Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

Produk Atau Pemasaran: Mana Satu Yang Perlu Dahulu?

Utamakan yang paling penting dahulu.
Editor
25 Jan 2021, 10:00 AM

produk atau pemasaran: mana satu yang perlu dahulu?

Kredit: sitthiphong/Freepik

Dengan pandemik Covid-19 yang masih belum reda, bencana banjir yang memberi cabaran tersendiri, dan pelbagai lagi halangan; mungkin ada di antara anda yang menghadapi masalah jualan bagi bisnes anda. Dah cuba banyak benda pun tak menjadi.

Bagi yang mengeluarkan wang simpanan dari I-Sinar sebagai modal untuk bisnes pula, pastinya anda tertanya-tanya: macam mana nak laburkan wang ini untuk tingkatkan bisnes, produk atau pemasaran?

Kalau anda pilih produk, terdapat pelbagai risiko yang ada berbanding pemasaran. Antara risikonya ialah stok yang berlambak jadi lebih sukar nak dijual sebab tiada pelan pemasaran yang baik, so nak rolling modal pun tak boleh. Bila stok barang dah nak dekat expired, memang rugi habis. Jadi, utamakan pemasaran terlebih dahulu untuk elak kerugian!

Bila buat bisnes kena lebihkan pemasaran dulu. Fikirkan macam mana nak tarik perhatian pelanggan? Walau sebagus manapun produk kita, pelanggan tak tahu yang kita ada dalam pasaran kalau kita tak buat pemasaran. Ibarat kita bagi kucing makan, tapi dalam tudung saji.

Tak perlu pening-pening. Ikuti empat tips ringkas oleh pakar pemasaran dari Program Roket Pemasaran Momentum ni bagi menambah baik jualan anda:

#1 Ketahui macam mana produk anda boleh membantu pelanggan

Senaraikan sebanyak mungkin manfaat yang terdapat pada produk anda. Lebih banyak lebih baik. Tapi jangan tipu dan tokok-tambah pula. Fikirkan macam mana ia boleh selesaikan masalah yang dihadapi pelanggan. Semua masalah ada jalan penyelesaiannya.

Sebagai contoh, anda jual pek daging dendeng siap makan di mana pengguna hanya perlu panaskan dalam oven selama 10 minit saja. Produk anda ni boleh membantu pelanggan yang mempunyai masalah tak cukup masa untuk masak. Dalam kata lain, produk anda merupakan solusi buat mereka yang sangat sibuk.

#2 Kenal pasti pelanggan sasaran anda

Nak pasarkan produk kenalah tahu pelanggan sasaran. Kenal pasti siapa pelanggan anda yang sebenar. Contohnya dari segi jantina, umur, tahap pendidikan, status kerjaya, atau status perkahwinan. Jadi takdelah membazir banyak duit untuk buat pemasaran.

#3 Buat pemasaran secara digital

Nak kekal bersaing kena ikut peredaran trend semasa. Sekarang zaman digital. Dah makin ramai orang yang membeli secara online. Jadi buatlah pemasaran anda secara online juga. Belajar selok-belok bisnes secara online sebanyak mana yang anda boleh.

#4 Buat pemasaran anda secepat mungkin secara konsisten

Dalam dunia bisnes, siapa cepat dia dapat. Jadi kalau anda nak tingkatkan jualan dengan segera, buat pemasaran secepat mungkin secara konsisten. Kalau tak cukup ilmu, tambah ilmu. Belajar dan jangan putus asa. Insyaallah berjaya.

Untuk tips selanjutnya bagi memantapkan pemasaran dan bisnes anda pada saat-saat yang mencabar ni, jom daftar kelas online Roket Pemasaran Momentum di www.naktarikpelanggan.com.

produk atau pemasaran: mana satu yang perlu dahulu?

Kredit: NakTarikPelanggan.com

Kelas tajaan ni bernilai RM10,000 ya, dan ia terhad kepada 10,000 orang sahaja. Ambil peluang sekarang dan jadilah di antara 10,000 orang terawal untuk sertai kelas ini secara percuma!

Untuk info lanjut, lihat Facebook Najib Asaddok.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }