Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

Teknik Rahsia ‘Closing Sales’ Yang Peniaga Online Kena Kuasai Untuk Tingkatkan Jualan Berganda-Ganda

Dah cuba macam-macam cara, tetapi masih belum berjaya capai target jualan.
Izza Yatim
15 Jul 2021, 10:32 AM

teknik rahsia ‘closing sales’ peniaga online kena kuasai untuk tingkatkan jualan berganda-ganda

Kredit: jeshoots.com/unsplash

 

Berniaga secara online berbeza dengan perniagaan offline. Kalau offline kena ada tapak jualan dan pelanggan akan datang kepada peniaga untuk membeli barangan jualan. Tetapi peniaga online kena ‘seru’ pelanggan untuk singgah dan membeli belah di kedai online mereka.

 

Dan dah tentu cabarannya pun lain. Selain perlu menguasai teknologi, peniaga online kena bijak menggunakan medium media sosial untuk mempromosikan produk jualan dan menarik pelanggan. Paling penting, kenalah bijak untuk closing sales dengan potential buyer.

 

Iyalah, selagi belum berjaya close sales, selagi tu la barang niaga belum terjual. Dan nak closing sales ni susah, ramai yang bertanya tetapi kebanyakan pelanggan akan cabut lari selepas dapat tahu harga. Sebab itu anda kena mahir teknik close sales untuk capai target jualan yang dah ditetapkan. Yang masih ragu-ragu tu, ni kami kongsikan rahsia closing sales untuk tingkatkan jualan berganda-ganda...

 

#1 Tunjuk kepakaran supaya pelanggan yakin

 

Kepakaran anda sudah tentu yang berkaitan dengan produk jualan. Jadi, tonjolkannya dengan sesi perkongsian Live dan Q&A. Paling penting, kenalah mahir dengan produk, bijak menyusun ayat dan yakin. Anda juga boleh tunjukkan testimoni untuk yakinkan pelanggan.

 

#2 Tanya dan tahu masalah pelanggan

 

Anda bukan sekadar menjual tetapi turut membantu pelanggan. Sebab itu anda kena terlebih dahulu tahu apakah masalah yang dihadapi pelanggan dan bagaimana produk jualan anda dapat membantu menyelesaikan masalah mereka.

 

#3 Beri nasihat dan penyelesaian

 

Bila dah tahu masalah yang pelanggan hadapi, jelaskan kepada mereka tentang kaedah penyelesaian terbaik yang kita boleh berikan. Dengan cara ini, kita membeli jiwa pelanggan supaya mereka rasa selesa serta lebih dekat dengan kita dan lebih mudah menerima pandangan kita.

#4 Guna teknik assumption

 

Penting untuk peniaga menjadi penyelesai masalah. Dan selalulah guna teknik ‘assumption’ iaitu kita menganggap pelanggan dah buat keputusan untuk membeli produk yang dijual. Antara contoh soalan untuk follow up ialah “Puan nak kami post ke alamat mana ya?” atau “Encik nak ambil pakej yang mana?”

Tetapi, tak mudah untuk bina kepercayaan pelanggan ni. Anda juga kenalah mahir dalam teknik penulisan copywriting untuk menarik pelanggan ke kedai maya setiap hari.

 

Untuk anda masih ragu-ragu, apa kata anda ikut rapat Momentum Internet Sdn Bhd dan Najib Asaddok! Iyalah, ada banyak rahsia dan teknik untuk roketkan jualan menggunakan Facebook yang mereka nak kongsi.

 

teknik rahsia ‘closing sales’ yang peniaga online kena kuasai untuk tingkatkan jualan berganda-ganda

Kredit: Austin Distel/Unsplash

 

Bolehlah anda kuasai teknik serta menambah baik strategi pemasaran di sosial media dan seterusnya mengembangkan perniagaan. Anda juga akan dapat ilmu untuk capai 10 kali ganda lebih ramai pelanggan!

 

Iya, Najib Asaddok juga akan berkongsi sesuatu yang istimewa iaitu 7 Video Strategi Facebook Ads Capai RM10,000 pertama. Video lengkap cara membina page, tarik follower dan lain lain. Bukan itu sahaja, ada hadiah istimewa yang Najib Asaddok nak berikan kepada anda! Ha, memang rugi kalau anda terlepas 7 Video Strategi Facebook Ads Capai RM10,000 pertama yang bernilai RM699 secara PERCUMA.

teknik rahsia ‘closing sales’ yang peniaga online kena kuasai untuk tingkatkan jualan berganda-ganda

Kredit: NakTarikPelanggan.com

 

Apa tunggu lagi? Jom dapatkan info & daftar sekarang di NakTarikPelanggan.com. Nak tahu lebih lanjut lagi tentang Momentum Internet & Najib Asaddok, “LIKE” dan “FOLLOW” Instagram dan Facebook Momentum Internet & Najib Asaddok sekarang.

 

“Momentum, empower your success.”

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }