Kredit: Shutterstock
“Bawa kereta pandai, tapi pam tayar pun tak tau?” ini antara ayat yang selalu pemandu wanita terima. Memang tak dinafikan kebanyakan wanita hanya tahu bawa kereta tetapi bab penjagaan dan baik pulih mereka awal-awal lagi dah angkat bendera putih. Setuju tak?
Malah menurut satu kajian tahun 2018 oleh Bosch Automotive Aftermarket terhadap pemandu Malaysia, hanya 1 peratus wanita mampu membaiki kerosakan kereta tanpa bantuan dan kebanyakan wanita lebih memilih menghubungi ahli keluarga atau rakan-rakan serta syarikat insurans untuk mendapatkan bantuan.
Walaupun anda tergolong dalam kelompok wanita yang tidak tahu langsung tentang kereta, sebaik-baiknya anda kena tahu 6 perkara ini. Iyalah, malang tak berbau dan kita kenalah sentiasa bersedia untuk sebarang kecemasan.
#1 Nombor kecemasan
Selain nombor saudara mara dan rakan baik, anda seharusnya menyimpan nombor bantuan kecemasan syarikat insurans yang selalu diberikan dalam bentuk stiker untuk dilekatkan pada cermin kereta. Jangan tunggu bila kereta dah ‘tersadai’ di atas jalan, baru nak cari nombor penting ni!
#2 Angin tayar
Tahu berapa jumlah angin yang diperlukan untuk setiap tayar. Anda boleh tengok jumlah angin tayar di bahagian sisi tempat duduk pemandu. Bukan je kena pastikan semua tayar mempunyai angin mencukupi, periksa juga tayar spare.
Tayar yang selalu kurang angin akan cepat rosak manakala tayar yang terlebih angin juga mengganggu pemanduan. Belajarlah pam dan tukar tayar, nampak macam susah tetapi sebenarnya mudah dan boleh dilakukan oleh wanita!
#3 Kenal & tahu fungsi peralatan kecemasan
Malang tak berbau, kita kenalah sentiasa bersedia menghadapi saat tak terduga. Pastikan di dalam kereta anda ada peralatan kecemasan seperti:
- Peti pertolongan cemas
- Tire gauge
- Kabel jump start
- Peralatan menukar tayar
- Besi amaran tiga segi
- Lampu picit.
#4 Tahu buka dan tutup but kereta
Bunyi macam pelik tetapi sesetengah pemandu tidak tahu bagaimana untuk buka dan tutup. Pastikan anda tahu di mana butang untuk bukak bonet dan bagaimana untuk tutup. Semua info ini ada dalam manual pengguna.
#5 Bateri
Anda juga kena tahu jenis bateri dan bilakah kali terakhir ditukar. Jika bateri dah lama tidak ditukar, enjin pula semakin sukar dihidupkan, anda bolehlah bersedia dengan bateri spare. Tetapi sebelum tu, kenalah belajar cara buka dan pasang bateri ya. Penggunaan bateri berkualiti tinggi juga memberikan banyak perbezaan.
#6 Cara respon bila kereta rosak di tengah jalan
Ada banyak cara yang boleh dilakukan mengikut kepada situasi yang terjadi. Jika anda berada di tengah jalan, nyalakan lampu kecemasan dan perlahan-lahan letakkan kenderaan anda di tepi. Jangan lupa letakkan besi amaran tiga segi sebagai makluman kepada pemandu lain. Paling penting, jangan panik!
Itu baru pengetahuan asas, ada banyak lagi perkara penting tentang kereta yang kita kena tahu. Ilmu nak jaga kereta ini bukan hanya untuk lelaki, golongan wanita pun tidak terkecuali dan tidak boleh ambil mudah ya.
Menyedari perkara ini, Bosch mengambil inisiatif menganjurkan kempen #BoschEmpowersWomen untuk memupuk kesedaran kepada pemandu wanita agar lebih berdikari dan yakin dalam mengendali kenderaan sendiri.
Kredit: Bosch
Antara inisiatif mereka termasuklah menganjurkan bengkel keselamatan kereta dan jalan raya ‘Heels & Wheels’, khusus untuk wanita. Bengkel ini dianjurkan Bosch AA dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) PROTON, PETRON dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR).
Program bertemakan #BoschEmpowersWomen adalah kesinambungan kempen ‘Drive for Life’ yang bertujuan menyokong usaha kerajaan mengurangkan kemalangan jiwa.
Kredit: Bosch
Peserta bengkel diajar cara menyelenggara kenderaan termasuk memeriksa bateri, wiper, minyak enjin dan tayar serta kaedah terbaik untuk bertindak balas dalam keadaan kecemasan.
Kredit: Bosch
‘Heels & Wheels’ turut memberi penekanan kepada keselamatan anak-anak dengan memberi pendedahan dan panduan tentang cara pemasangan serta penggunaan kerusi khas kanak-kanak dan bayi. Panduan ini tentunya sangat bermanfaat dan sesuai dengan perlaksaan undang-undang terbaharu oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang akan mewajibkan penggunaan kerusi kanak-kanak pada tahun 2020.
Ini bukanlah kali pertama Bosch menganjurkan kempen kesedaran buat wanita. Inisiatif #BoschEmpowersWomen ini telah bermula sejak tahun 2016 melalui aktiviti “Auto Women’s Workshop” yang disertai 40 wanita untuk mempelajari kepentingan penyelenggaraan kenderaan.
Jika wanita lain boleh melakukannya, mengapa tidak anda? Memang menarik kempen anjuran Bosch ni kan? Anda yang inginkan info lanjut dan terkini bolehlah layari Facebook Bosch Autoparts Malaysia hari ini.