Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

Level PC & Paparan Anti-Silau? Ini Ciri Hebat HUAWEI MatePad 11.5s PaperMatte Edition!

Skrin papermatte, seolah-olah anda membaca di atas kertas!
Hanafis Haris
18 Jun 2024, 03:08 PM

Artikel ini ditaja oleh HUAWEI

Lelaki sedang menggunakan HUAWEI MatePad 11.5s Papermatte Edition.

Kredit: HUAWEI

Tahu tak rakyat Malaysia secara puratanya meluangkan antara lima hingga lapan jam sehari menatap skrin digital? Lama kan? Risauuu!

Jadi apa kesan tatap skrin terlalu lama? Haa sudah tentu lah ada kesan negatif terhadap mata seperti kemerahan, kabur dan banyak lagi!

Jadi kalau pilih gajet tu, biarlah ada perlindungan! Sekarang ni semua canggih, skrin pun ada perlindungan mata tau!

Antara peranti gajet yang dilengkapi fungsi hebat ini sudah tentunya HUAWEI MatePad 11.5s Papermatte Edition!

6 Fungsi Menarik HUAWEI MatePad 11.5s Papermatte Edition! 

Selain dikuasakan dengan skrin kadar segar semula (Refresh Rates) 144Hz serta cip pemprosesan Kirin 9000WL, HUAWEI MatePad 11.5s Papermatte Edition ini juga dilengkapi dengan fungsi hebat termasuklah 👇

#1 Paparan skrin jenis papermatte baru yang anti-silau 

HUAWEI MatePad 11.5s Papermatte Edition!

Kredit: HUAWEI

Skrin HUAWEI MatePad 11.5s Papermatte Edition ni dilengkapi dengan material anti silau dan anti pantulan.

Jenis skrin ini menggunakan lapisan nano optik serta salutan berlapis yang mengurangkan pantulan cahaya sebanyak 60% serta silau untuk paparan lebih jelas.

Walaupun berada di luar dengan pantulan cahaya matahari atau refleksi cahaya dari lampu siling rumah, skrin jenis pappermate masih mampu memberi visual yang jelas! Bagus kan?

Sudah namanya pun Papermatte Edition, skrin HUAWEI MatePad 11.5s ini dicipta khas untuk memberikan pengalaman seolah-olah anda sedang membaca di atas kertas.

Skrin ini menggunakan algorithm warna yang menyelaraskan cahaya, suhu warna untuk lebih realistik dan jelas!

Sekarang anda fahamkan mengapa ia digelar Papermatte Edition! 😉

Jangan terkejut kalau skrin pun ada pengesahan sijil untuk mata tau! Kalau perlindungan macam ni, bukan untuk anda je, anak-anak nak guna pun okay!

  • SGS Low Visual Fatigue Premium Performance Certification
  • TÜV Rheinland Reflection-Free Certification
  • TÜV Rheinland Low Blue Light (Hardware Solution) Certification
  • TÜV Rheinland Flicker-Free Certification

#2  Tablet ini dilengkapi dengan aplikasi GoPaint

Buat yang kreatif dan suka melukis tu, ini mungkin berita baik buat anda kerana HUAWEI MatePad 11.5s Papermatte Edition turut dilengkapi dengan aplikasi GoPaint!

Menariknya aplikasi ini, ia dilengkapi ciri:

✨ Efek realistik: Seperti melukis di atas kertas dan kanvas yang sebenar.

✨ Suntingan level pro: GoPaint didatangkan dengan lebih 100 jenis berus. Anda juga yang hasilkan sebanyak 70 lebih berus mengikut citrasa peribadi!

✨ 320 lapisan kanvas: Karya lebih terperinci dengan tahap lapisan kanvas sehingga 320 lapisan, 15% lebih daripada jenama pesaing.

Pelbagai fungsi: Menawarkan 8 kawalan gestur dan shortcut!

✨ Percuma: Jangan risau, GoPaint adalah percuma!

#3 Aksesori tablet dah macam dekat pejabat! Lebih profesional!  

Antara aksesori HUAWEI MatePad 11.5s Papermatte Edition!

Kredit: HUAWEI

Antara sebab ramai yang memilih tablet berbanding komputer adalah ia lebih ringan, mudah dibawa, namun masih mampu melakukan kerja-kerja pejabat!

Sebab itulah HUAWEI menyediakan pelbagai aksesori untuk HUAWEI MatePad 11.5s Papermatte Edition!

  1. HUAWEI M-Pencil (NearLink): Pensil ini mempunyai ‘ultra low latency’ dengan tahap pengesan tekanan 10,000 ke atas. Jadi lakaran lukisan anda lebih tepat!
  2. HUAWEI Papan Kekunci (NearLink): Dengan papan kekunci ni, tablet boleh bertukar dalam bentuk komputer riba. Nak lipat pun boleh!
  3. Aplikasi WPS Level Komputer PC: Antaramuka setanding PC yang mampu berfungsi dengan papan kekunci dan tetikus. Dilengkapi Demo PPT, Word, Excel dan banyak lagi suntingan kerja-kerja pejabat.
  4. Panggilan Video: Kamera hadapan sudut lebar 8MP memastikan persidangan video lebih jelas.

#4 HUAWEI Notes dengan audio!  

Tiga rakan menggunakan HUAWEI MatePad 11.5s Papermatte Edition!Kredit: HUAWEI

Bagi pelajar yang suka mengambil nota dan merekod pembelajaran semasa dalam kelas, HUAWEI Notes boleh merakam audio serentak dengan nota yang diambil.

Pelajar kemudian boleh dengar semula audio dan nota yang telah diselaraskan. Mudah kan?

#5 Kapasiti bateri besar untuk skrin besar!

dua rakan menggunakan fungsi notes HUAWEI MatePad 11.5s Papermatte Edition!Kredit: HUAWEI

Fungsi dah hebat, bateri kena lah cukup kan? HUAWEI MatePad 11.5s Papermatte Edition dikuasakan dengan bateri berkapasiti 8,800 mAh.

Jadi, jangka hayat bateri lebih panjang dan tahan lama untuk kegunaan seharian!

#6 Aplikasi? Jangan bimbang, ada HUAWEI App Gallery!

dua rakan menggunakan HUAWEI MatePad 11.5s Papermatte Edition!Kredit: HUAWEI

Jangan risau tentang aplikasi kerana HUAWEI menyediakan hub aplikasi menerusi HUAWEI App Gallery!

Aplikasi Maybank, Whatsapp, Instagram semuanya tersedia. Aplikasi Google seperti Google Drive juga dah ada di HUAWEI App Gallery tau!

Tapi, kalau tak dapat muat turun sesetengah aplikasi contohnya Netflix dan HSBC Malaysia, anda boleh memuat turun dari Google Play menerusi HUAWEI App Gallery.

HUAWEI MatePad 11.5s Edisi PaperMatte Dijual Pada RM2,499!

Dengan segala fungsi menyeluruh, rugi kalau tak dapatkan HUAWEI MatePad 11.5s Papermatte Edition. Tablet ini sudah boleh dipra-tempah dan anda boleh dapatkan di:

👉 Laman web HUAWEI 

👉 Lazada 

👉 Shopee 

👉 Mana-mana gedung pengalaman HUAWEI

Hadiah Percuma Bernilai Sehingga RM2,046 Jika Pra Tempah Sekarang?

Setaraf Laptop, HUAWEI MatePad 11.5s Papermatte Edition!Kredit: HUAWEI

Berita baik kalau buat pra tempahan sekarang dan anda berpeluang dapatkan:

  • Papan Kekunci Magnetik Pintar HUAWEI
  • HUAWEI M-Pencil Generasi Ketiga
  • HUAWEI Mouse
  • HUAWEI FreeBuds 5i
  • Baucar bernilai RM200

Jadi tunggu apa lagi? Dapatkan HUAWEI MatePad 11.5s Papermatte Edition sekarang!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

ads-with-us