Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

Jangan Terkejut Kalau 5 Trick Ringkas Ini Sebenarnya Boleh Selamatkan Duit Anda!

Jangan pula pantang bila picit tak keluar, laju je nak buang ke dalam tong sampah.
Editor
22 Jan 2019, 04:00 PM

Kredit gambar utama: Shutterstock

Pernahkah anda berhadapan dengan situasi ini, dah puas tekan ubat gigi dan yakin tiada isi yang tinggal lalu anda buang? Bukan bekas ubat gigi je, bekas losyen, sabun mandi, syampu dan alat solek pun selalu je dibuang. Iyalah, kita selalu ingat dah habis rupanya jika kita guna teknik-teknik ni, kita boleh menjimatkan wang daripada memberi peroduk baharu sekurang-kurangnya untuk beberapa hari.  

#1 Sampai Tetesan Terakhir

jangan terkejut kalau 5 trick ringkas ini sebenarnya boleh selamatkan duit anda!

Kredit: Shutterstock

Untuk produk di dalam bekas plastik atau tiub ubat gigi, anda hanya perlu potong bahagian hujungnya. Tarik keluar lebihan dan masukkan ke dalam bekas. Anda tentunya tak sangka, isi yang dikeluarkan tu boleh bertahan untuk beberapa kali guna. 

#2 Guna Beauty Spoon

jangan terkejut kalau 5 trick ringkas ini sebenarnya boleh selamatkan duit anda!

Kredit: The Fashionable Housewife

Anda juga boleh guna beauty spoon yang direka untuk masuk ke segenap bekas mekap mahupun bekas plastik dan menarik keluar lebihan di dalam bekas. Masukkan lebihan produk ini ke dalam bekas kecil dan label supaya mudah untuk digunakan.

#3 Beri Nafas Baru

Tip ni sesuai untuk anda yang mempunyai lipstik yang hampir habis atau alat solekan yang rosak. Hanya masukkan sisa lipstik ke dalam bekas kecil, tambah jeli petroleum, kacau dan letakkan ke dalam microwave selama 10 saat. Biarkan seketika untuk membuatkan lebihan lipstik anda bertukar kepada lip gloss.

#4 Air Panas & Alkohol

jangan terkejut kalau 5 trick ringkas ini sebenarnya boleh selamatkan duit anda!

Kredit: Shutterstock

Tahukah anda peralatan mekap di dalam tube yang disangka habis boleh memberi lebihan mekap jika anda gunakan cara ini. Hanya masukkan bekas mekap ke dalam secawan air panas secara terbalik. Buka dan masukkan lebihan produk ke dalam bekas. Untuk anda yang mempunyai bedak serbuk, blusher atau eye shadow yang pecah, hanya masukkan beberapa tetes alkohol, tekan-tekan produk tadi sehingga mampat, biarkan seketika dan pufff, produk anda sudah seperti baharu!

#5 Guna Air Je

Selalu kan kita rasa syampu, sabun atau conditioner kita dah habis? Masukkan je air ke dalam bekas, goncang sedikit dan anda dah boleh gunakan produk ini beberapa kali.

Memang jimat, kan? Orang kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Tak susah sebenarnya untuk menyimpan duit asalkan anda tahu caranya. Selain cara-cara di atas, anda juga dapat berjimat dengan produk simpanan Bank Simpanan Nasional Sijil Simpanan Premium Special Edition (BSN SSP SE).

Anda boleh menyimpan BSN SSP Edisi Khas di semua saluran perbankan BSN di seluruh Malaysia. Sambil menyimpan, anda juga berpeluang memenangi pelbagai ganjaran menarik termasuk peluang memenangi ganjaran utama RM2 juta menerusi Cabutan Istimewa BSN SSP. Menariknya!

Selain patuh syariah, simpanan BSN SSP Edisi Khas ini juga dijamin oleh kerajaan dan hadiah yang anda menangi akan dikecualikan daripada cukai pendapatan. Simpanan ini juga memberikan anda pulangan sehingga 2.5% dengan simpanan minimum RM3,000.

Lebih banyak anda menyimpan dengan BSN SSP Edisi Khas, lebih banyak ganjaran menanti. Jadi, apa tunggu lagi? Klik di sini untuk info lanjut!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }