
Kredit: HUAWEI, Edit: SINAR
Sama ada anda bergambar ketika melancong, sesi santai dengan kawan-kawan, atau apa saja aktiviti yang menarik, pastinya anda berasa geram jika ada individu tak diingini atau photobomber yang turut ada di dalam gambar yang diambil. Bukan mudah nak hilangkan mereka sebab anda harus mengambil gambar semula dengan mengubah posisi.
Selain itu, pasti anda pernah berdepan dengan situasi di mana gambar tidak memuaskan kerana ia terlihat kabur, bergegar kerana subjek bergerak dengan pantas, atau terdapat pantulan cahaya dalam gambar. Ini semua boleh mencacatkan kecantikan gambar.
Mungkin anda terlepas peluang menangkap detik-detik indah seperti anak anda yang berjaya menjadi juara dalam acara sukaneka sebab fon anda hanyalah cap ayam. Pelbagai cara yang anda lakukan supaya gambar nampak menarik, sehingga rasa segan dan kekok dengan orang di sekeliling.
Sekarang HUAWEI Siri P40 sedia membantu anda dalam sesi fotografi anda tanpa perlu rasa segan lagi! Ucapkan selamat tinggal kepada sesi fotografi yang kekok dengan HUAWEI Golden Snap yang memaparkan pelbagai fungsi hebat untuk fotografi. Ini caranya:
#1 AI Remove Passerby: hilangkan photobomber dengan mudah dan pantas
Tengah bergambar dengan keluarga sekali anak jiran sebelah termasuk sekali dalam gambar! Ikuti langkah-langkah berikut untuk gunakan fungsi ni:
Langkah 1: Buka [Camera], pilih ikon [Moving picture]

Langkah 2: Tangkap gambar
Langkah 3: pergi [Gallery] dan pilih gambar yang diingini, tekan [Edit]
Langkah 4: Pilih [AI Remove Passerby]
Langkah 5: Pilih [Save] setelah edit
Ini pula cara nak simpan gambar cover:
Langkah 1: Pilih gambar yang anda nak
Langkah 2: Pilih [Filter] atau [Crop] selain Smart Edit tool
Langkah 3: Pilih [Save], dan gambar tadi akan disimpan sebagai gambar cover
#2 AI Best Moment untuk menangkap detik-detik live
Pasangan anda menerima anugerah pekerja terbaik? Anak anda dapat anugerah dekan? Anda tak akan terlepas dalam menangkap detik-detik indah secara live dengan fungsi ini.

Kredit: Rueben Krabbe

Kredit: Rueben Krabbe
Hebat kan gambar atlet yang sedang berski ni? Ini cara ambil gambar seperti ini:
Langkah 1: Buka [Camera], pilih ikon [Moving Picture]

Langkah 2: Tangkap gambar
Langkah 3: Pergi [Gallery] dan pilih gambar yang diingini, pilih [Edit]
Langkah 4: Pilih gambar kegemaran atau gambar yang direkomendasi bertanda mahkota

Langkah 5: Pilih [Save] setelah edit
Anda boleh dapatkan rekomendasi gambar oleh AI yang canggih bagi menangkap gambar yang memukau dengan ekspresi dan postur yang terbaik dengan fungsi AI Best Moment ini.
#3 AI Remove Reflection: Tangkap gambar yang sempurna tanpa ada bayang-bayang
Selalunya kalau kita ambil gambar pemandangan melalui tingkap, pasti akan terdapat bayang-bayang dalam gambar disebabkan oleh pantulan cahaya. Dengan fungsi AI Remove Reflection, ia membantu anda dalam mengurangkan pantulan cahaya pada gelas, tingkap, atau cermin!
Ini cara nak guna:
Langkah 1: Buka [Kamera], tangkap gambar
Langkah 2: Pergi Gallery dan pilih gambar, pilih [Edit]
Langkah 3: Pilih [AI Remove Reflection]
Langkah 4: Pilih [Save] setelah edit
Teknologi AI ini amat berkesan dalam mengurangkan bayang-bayang dan pantulan cahaya bagi menghasilkan gambar yang sempurna.
Tambahan lagi, HUAWEI Siri P40 ini turut dilengkapi dengan pelbagai fungsi editing hebat yang lain seperti Straighten, Adjusted Documents, Brighten, dan Demist untuk anda cuba-cuba!
Tingkatkan lagi mutu pengalaman penggunaan Siri P40 anda dengan HUAWEI AppGallery
Letih bergambar? Apa kata anda bersantai dengan HUAWEI AppGallery yang memaparkan banyak apps yang paling sering digunakan oleh orang Malaysia? Contohnya macam Facebook, WhatsApp, WeChat, Instagram, AirAsia, TikTok, dan Lazada.
AppGallery ni juga selamat digunakan kerana ia telah diperkukuhkan dengan empat lapisan perlindungan yang telah disahkan mengikut standard industri yang tertinggi.
Selain itu, terdapat fungsi Quick Apps di mana anda boleh buka sesuatu app tanpa perlu memuat turun terlebih dahulu. Ini membolehkan anda jimat lebih banyak penstoran!

Kredit: HUAWEI
Sekarang ini, para pengguna Siri P40 dan juga MatePad Pro boleh tebus ganjaran bernilai sehingga RM2,381 di HUAWEI Member Center dan dapat penstoran cloud HUAWEI 50GB secara percuma selama 12 bulan!
Bukan itu saja, HUAWEI juga menawarkan akses premium percuma selama tiga bulan bagi HUAWEI Video buat semua pengguna Siri P40 dan MatePad Pro!
Jangan tunggu lama-lama!
Dengan HUAWEI AI Golden Snap ni, anda mampu menghasilkan gambar yang setaraf profesional! Jom dapatkan HUAWEI Siri P40 ni dari RM2,799 sekarang di sini.