Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

10 Tarikan di Kuala Lumpur, Sesuai Untuk Bawa Famili Bercuti

Gunakan peluang ini untuk luang masa berkualiti dengan keluarga.
Izza Yatim
09 Sep 2022, 11:09 AM

Artikel ini ditaja oleh W Kuala Lumpur

percutian family tempat menarik kl

Kredit: W Kuala Lumpur

Tidak kira apa jua pekerjaan kita, sudah pasti setiap hari jadual harian kita padat dengan pelbagai tugasan di tempat kerja dan rumahtangga. Tetapi tidaklah bermakna kita boleh abaikan masa berkualiti dengan keluarga.

Selain meluangkan sekurang-kurangnya 15 minit masa berkualiti setiap hari bekerja, anda boleh gunakan kesempatan di hari minggu untuk membawa keluarga pergi bercuti. Tak perlu jauh, di Kuala Lumpur pun ada banyak lokasi menarik yang boleh dikunjungi.

Di Mana Tempat Menarik di KL Untuk Bawa Keluarga Bercuti? 

Ada baaanyak! Bergantung kepada minat dan kecenderungan anda dan keluarga. Ini kami senaraikan antara tempat menarik di Kuala Lumpur yang boleh anda lawati.

#1 Untuk Yang Sukakan Cabaran 

Ada banyak tempat menarik yang anda boleh pergi termasuklah:

SuperPark

Terletak di tingkat 4, Avenue K Shopping Mall, ada banyak aktiviti mencabar yang anda dan anak-anak boleh lakukan seperti Superhoop, flying fox, kid’s gym dan sliding mountain.

Berjaya Times Square Theme Park

Berada di tingkat 5 & 7 Berjaya Times Square, taman tema ini merupakan taman tema indoor yang terbesar di Malaysia. Ada pelbagai permainan dan aktiviti sesuai untuk seisi keluarga.

#2 Pencinta Alam

Untuk keluarga pencinta alam, anda tentunya enjoy dengan aktiviti-aktiviti ini:

Aquaria, KLCC

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aquaria KLCC (@aquariaklcc)

Ada lebih 5,000 spesies akuatik seperti obor-obor, kuda laut, pelbagai spesies ikan dan tapak sulaiman. Jika bernasib baik, bolehlah sertai sesi pemberian makanan jerung.

Taman Burung 

Ini satu lagi tempat riadah keluarga. Ada lebih 200 spesies burung dan empat zon berbeza untuk anda terokai. Menariknya, taman burung ini berkonsep terbuka yang membolehkan anda berinteraksi secara langsung dengan lebih 2,000 ekor burung di sini. Hanya spesies agresif seperti helang dan burung hantu je yang diletakkan di dalam sangkar.

#3 Pencinta Seni

Pencinta seni tentunya lebih menghargai karya-karya seni seperti yang ada di sini:

Kompleks Budaya Kraf 

Selain barangan kraftangan menarik seperti pakaian, aksesori dan barangan perhiasan rumah, anda boleh belajar tentang evolusi kraftangan negara dan melihat sendiri cara penghasilan barangan seperti batik dan tembikar serta aktiviti-aktiviti tradisional seperti mencanting batik, menganyam songket. Anda juga boleh merasai sendiri pengalaman menghasilkan batik dan pasu. Menarik!

Istana Budaya

Nak tengok sendiri persembahan secara langsung di hadapan mata? Istana Budaya la tempatnya. Ada pelbagai persembahan seni seperti muzikal, teater, teater muzikal dan konsert dipersembahkan di sini. Hanya tengok laman web Istana Budaya untuk mengetahui jadual serta aktiviti yang sedang berlangsung!

#4 Suka Sejarah?

Antara lokasi yang boleh anda pergi...

MinNature

Terletak di aras satu Sungei Wang Plaza. MinNature adalah tempat khas bagi penggemar miniatur atau pengunjung yang ingin mengetahui lebih mendalam tentang sejarah, warisan dan budaya Malaysia.

Terokai Kuala Lumpur dengan KL Hop On Hop Off 

Anak-anak pastinya teruja jika dapat ronda-ronda KL dengan menaiki bas. Bas ini akan membawa anda ke beberapa tempat ikonik dan bersejarah seperti Menara Kuala Lumpur, Stesen Keretapi Lama, Muzium Negara dan Masjid Negara. Dan di setiap tempat ini, akan ada serba sedikit penerangan oleh pemandu pelancong.  

#5 Peminat Buku & Panorama

Dua lokasi yang pastinya memberi kepuasan bagi peminat buku dan panorama ialah:

Perpustakaan Kanak-Kanak

perpustakaan negara kanak kanak

Kredit: Perpustakaan Negara Malaysia

Nak bawa anak-anak ke perpustakaan tetapi risau jika mereka membuat bising dan mengganggu orang lain? Anda boleh bawa mereka ke Perpustakaan Kanak-Kanak yang terletak di aras bawah Perpustakaan Negara. Di sini, anak anda boleh membaca buku kegemaran dalam persekitaran yang ceria.

Skybridge KL 

Anda dah merasa naik ke jambatan yang menghubungkan 2 menara berkembar KLCC? Jika belum, inilah masanya anda bawa famili ke tingkat 41 & 42 menara berkembar KLCC serta ke observation deck di tingkat 86 bagi melihat keindahan Kuala Lumpur.

Menarik kan?

Macam-macam tarikan yang ada di Kuala Lumpur ni. Nak lebih mudah akses kepada lokasi menarik ni, anda boleh stay di hotel di tengah-tengah Kuala Lumpur seperti hotel W KL.

Apa Yang Menariknya W KL Ni? 

Selain lokasinya yang strategik berdekatan KLCC dan tidak jauh dari segi tiga emas. Jadi, kalau anda menginap di sini memang mudah untuk akses ke Bukit Bintang, Pavilion dan di tempat-tempat tarikan pelancong di bandar Kuala Lumpur. Selain itu, hotel ini juga menjanjikan pengalaman menarik seperti:

#1 Rekaan dalaman & dekorasi unik 

Unik dengan sentuhan futuristik daripada penggunaan material, reka bentuk dan pencahayaan. Setiap laluan ni memang cantik untuk bergambar!

#2 Kolam renang infiniti berlatar belakang KLCC

Anda boleh berenang atau bersantai di tepi kolam renang sambil menikmati keindahan Kuala Lumpur serta KLCC. Panorama siang pun dah cantik, apatah lagi bila anda berada di sini pada malam hari!

#3 Manjakan diri di spa 

Dah penat berjalan sekitar Kuala Lumpur, anda boleh manjakan diri di AWAY® Spa. Bolehlah menikmati mandian wap aromaterapi, sauna atau kolam vitaliti.

#4 Restoran dengan hidangan terbaik 

Anda boleh nikmati pelbagai hidangan terbaik di beberapa restoran di sini. Boleh nikmati makanan Kantonis autentik di Yen dan menu menu masakan Asia dan antarabangsa sepanjang hari di Flock.

#5 Dekorasi bilik tidur fresh

Hotel ini mempunyai 150 bilik berkonsepkan kontemporari dengan pilihan warna neon yang ceria. Setiap bilik mempunyai reka bentuk menarik dan dilengkapi hiasan estetik dengan elemen tradisional dan moden.

Dapatkan promosi menarik W KL hari ini untuk menginap hingga 22 Disember 2022! 

Ada beberapa pakej berbeza bergantung kepada keperluan anda. Jika anda inginkan pakej spa dan merasai hidangan di restoran di W KL, anda boleh memilih pakej Never Stop, Won’t Stop.

Apa tunggu lagi? Jom tempah penginapan anda sekarang!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }