Kredit: Freepik
Indeks IPU dah berada tahap tak sihat, pemandangan luar pun diseliputi asap. Punyalah tak sihat jerebu ni sampaikan setiap kali terdedah menyebabkan mata dan tekak gatal, berair dan sesak nafas.
Selain dari kemas rumah, susun atur perabot dan lipat kain baju, apa lagi yang boleh kita lakukan untuk elakkan kebosanan di musim jerebu ni? Takkanlah setiap masa hendak bermedia sosial je kan?
Anda yang tak tahu nak buat apa tu, bolehlah cuba 5 aktiviti ni.
#1 D.I.Y Buku Nota
Bosan dengan buku nota yang dibeli di pasaran? Rupa sama dan sukar nak temui yang berkenan di hati. Apa kata anda D.I.Y buku nota sendiri. Salah satu contohnya ada di video tutorial ini.
Dah selesai D.I.Y, bolehlah bersantai sambil baca buku. Yang suka layan novel romantik tu, boleh klik di sini untuk cuci mata dengan novel-novel menarik di pasaran.
#2 Main Masak-Masak
Dah join group masakan di Facebook dan dah jadi penonton setia rancangan memasak di TV. Apa kata cuti ni uji ilmu dan kemahiran memasak anda. Kalau sebelum ni hanya masak lauk, kali ni cubalah pula buat piza sendiri.
Sementara tunggu doh kembang, bolehlah klik di sini dan pilih kek kegemaran untuk dimakan bersama piza sambil layan filem kegemaran!
#3 Album Gambar Menarik Dengan BFF
Ajak BFF berkumpul di rumah sambil imbau kenangan manis kalian. Boleh plan untuk next gathering. Sambil-sambil tu apa kata anda buat sendiri album dan susun gambar-gambar lama untuk abadikan memori indah dengan BFF.
Atau paling tidak pun, bolehlah makan snek sihat sambil bertukar-tukar cerita hidup. Klik di sini untuk pilihan snek sihat kegemaran.
#4 Zumba
Dah kenyang makan, bolehlah berzumba atau aerobik bersama-sama. Pastikan anda maklumkan aktiviti ini kepada BFF terlebih dahulu supaya mereka bersedia dengan pakaian yang sesuai.
Yang takde baju dan kasut sukan tu, bolehlah usyar di sini.
#5 Spa Di Rumah
Anda boleh tonton video ini untuk D.I.Y keperluan spa yang hanya menggunakan barangan yang ada di dalam rumah.
Ada banyak lagi tutorial lain yang boleh anda jadikan rujukan. Nak suasana macam spa, anda boleh letak aromaterapi. Boleh klik di sini untuk pilihan haruman aromaterapi pilihan.
Kalau semua yang anda cuba lakukan ni tak menjadi, ada banyak lagi aktiviti yang anda boleh lakukan di rumah.
Paling tidak pun boleh ‘bermalas-malas’ di atas tilam sambil layan rancangan kegemaran. Bukan selalu dapat buat begini!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.