Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

Kemunculan Semula HUAWEI? Ini Sebabnya Ramai Setuju HUAWEI Mate50 Pro Antara Telefon Pintar Terbaik Malaysia!

HUAWEI Mate50 Pro Kunlun glass edition kini hadir dalam Carbon Black dan Silver
Hanafis Haris
29 Dec 2022, 04:50 PM

Artikel ini ditaja oleh HUAWEI Tech

Peranti terbaru, huawei mate50 pro kunlun glass edition

Kredit: HUAWEI Tech

Sebut saja HUAWEI pasti ramai sudah terbayang kualiti daripada semua aspek, baik kamera, prestasi, mahupun reka bentuk!

Tambahan pula, sekarang HUAWEI buat kemunculan semula dengan HUAWEI Mate50 Pro tau!

Bayangkan, lebih sebulan terjual, HUAWEI Mate50 Pro menerima permintaan yang sangat tinggi dan luar biasa daripada pengguna.

Paling mengagumkan, HUAWEI Mate50 Pro Orange Vegan Leather Kunlun glass edition habis terjual pada hari pertama jualan. Sold out yer! 😱

Tak percaya? Anda tengoklah bawah ni πŸ‘‡, beratur weh!

Sambutan luar biasa untuk model huawei mate50 pro kunlun glass edition

Kredit: HUAWEI Tech

Disebabkan itu jugalah, banyak permintaan daripada pengguna supaya HUAWEI membawa masuk varian lain HUAWEI Mate50 Pro Kunlun glass edition.

Haaa! Berita baik untuk semua, HUAWEI kini membawa HUAWEI Mate50 Pro Kunlun glass edition bagi variasi karbon hitam dan perak! 

Tapi Apa Sebenarnya Kaca KUNLUN? Tahan Sangat Ke?

Rekaan terbaru huawei mate50 pro kunlun glass edition

Kredit: HUAWEI Tech

Confirm ramai tertanya-tanya hebat sangat ke kaca Kunlun sampai menjadi perhatian ramai pengguna? 

Kalau anda nak tahu, majoriti panel kaca yang digunakan dalam industri sekarang dikeraskan secara kimia pada permukaan kaca yang hanya dapat menahan sebahagian daripada kesan kuasa luar saja.

Secara umumnya kekuatan struktur kaca mempunyai had dan apabila daya luaran mencapai titik tertentu, lapisan pengukuhan akan terjejas sehingga membawa kepada rekahan dalaman yang akhirnya memecahkan kaca. Patutlah telefon pintar lama mudah pecah guys! πŸ˜”

Jadi, untuk menangani masalah ini, HUAWEI Mate50 Pro Kunlun glass edition dihasil menggunakan kaca berteknologi tinggi dikenali sebagai kaca Kunlun!

HUAWEI membuat keputusan untuk bekerjasama dengan pemain industri yang pakar dalam kaca dan selepas tempoh empat tahun penyelidikan, mereka membuat satu kejayaan dalam pembuatan kaca asas! 

Teknologi kaca huawei mate50 pro kunlun glass edition

Kredit: HUAWEI Tech

Apa yang mereka buat adalah dengan menambah oksida logam tertentu, seperti nanokristal, menggunakan 24 jam pertumbuhan nanohablur suhu tinggi, 108 langkah pemprosesan bahan matriks mikro-habluran dan teknologi peleburan platinum bersuhu 1,600 darjah Celsius.

Bayangkan 10 kuadrilion tahap nanokristal digunakan dalam salutan kaca Kunlun untuk meningkatkan kekuatan dan ketahanan kaca dengan ketara. 

Dengan kaca Kunlun ini, kadar rintangan sekiranya telefon pintar jatuh ini meningkat 10 kali ganda tau! Kebal betul! 

Tak percaya? Anda tengok video ni πŸ‘‡

Paling mengagumkan, HUAWEI Mate50 Pro Kunlun glass edition menjadi telefon pintar pertama yang pernah menerima pensijilan 5 bintang SGS Switzerland untuk perlindungan kaca! Hebat πŸ‘

Teknologi HUAWEI Makin Hebat! Kamera Pun Makin Next Level?

huawei mate50 pro kunlun glass edition padat dengan teknologi baru

Kredit: HUAWEI Tech

Sejak dulu lagi HUAWEI sentiasa ke hadapan dengan menghasilkan pelbagai inovasi teknologi terkini khususnya kualiti kamera!

Untuk HUAWEI Mate50 Pro, kamera utama sebesar 50 Megapixel (MP) (OIS) + 13MP + 64MP dan kamera swafoto pula 13MP.

Untuk model ini, HUAWEI memperkenalkan bukaan iris (aperture) ultra pertama di dunia di mana ia mempunyai sistem bukaan boleh diubah sebanyak 10 saiz yang membolehkan pengguna mengambil fotografi lebih berkualiti dan profesional!

Dengan sistem bukaan boleh diubah ini, gambar korang tetap berkualiti dan terang walaupun ketika malam!

Tak cukup dengan itu, HUAWEI juga telah memperkenalkan jenama Imej XMAGE yang menaik taraf dunia fotografi ke peringkat seterusnya. 

Daripada pelarasan warna, penambahbaikan perkakasan dan Algoritma AI semuanya dipertingkat!

Lihat saja gambar hasil gambar di bawah 😍

Terang dan jelas menggunakan kamera huawei mate50 pro kunlun glass edition

Kredit: Abeden Mung

Jelas dan terperinci menggunakan kamera huawei mate50 pro kunlun glass edition

Kredit: Abeden Mung

Hasil gambar huawei mate50 pro kunlun glass edition

Kredit: Faliq Fahmie

Selain itu, inovasi terkini lain adalah mod bateri kecemasan di mana pengguna masih boleh menggunakan telefon pintar dalam tempoh masa yang lama.

Korang masih boleh guna selama 12 minit masa panggilan atau lebih daripada 2 jam masa standby walaupun pada hayat bateri 1 peratus saja. 

Teknologi baru huawei mate50 pro kunlun glass edition

Kredit: HUAWEI Tech

Fuh lega! Tak perlu lah anda risau kalau bateri dah kurang! 

HUAWEI & APLIKASI GOOGLE? Jangan risau!

Jutaan aplikasi Google menerusi huawei mate50 pro kunlun glass editionKredit: HUAWEI Tech

Tidak dinafikan banyak timbul persoalan sama ada aplikasi asli Google boleh digunakan pada peranti HUAWEI ataupun tidak.

Jangan risau! Pengguna peranti HUAWEI boleh menggunakan aplikasi Google Native melalui aplikasi yang dipanggil LIGHTHOUSE.

Mudah jer anda ikut langkah ini πŸ‘‡

  1. Cari aplikasi LightHouse dalam HUAWEI AppGallery

  2. Muat turun aplikasi

  3. Pergi ke tetapan telefon 

  4. Pilih ‘App’ kemudian LightHouse

  5. Klik pada ikon tetapan di bahagian atas sebelah kanan

  6. Pilih 'Tambah Akaun' dan log masuk ke akaun Google anda

Korang check out senarai aplikasi yang paling terkini di bawahπŸ‘‡

kemas kini aplikasi Google menerusi huawei mate50 pro kunlun glass edition

Kredit: HUAWEI Tech

Kemas kini senarai peranti πŸ‘‡

Mate50, Mate50 Pro, Mate Xs2, Mate40 Pro, nova10, nova10 Pro, nova10 SE, nova Y90, nova Y70, nova 9, nova 9 SE, nova8i, P50, P50 Pro, P50 Pocket, MatePad SE, MatePad Pro 11,MatePad 11, Matepad 10.4 2022, Matepad Pro 12.6 2021 dan 2022.

So Apa Tunggu Lagi?

HUAWEI sentiasa menjadi peneraju industri teknologi dan juga aspek keselamatan menerusi HUAWEI AppGallery Security scan.

Disebabkan itu lah HUAWEI Mate50 Pro antara telefon pintar terbaik di Malaysia untuk tahun 2022!

Jadi jangan lepaskan peluang untuk cuba sendiri telefon pintar dan tablet HUAWEI dengan HUAWEI AppGallery kerana aplikasi asli Google kini tersedia untuk digunakan dengan penuh lancar!

Harga jualan huawei mate50 pro kunlun glass edition

Kredit: HUAWEI Tech

Kunjungi HUAWEI Experience Store, laman web rasmi HUAWEI, HUAWEI Official Store di laman Shopee dan HUAWEI Flagship Store di laman Lazada untuk maklumat lanjut.

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.