan bahasa serta sesi bimbingan berkonsepkan tidak terlalu formal membuatkan beliau mudah memahami ilmu yang dicurahkan dan terus dapat dipraktikkan.

Kohort terbaru dan pertama bagi tahun 2021 telah dibuka dan dijangka bermula pada bulan Februari 2021. Kohort seterusnya akan dibuka pertengahan bulan Februari. Jadi belum terlambat untuk anda daftar sekarang di SINI.

Untuk senarai penuh program dan info lanjut tentang Program E-Board dan INSKEN, follow media sosial Instagram , Facebook INSKEN atau layari laman web rasmi INSKEN.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }