Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

Ini 5 Langkah Yang Ibu Bapa Boleh Ambil Untuk Tingkatkan Keyakinan Diri Anak Remaja

Sebagai ibu dan bapa, memberi yang terbaik sudah tentu menjadi tanggungjawab kita!
Editor
22 Apr 2019, 12:00 AM

ini 5 langkah yang ibu bapa boleh ambil untuk tingkatkan keyakinan diri anak remaja

Kredit gambar: Shutterstock

Keyakinan diri merupakan elemen yang sangat penting pada setiap individu, tidak kiralah kanak-kanak, remaja atau pun orang dewasa. Keyakinan boleh dibina daripada pelbagai aspek seperti imej fizikal, pengetahuan, pengalaman dan lain-lain.

Sebagai orang dewasa mungkin lebih mudah untuk kita mengatasi masalah ini. Tetapi bagaimana pula untuk remaja seperti anak anda yang mula menyedari perubahan pada fizikal mereka dan sering membandingkan diri sendiri dengan rakan-rakan sebaya? Pastinya mereka perlukan sokongan ibu dan ayah untuk meningkatkan keyakinan diri. Dan sebagai ibu bapa, inilah yang boleh anda lakukan.

#1 Sentiasa Memberi Pujian

Memberi pujian membuatkan anak anda rasa lebih yakin dengan kemampuan sendiri sekali gus membuat mereka fikir yang ibu dan ayah bangga memiliki mereka sebagai anak.

 

Selain itu, memberi pujian akan mendorong mereka untuk membuat sesuatu dengan lebih baik.

#2 Jangan Suka Mengungkit Kesalahan

Sedangkan kita sebagai orang dewasa pun tidak lari daripada melakukan kesalahan, apa lagi anak muda yang masih membesar dan tidak matang sepenuhnya. Membuat kesalahan adalah proses normal yang membantu anak anda belajar pelbagai perkara dan memperbaiki diri.

Jadi, jangan sering mengungkit kesalahan lama anak anda kerana ini akan membuatkan mereka merasa kerdil kerana sering membuat kesalahan.

#3 Terima Kekurangan & Usah Bandingkan Mereka Dengan Anak Orang Lain

 

Sempurna—tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan. Ada yang bijak dalam pelajaran dan ada juga yang lebih kepada kemahiran.

Oleh itu, kita jangan mengharap dan memaksa anak-anak untuk menjadi sempurna tetapi terima kekurangan mereka dan bantu untuk serlahkan lagi kelebihan yang ada. Paling penting usah bezakan mereka dengan orang lain dan beri galakan untuk mereka beri yang terbaik dalam apa jua bidang yang mereka minati.

 

#4 Galakkan Anak Buat Keputusan Sendiri

Ya, memang setiap ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak. Setiap keputusan yang diambil akan dipertimbangkan berulang kali untuk menepati segala aspek tetapi kita terlupa apa sebenarnya yang anak kita mahu.

 

Jadi, kita sebagai ibu dan ayah haruslah mengambil kira kemahuan anak. Jika boleh, biarkan mereka membuat keputusan sendiri dan barulah anda pertimbangkan kesan baik buruk keputusan itu.

#5 Berikan Nutrisi Secukupnya

Semasa akil baligh, anak remaja memerlukan nutrisi yang mencukupi untuk keperluan pertumbuhan seperti ketinggian badan, berat badan, kematangan seksual dan daya fikir. Badan yang tidak cukup nutrisi pasti akan lemah dan menjejaskan tumbesaran. Dan disebabkan perbezaan ini, selalunya anak-anak remaja akan hilang keyakinan diri.  

Untuk memenuhi keperluan tumbesaran anak anda, Appeton memperkenalkan Appeton Essentials Teengrow untuk membantu memaksimumkan pertumbuhan semasa akil baligh. Appeton Essentials Teengrow sesuai diambil oleh remaja berumur 11 hingga 19 tahun.

ini 5 langkah yang ibu bapa boleh ambil untuk tingkatkan keyakinan diri anak remaja

Appeton Essentials Teengrow mempunyai 10 vitamin dan 8 mineral yang penting dalam meningkatkan pertumbuhan tulang yang sihat dan optimum ketika usia remaja.

Antara kandungan mineral dan vitamin yang terdapat dalam Appeton Essentials Teengrow ialah:

  • Magnesium: Menggalakkan penyerapan dan pengekalan kalsium.
  • Vitamin D: Penting untuk penyerapan kalsium dan membantu badan menggunakan kalsium dan fosforus.
  • Kalsium: Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat.
  • Zink: Meningkatkan penyerapan vitamin D.
  • Kuprum: Membantu dalam pembentukkan blok tulang.

Jadi, jika anda mahu berikan anak anda yang terbaik cubalah Appeton Essentials Teengrow. Untuk maklumat lanjut boleh layari website Appeton.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }