Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

6 Tip Untuk Ibu Bapa Mencari Universiti Terbaik & Sesuai Untuk Anak Sambung Belajar!

Pertimbang semua aspek, jangan main ‘sambar’ je!
Editor
24 Aug 2020, 11:03 AM
6 tip untuk ibu bapa mencari universiti terbaik & sesuai untuk anak sambung belajar!

Kredit: UNIMY

Fasa menuntut ilmu tidak terhenti hingga peringkat SPM atau STPM sahaja, panjang lagi perjalanan anak muda terutamanya untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi memenuhi keperluan bidang pekerjaan semasa.

Antara perkara penting yang perlu dilakukan adalah memilih jurusan dan pusat pengajian terbaik yang sesuai dengan anak anda. Dan sudah tentu, proses mencari institusi pengajian ini bukan sahaja terletak di bahu pelajar, tetapi ibu bapa turut sama memainkan peranan. Iyalah, nak masuk universiti ni bukan macam pilih baju, tak suka boleh main tukar-tukar.

Buat ibu bapa yang masih tercari-cari universiti terbaik untuk anak-anak tu, kami kongsikan beberapa perkara yang anda perlu ambil kira dalam memilih pusat pengajian:

 #1 Program Yang Ditawarkan

Sebagai ibu bapa penting untuk anda mengetahui bidang yang anak-anak anda minati. Kemudian dapatkan perincian setiap program yang ditawarkan di universiti yang dipilih dan apakah skop pembelajarannya.

#2 Peluang Mendapat Pekerjaan

Setiap ibu bapa pastinya mengharapkan anak-anak mendapat pekerjaan yang baik, kan? Sebab itu penting untuk ibu bapa ambil tahu bidang kerjaya apa yang bersesuaian dengan program yang ditawarkan serta peluang anak-anak anda mendapat pekerjaan selepas bergraduasi.

#3 Lokasi Yang Strategik

Antara perkara yang perlu dipertimbangkan dalam memilih universiti adalah lokasinya. Ada yang memilih kawasan pinggir bandar yang lebih tenang, ada pula lebih menyukai kawasan bandar yang meriah dan dekat dengan kemudahan asas seperti hospital, stesen bas, pasaraya, bank dan kedai makan.

#4 Kadar Yuran Pengajian

Lain universiti dan program, lain yurannya. Dan sebagai ibu bapa, penting untuk anda tahu kadar yuran yang dikenakan setiap semester dan adakah jumlah itu bersesuaian dengan kemampuan kewangan.

#5 Fasiliti Yang Disediakan

Pilih universiti yang menyediakan fasiliti terbaik. Antaranya kemudahan bilik komputer, asrama dan pusat sumber serba lengkap, kawalan keselamatan terbaik, pusat rekreasi, kemudahan bas untuk ulang alik dari asrama ke dewan kuliah dan sebagainya.

#6 Hubungan Erat Dengan Industri

Antara faktor yang tidak boleh kita ambil ringan. Sesebuah universiti yang baik seharusnya mempunyai hubungan yang erat dengan industri bagi memperluaskan ruang kolaborasi. Pelajar akan lebih mudah terlibat dalam industri, terdedah dengan realiti dunia pekerjaan serta peluang yang lebih tinggi untuk diterima masuk.

Jika anda sedang tercari-cari universiti yang menepati kriteria ni, University Malaysia of Computer Science and Engineering (UNIMY) adalah jawapannya.

UNIMY merupakan Universiti Teknologi Digital Utama Malaysia yang menawarkan program Keselamatan Siber dan Pemaju Permainan terbaik di Malaysia.

Ada 6 bidang khusus termasuklah IoT, AI & Big Data, Pengkomputeran Cloud, Keselamatan Siber, Teknologi Perniagaan, Pengekodan + DevOps & Agile dan 13 program di peringkat asasi, diploma, ijazah dan pasca siswazah yang ditawarkan di UNIMY.

6 tip untuk ibu bapa mencari universiti terbaik & sesuai untuk anak sambung belajar!

Kredit: UNIMY

Lokasinya pun strategik! Di kawasan Cyberjaya yang dikelilingi pelbagai syarikat MSC Malaysia. Jadi peluang anak anda yang belajar di UNIMY untuk dapat peluang internship dan pekerjaan dalam masa 6 bulan setelah tamat belajar adalah lebih tinggi.

6 tip untuk ibu bapa mencari universiti terbaik & sesuai untuk anak sambung belajar!

Kredit: UNIMY

Fasilitinya pun terbaik dengan pendedahan kepada teknologi masa kini seiring dengan Revolusi Industri 4.0. Yuran pengajian berpatutan (serendah RM 1,000 setiap bulan) untuk taraf pendidikan yang tinggi.

6 tip untuk ibu bapa mencari universiti terbaik & sesuai untuk anak sambung belajar!

Kredit: UNIMY

Dan paling penting UNIMY ni dimiliki oleh syarikat induk yang kukuh, Serba Dinamik Group Bhd. Jadi, peluang pelajar untuk berkolaborasi dengan industri yang berpengaruh lebih tinggi. Oleh sebab itu, graduan UNIMY mampu mendapat pekerjaan dengan gaji permulaan 20% lebih tinggi.

6 tip untuk ibu bapa mencari universiti terbaik & sesuai untuk anak sambung belajar!

Kredit: UNIMY

Untuk ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak anda di UNIMY, jom hadir ke Hari Terbuka UNIMY seperti berikut:

  • 12 September: Hari Terbuka UNIMY di UNIMY Star Central, Cyberjaya mulai jam 10 pagi hingga 5 petang.

Untuk anda yang ingin melawat kampus UNIMY pun boleh, Hubungi UNIMY untuk dapatkan temu janji setiap hari Isnin hingga Jumaat, mulai jam 9 pagi hingga 5 petang. Layari www.unimy.edu.my, hubungi 1300-88-5008 atau emel [email protected] untuk info lanjut!

6 tip untuk ibu bapa mencari universiti terbaik & sesuai untuk anak sambung belajar!

Kredit: UNIMY

Jom mohon sekarang! #FutureBeginsAtUNIMY

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us