Kredit gambar utama: Shutterstock
Hidup ini singkat, tetapi terlalu banyak yang manis, indah perlu diterokai. Usah terlalu taasub dengan sesuatu perkara, sehingga mata dan hati buta melihat sesuatu perkara yang lain. Jika anda berada dalam 6 kepompong yang kami ceritakan ini, ayuh cari jalan terbang meneroka potensi diri, menikmati santapan dunia yang jauh lebih sedap daripada apa yang anda ada hari ini!
#1 Mr Right
Terlalu sibuk mengejar Mr Right sehingga tiada masa untuk diri sendiri. Bertahun setia dengan kekasih hati walaupun banyak kali makan hati, disakiti dan tidak dihargai. Jika kesudahannya ke jinjang pelamin atau sehidup semati tidak mengapa, ramai juga yang terkandas di tengah jalan.
#2 Takut Dengan Rejection
Takut untuk menyuarakan pendapat! Wanita takut memulakan langkah pertama, anak-anak takut untuk memaklumkan isi hati kepada ibubapa, dan pekerja takut berkongsi pandangan kerana takutkan rejection. Takut cinta atau pendapat anda ditolak. Belum cuba, belum tahu!
#3 Masa Sesuai
Ramai menggunakan alasan mencari masa sesuai untuk membuat sesuatu perubahan atau untuk keluar daripada zon selesa. Tetapi hakikatnya 'masa sesuai' itu tidak wujud. Jika anda yakin dengan sesuatu keputusan itu, just do it! Jangan kerana menanti masa sesuai, segalanya terbengkalai tidak menjadi.
#4 Takut Mengatakan 'Tidak'
Perasaan marah, tidak rela, tidak ikhlas atau tidak mahu hanya tersimpan di lubuk hati. Bimbang melukan hati orang lain. Perasaan sendiri? Tidak salah mengatakan 'TIDAK', jika kita tidak mahu melakukan sesuatu perkara. Katakan dengan lembut dan berhemah tetapi terselit ketegasan di dalamnya.
#5 Apa Orang Kata
Terlalu sibuk memikirkan apa orang kata. Sibuk menjaga hati orang lain, dan lebih teruk sekadar mengagak apa yang difikirkan orang lain. Jika kita melakukan perkara yang betul atau dengan alasan yang kukuh, mengapa bimbang cakap-cakap orang. Orang bercakap kerana mereka ambil berat dan sebahagiannya bercakap kerana dengkikan kejayaan kita.
#6 Hutang Menggunung
Mengumpul hutang pandai, bila bayar mulalah culas dan pura-pura lupa. Semakin dibiar semakin menggunung tinggi dan boleh menjejaskan masa depan. Iyalah, jika hutang keliling pinggang, bank mana yang mahu berikan pinjaman. Jangan dibiar sehingga nama anda disenarai hitam, mulakan membayarnya sedikit demi sedikit hari ini.
Anda ingin bebaskan diri daripada hutang tetapi tidak tahu caranya? Jom lihat video perkongsian daripada Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah tentang hutang dan cara melangsaikannya. Mulakan gaya hidup baru yang lebih tenang dan teratur, dan terus gali potensi diri.
Tidak susah sebenarnya untuk membuat bayaran pinjaman, urusan perbankan kini hanya di hujung jari. Jika anda mempunyai hutang dengan MARA, anda boleh melakukan bayaran balik pinjaman MARA anda dengan perbankan online di sini. Mudah, kan?
Apa tunggu lagi? Layari laman web rasmi MARA untuk maklumat lanjut.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.