
Kredit: Shutterstock
Tengah periksa dinding luar rumah—anda terperasan ada bahagian cat terkelupas. Oh no!

Kredit: Shutterstock
Jangan panik ya— pasti ada cara untuk atasi masalah ini. Paling penting, anda kenalah tahu apa punca masalah ini:
#1 Kelembapan tinggi

Kredit: Shutterstock
Kadar kelembapan yang tinggi menyebabkan pengumpulan lembapan pada dinding—dan dinding menyerap lembapan seperti span! Hasilnya, lapisan coating mula menggelembung. Akhirnya, cat tadi akan merekah dan mula mengelupas.
#2 Kondensasi

Kredit: Shutterstock
Proses kondensasi menyebabkan kawasan dinding lembap, dan mula ditumbuhi kulat. Kesannya, lapisan cat tadi akan terkeluar dan terkelupas. Proses kondensasi selalunya terjadi semasa dan selepas hujan lebat yang tentunya akan merosakkan lapisan cat yang masih baharu!
#3 Suhu tinggi dan cahaya matahari

Kredit: Shutterstock
Malaysia ni memang panas— kalaulah dinding ni boleh bercakap, sudah tentu dah mereka pun mengadu yang sama!
Dinding rumah anda terdedah kepada cahaya matahari secara langsung. Apabila struktur permukaan dinding menjadi sangat panas, mulalah akan menggelembung. Gelembung berlebihan ini boleh menyebabkan cat terkelupas yang diburukkan dengan kehadiran angin dan hujan.
#4 Persediaan kurang sempurna

Kredit: Shutterstock
Sebelum mula mengecat dinding, penting untuk anda menyediakan dinding dengan sempurna. Sebaiknya anda atau mereka yang menjalankan kerja-kerja mengecart di rumah anda menggunakan sealer bagi mengelakkan cat terkelupas.
Antara sebab lain mengapa cat tidak melekat adalah disebabkan anda meletakkan seam tape dan joint compounds dengan cara yang kurang sempurna.
#5 Cat kurang berkualiti

Kredit: Shutterstock
Penting untuk anda membuat kajian tentang kualiti cat sebelum mula mengecat dinding. Sekiranya anda nak betulkan atau cat semula dinding luar, kami cadangkan anda gunakan rangkaian Nippon Paint Weatherbond.

Cat ini tahan dalam cuaca Malaysia yang panas dan hujan—bolehlah anda ucapkan selamat tinggal kepada dinding terkelupas. Cat ini juga anti-kulat, jadi anda tak perlu risau dengan pertumbuhan kulat pada dinding.
Anda juga boleh daftar untuk mendapatkan 7 tahun waranti cat dinding dengan Nippon Paint Malaysia. Anda boleh klik artikel ini untuk mendapatkan info tentang waranti yang ditawarkan ini.
Selamat mengecat rumah!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.