Artikel ini ditaja oleh PETRONAS
Kredit: faidzzainal & Africa images/Canva; Edit: SINAR
Rakyat Malaysia dan makanan memang tak dapat dipisahkan. Keropok lekor, asam pedas, dan sambal tumis antara makanan kegemaran rakyat Malaysia. Semua pun menggunakan minyak.
Minyak ni dah digunakan sejak zaman berzaman lagi. Bila minyak cukup, lada garing, ayam dan daging pun juicy. Kiranya makanan akan jadi lebih sedaplah!
Memasak menggunakan minyak tidak salah, tetapi biarlah berpada-pada.
Yang salahnya bila minyak masak ni diguna pakai berulang kali! Bahaya dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit!
Berapa kali kita boleh guna minyak masak terpakai?
Tahukah anda minyak masak terpakai atau used cooking oil (UCO) ni hanya boleh digunakan 2 kali atau maksimum 3 kali sahaja? Tetapi ramai yang menggunakannya berulang kali. Ada yang guna sampailah minyak bertukar warna!
Kredit: Andri Wahyudi/Canva
Kenapa minyak masak terpakai tak boleh guna banyak kali?
Ada banyak sebab kenapa minyak masak ni tak boleh diguna berulang kali. Paling utama tentulah ianya membahayakan kesihatan. Bila dah selalu guna UCO ni, lama-kelamaan akan timbul la pelbagai penyakit berbahaya. Antaranya:
#1 Barah
Minyak masak ni mengandungi asid lemak yang akan teroksida jika dipanaskan pada suhu tinggi. Hasilnya, terbentuklah radikal bebas yang mengandungi hidrokarbon aromatik, polycyclic dan aldehydes yang bersifat karsinogen dan menjadi punca kanser.
#2 Penyakit jantung
Minyak yang diguna berulang kali mempunyai kandungan lemak tepu dan paras LDL (kolesterol jahat) yang lebih tinggi. Kandungan minyak tepu dan LDL yang tinggi bukan je meningkatkan risiko sakit jantung, tapi boleh menyebabkan strok.
#3 Penyakit hati
Ni bukan sakit hati dengan kejayaan orang lain, tapi radang atau gangguan pada hati!
Hati mainkan peranan penting dalam metabolisme, menyimpan glikogen, sintesis protein dan proses detoksifikasi. Bila selalu guna UCO, paras enzim dalam darah akan meningkat dan merosakkan hati.
#4 Darah tinggi
Pengambilan asid lemak poli tidak tepu antara penyumbang masalah darah tinggi. Kandungan ini ada pada minyak masak yang dipanaskan semula.
Minyak masak yang dipanaskan berulang kali sehingga suhu 160 sehingga 190 darjah selsius akan mengalami tindak balas kimia dan radikal bebas yang menjadi punca peningkatan darah tinggi.
#5 Alzheimer
Jangan tak percaya, jika dulu penyakit alzheimer dan dementia ni selalu dihidapi orang tua, tapi kini orang muda seawal usia 20-an dah ada tanda-tanda kecil dementia. Dan salah satu puncanya adalah minyak masak yang dipanaskan berulang kali.
Apa kaitan UCO dengan Alzheimer? Ha, mereka yang alami alzheimer mempunyai kandungan 4-hydroxy-trans-2-nonenal (HNE) yang tinggi dalam badan. HNE inilah yang merupakan pembunuh senyap sel badan.
Sebab itulah UCO ni bahaya dan penggunaannya kenalah dihadkan kepada maksimum 3 kali penggunaan sahaja!
Nak buat apa dengan minyak masak terpakai?
Usah terlalu berjimat hingga mengabaikan keselamatan. Jika warna minyak sudah bertukar gelap, lebih pekat, berbau tengik, lebih cepat berasap dan sudah banyak serdak makanan, ia petanda sudah tidak sesuai digunakan lagi.
Bila minyak masak dah tak sesuai digunakan lagi, anda hanya perlu kumpul dalam satu bekas dan jual.
Kat mana nak jual minyak masak terpakai?
Kalau sebelum ni susah nak jual minyak masak terpakai kerana tempat pengumpulan terletak jauh dari rumah, kini ada ada cara yang lebih bijak dan mudah untuk lupuskan minyak masak terpakai!
Anda boleh jual UCO di stesen PETRONAS terpilih. Hanya bawa minyak terpakai yang dah dikumpul dalam bekas dan tukarkannya kepada duit! Bolehlah jaga kesihatan sambil tambah pendapatan.
Kredit: PETRONAS
Seronok ke tidak? Jom mulakan tindakan bijak hari ni.
Layari laman web MyMesra PETRONAS untuk ketahui lokasi PETRONAS berhampiran anda dan untuk info lanjut.