Kredit: Freepik
Sama seperti dinding dalam, dinding luar juga perlukan penjagaan. Dinding luar yang terjaga rapi memberi tanggapan awal yang baik terhadap rumah anda di mata tetamu. Dan paling penting anda tidak ‘sakit mata’ melihat rumah sendiri.
Anda tentunya tidak mahu tempat tinggal anda kelihatan begini....
Kredit: Shutterstock
Tidak kiralah anda membeli rumah baharu, atau ingin ubahsuai rumah sedia ada... Pastikan anda sediakan bajet untuk mengecat dinding rumah. Lagipun anda juga yang akan tinggal di sana, kan?
Tahukah anda, bukan sebarangan cat boleh digunakan untuk mengecat dinding luar rumah? Anda mungkin teruja untuk mengecat rumah, tetapi sebelum anda mula membeli peralatan mengecat dan memilih warna cat pilihan, apa kata anda baca artikel ini terlebih dahulu untuk mengetahui jenis cat yang perlu dielakkan untuk dinding luar:
#1 Penyalahgunaan cat luaran dan dalaman
Kredit: Shutterstock
Bukan semua cat sama ke?
Tidak! Perbezaan paling ketara di antara cat luar dan dalam adalah kandungan bahan kimia di dalamnya. Cat luar diformulasi khas untuk ketahanan dalam cuaca buruk dan kerintangan sinar ultra ungu supaya dinding luar rumah anda mendapat perlindungan daripada hujan, matahari dan kotoran. Inilah sebabnya anda kena sentiasa memilih cat luar berkualiti tinggi.
#2 Tidak menggunakan cat asas
Kredit: Nippon Paint Malaysia
Cat asas merupakan lapisan pertama yang perlu disapu ke permukaan dinding sebelum anda mulakan kerja-kerja mengecat. Fungsi cat asas ini bagi memastikan lapisan cat melekat elok ke dinding dan supaya warnanya tahan lebih lama. Jika tidak menggunakan cat asas, anda mungkin perlu mengeluarkan belanja lebih banyak untuk mengekalkan warna cat pada dinding luar.
#3 Dari tin terus ke dinding
Kredit: Shutterstock
Kami tahu anda teruja untuk mengecat dinding tetapi baca ni dulu! Awal-awalnya memang agak sukar untuk gunakan berus dan dapatkan jumlah cat yang dikehendaki, dahlah susah, anda juga boleh pindahkan gelembung kasar dan halus dari cat ke dinding rumah.
Jangan terus masukkan berus kotor ke dalam tin bagi mengelakkan cat di dalamnya rosak. Sebaliknya, anda kena goncang atau kacaukan cat sehingga sebati sebelum mula mengecat.
#4 Cat berkualiti rendah
Kredit: Shutterstock
Kerja-kerja mengecat dinding luar sepatutnya menjadi pelaburan jangka panjang yang berbaloi! Janganlah kerana hendak berjimat, anda gunakan cat murah berkualiti rendah. Baru pakai setahun dua dah rosak! Fikirkan tentang kos tersembunyi jangka masa panjang yang anda kena tanggung untuk kos baik pulih cat dinding luar ni.
Cat berkualiti rendah tidak tahan lama terutamanya dalam cuaca Malaysia yang hujan dan panas sepanjang tahun. Dalam beberapa tahun, warna cat murah ini akan luntur dan mengelupas. Jangan biarkan keadaan ini terjadi pada rumah anda!
Jadi, buatlah pilihan cat dinding luar yang tepat!
Kredit: Nippon Paint Malaysia
Anda hanya perlukan cat berkualiti tinggi yang mampu melindungi dinding luar daripada cuaca Malaysia yang ekstrem seperti Nippon Paint Weatherbond. Cat ini boleh melindungi dinding luar anda dengan teknologi kalis haba,hujan dan juga anti-kulatnya; memang sesuai untuk rumah anda!
Kredit: Nippon Paint Malaysia
Klik di sini untuk mengetahui tentang rangkaian Nippon Paint Weatherbond.
Bukan itu sahaja, dengan setiap pembelian produk Nippon Paint Weatherbond anda boleh mendaftar untuk waranti 7 tahun. Bolehlah dapatkan perlindungan untuk dinding luar agar sentiasa cantik dan dalam keadaan terbaik. Jika anda boleh dapatkan waranti untuk kereta dan gajet, kenapa tidak dapatkan juga waranti untuk dinding?
Untuk info lanjut tentang waranti 7 tahun, klik sahaja di sini.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.