Kredit: HUAWEI
Peminat teknologi pintar di Malaysia ni memang bertuah kerana di negara kita terdapat pelbagai pilihan peranti HUAWEI yang ditawarkan untuk menjalani gaya hidup canggih yang dibantu AI.
Jika anda seorang pengguna peranti HUAWEI, sama ada lama atau baru, mungkin anda tak tahu yang sebenarnya anda boleh lakukan lima perkara ni:
#1 Bekerja dengan lebih lancar dan mudah dengan Multi Screen Collaboration
Kredit: HUAWEI
Jika anda pengguna P40 Pro, anda boleh lakukan kolaborasi multi screen bersama HUAWEI MateBook X Pro atau MatePad Pro. Antara kelebihan utamanya ialah:
- Bekerja dengan cekap menggunakan skrin fon pintar yang dipaparkan pada laptop atau MatePad
- Anda boleh gunakan kamera laptop dan mikrofon untuk jawab panggilan video daripada fon
- Anda boleh drag dan drop fail antara laptop dan fon pintar dengan mudah
- Anda boleh gunakan HUAWEI MEEtime untuk buat panggilan video yang lebih jelas dan lancar dengan skrin yang lebih besar.
#2 ‘Berpesta’ pada bila-bila masa dengan HUAWEI Sound X dengan hanya satu sentuhan daripada fon pintar
Suka dengar lagu dan menari seorang diri di rumah? Dengan Sound X yang memaparkan butang sentuh di bahagian atas ni, ia membolehkan anda menggunakan fungsi tersebut tanpa masalah. Sentuh fon pintar HUAWEI anda yang menyokong NFC dan Bluetooth kalau nak guna fungsi OneHop Audio Sharing.
Setelah anda padankan fon dengan Sound X melalui NFC, speaker boleh berfungsi sebagai peranti Bluetooth semasa membuat panggilan dan memainkan audio pada fon.
Kredit: HUAWEI
Bila terdapat panggilan telefon, muzik akan pause secara automatik dan ia akan sambung semula setelah panggilan tamat. Letakkan tangan anda di atasnya jika anda ingin mutekan speaker ni. Ia adalah lebih kurang sama dengan mod bunyi ambient pada earphone pembatal bunyi.
Terdapat RGB ring indicator yang berwarna-warni dan menarik yang mengelilingi butang speaker ni. ia akan tetap kelihatan menyerlah sama ada anda meletakkannya di bilik atau ruang tamu.
#3 Dapatkan WIFI dengan cepat hanya dengan sentuhan
Kredit: HUAWEI
Selalu lupa kata kunci WiFi atau sentiasa bertanyakan kata kunci WiFi dengan orang sekeliling? Anda boleh mengakses Internet dengan pantas dan mudah hanya dengan satu sentuhan dengan HUAWEI AX3! Hanya perlu tap fon HUAWEI pada router AX3 WIFI dan anda dah boleh melayari internet lebih laju daripada orang lain!
HUAWEI WIFI AX3 paling elok dipadankan dengan fon pintar HUAWEI. Jika anda nak kelajuan rangkaian yang menepati standard WIFI 6 yang terkini, pastikan anda dapatkan kedua-duanya. Dengan gabungan WIFI AX3 dan Siri HUAWEI P40, anda bakal menikmati pengalaman penggunaan yang telus, mudah, cepat dan liputan WIFI yang lebih besar.
#4 Sentuh untuk dengarkan muzik atau jawab panggilan telefon dengan pantas menggunakan HUAWEI FreeBuds 3
Anda hanya perlu pasang dan padankan FreeBuds ni dengan fon pintar HUAWEI. Tekan pop-up window yang muncul bila anda ingin padankan ia dengan fon.
Kredit: HUAWEI
Sentuh dua kali pada bahagian kanan untuk main atau tukar muzik, atau bahagian kiri jika ingin buka atau tutup fungsi ANC. Muzik akan berhenti sendiri apabila anda tanggalkan FreeBuds ni dan akan sambung semula apabila memakainya semula. Hebat kan?
Dengan Smart Chargingnya, anda boleh gunakan di mana jua. Jika anda gunakan pengecas USB Type-C yang biasa pula, anda boleh letakkan case FreeBuds ni pada wireless charging mat untuk cas dengan cepat tanpa wayar, atau gunakan fon pintar HUAWEI untuk reverse charging.
#5 Jejak tahap kecergasan dan kesihatan anda dengan HUAWEI Watch GT2 dan fon pintar HUAWEI
Memang leceh bila nak semak status kesihatan tubuh badan dalam fon. Solusinya ialah anda boleh sambungkan fon pintar HUAWEI anda tu dengan Watch GT 2. Ia boleh berfungsi sebagai jurulatih kecergasan peribadi bila anda bersenam!
Kredit: HUAWEI
Watch GT2 ni mampu mengesan retak jantung, tahap tekanan dan rekod latihan senaman anda. Ia menawarkan 15 mod sukan yang berlainan dan boleh memantau status kesihatan anda berdasarkan kepada mod sukan.
Watch GT2 ni juga menawarkan analisa data sebelum dan selepas senaman serta nasihat profesional selepas senaman. Dengan speaker dan mikrofon yang ada, anda boleh jawab panggilan telefon dengan mudah pada bila-bila masa tanpa perlu berhenti. Peranti ni juga tahan air, yang membolehkan anda memakainya sama ada di darat atau dalam air bila berenang!
Kesinambungan hubungan dengan HUAWEI SHARE! Hanya dengan satu sentuhan, semua kerja harian anda dapat dilakukan dengan cergas dan mudah!
Rasa was-was? Mari tonton video ni:
Macam mana? Hebat kan? Jom ketahui lebih lanjut di laman web HUAWEI sekarang.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.