Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

Nak Pencen Dengan Selesa? Ini Anggaran Wang Yang Mesti Kita Ada...

Kos semakin meningkat, adakah wang persaraan kita mencukupi?
Editor
29 Jan 2019, 07:00 AM

Bercakap tentang pencen, berapa ramai yang yakin boleh menjalani hari-hari persaraan dengan selesa tanpa perlu menghitung wang simpanan yang semakin berkurangan? Berapa agaknya wang simpanan ideal yang kita perlukan?

Sebelum ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pernah mengeluarkan kenyataan berdasarkan maklumat tahun 2015, 2/3 daripada ahlinya berusia 54 tahun ke atas hanya mempunyai RM50,000 atau kurang di dalam akaun KWSP. Dengan jumlah sedemikian, dianggarkan wang itu akan habis dalam tempoh 5 tahun selepas bersara. Apatah lagi dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, tidak mustahil wang itu akan habis dengan lebih cepat.

Untuk menggambarkan dengan lebih jelas, bayangan seorang pesara yang tinggal bersama pasangannya, tiada komitmen bulanan rumah dan tidak perlu menanggung persekolahan anak-anak – agaknya berapakah anggaran belanja yang diperlukan?

#1 Perbelanjaan Harian

nak pencen dengan selesa? ini anggaran wang yang mesti kita ada...

Kredit: Shutterstock

Bayangkan anggaran kos sekali makan untuk seorang di gerai biasa pun dalam lingkungan RM10. Sehari paling kurang pun 3 kali makan iaitu bersamaan RM30 seorang. Jika beli bahan mentah dan masak sendiri di rumah mungkin kos dapat dijimatkan sedikit. Itu belum masuk bil bulanan termasuk telefon dan elektrik serta barangan keperluan rumah seperti sabun, syampu dan lain-lain. Paling rendah pun RM2,000 sebulan atau RM24,000 setahun diperlukan.

#2 Kesihatan

 nak pencen dengan selesa? ini anggaran wang yang mesti kita ada...

Usia semakin meningkat, sudah tentu kesihatan menjadi keutamaan. Walaupun kos rawatan di hospital kerajaan tidak terlalu tinggi tetapi anda perlu mengambil kira kos ubat-ubatan tambahan, kos perjalanan pergi balik mendapatkan rawatan serta pemeriksaan rutin – katakanlah anggaran konservatif setiap bulan adalah RM150 untuk dua orang, setahun RM1,800.  Mereka yang mendapatkan rawatan di hospital swasta pula perlulah menyediakan dalam lingkungan RM50,000 minimum seorang untuk sepanjang usia persaraan. Kos ini mungkin meningkat bergantung kepada keadaan kesihatan anda.

#3 Bercuti

 nak pencen dengan selesa? ini anggaran wang yang mesti kita ada...

Sekali sekala hendaklah keluar bercuti. Paling tidak pun ziarah saudara mara atau memenuhi jemputan perkahwinan. Dengan kos minyak, tol serta penginapan dan makan paling rendah pun dalam linkungan RM500. Itu belum lagi keluar negara, sudah tentu tidak kurang daripada RM3,000, bergantung kepada lokasi.  

#4 Kecemasan

 nak pencen dengan selesa? ini anggaran wang yang mesti kita ada...

Dalam apa jua keadaan, pastikan anda mempunyai tabungan untuk kecemasan. Iyalah, malang kan tidak berbau. Paling kurang pun anda mestilah mempunyai RM10,000 tabungan untuk kecemasan.

Jadi, bayangkan jika anda hanya mempunyai RM50,000 wang simpanan di dalam KWSP dan pasangan anda tidak bekerja, adakah wang simpanan tersebut memadai untuk menampung kehidupan anda sepanjang persaraan? Atau anda masih perlu bekerja untuk meneruskan kehidupan dengan selesa?

nak pencen dengan selesa? ini anggaran wang yang mesti kita ada...

Perbelanjaan Harian

RM24,000

Kesihatan

RM1,800

Bercuti (anggaran 2 kali setahun)

RM1,000

Kecemasan

RM10,000

Jumlah (setahun)

RM36,800

Ada yang mungkin tengah fikir untuk bergantung kepada anak-anak tetapi jangan lupa yang mereka juga mempunyai keluarga dan komitmen kewangan masing-masing. Atas sebab itulah anda perlu berfikir cara untuk memaksimumkan pendapatan yang diperolehi agar anda dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa sepanjang tempoh persaraan. Cara yang paling penting adalah dengan menabung.  Anda juga boleh memilih untuk memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan anda untuk melabur di dalam pelan insurans/takaful Sun Life Malaysia.

Sun Life Malaysia mempunyai pelbagai pelan yang sesuai untuk anda termasuk pelan persaraan yang antara lain memberi perlindungan komprehensif untuk kematian, hilang upaya menyeluruh dan kekal, manfaat hospital dan sebagainya – anda boleh memilih pelan perlindungan yang anda ingini.

nak pencen dengan selesa? ini anggaran wang yang mesti kita ada...

Layari website dan Facebook Sun Life Malaysia untuk info lanjut! Jom buat perancangan sekarang demi keselesaan anda di hari tua.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }