Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

The Westin Langkawi Resort & Spa Menawarkan Kenangan Terindah Bersama Seisi Keluarga

Pelbagai aktiviti yang ditawarkan untuk si kecil nikmati bersama ahli keluarga!
MOHD. YATIM, Nurul Izza
25 Oct 2022, 12:30 AM

Artikel ini ditaja oleh The Westin Langkawi Resort & Spa

resort percutian westin langkawi

Kredit: The Westin Langkawi Resort & Spa

Seronoknya dapat pergi bercuti! Boleh beristirehat sambil tenangkan fikiran disamping yang tersayang.

Untuk anda yang masih mencari resort yang berkonsepkan mesra keluarga, apa kata anda ke The Westin Langkawi Resort & Spa!

Hotel 5 bintang ini dilengkapi keindahan landskap tropika kontemporari dengan pemandangan Lautan Andaman. Lebih menarik lagi, The Westin Langkawi Resort & Spa mempunyai pantai persendirian dan lokasi yang strategik, tidak jauh dari pusat bandar, berhampiran dengan jeti dan juga pusat membeli belah.

berbasikal di pantai persendirian menghadap laut andaman

Kredit: The Westin Langkawi Resort & Spa

Ini Sebab Kenapa Anda Kena Merasai Pengalaman Terindah Menginap Di The Westin Langkawi Resort & Spa!

Sebab-sebab yang membuatkan anda memilih resort ini. Di antaranya:

#1 Manjakan Diri Di Spa Yang Memenangi Anugerah Antarabangsa

Heavenly Spa by Westin™, merupakan Heavenly Spa yang pertama di Malaysia. Spa ini menyediakan berbagai pilihan rawatan seperti Ayurveda, Urutan Malaysia, scrub badan dan rawatan dari hujung rambut ke hujung kaki. 

#2 Pelbagai Restoran Dengan Pilihan Menu Terbaik

Resort ini turut menawarkan beberapa pilihan restoran dengan pemandangan yang menarik dan memenuhi pelbagai citarasa seperti Tide, Seasonal Taste, Breeze Lounge, Float dan Splash.

  • Tide 

Terletak di tepi pantai dan berhadapan lautan Andaman. Restoran ini menyediakan pelbagai hidangan tempatan yang menarik di siang hari. Tidak dilupakan juga pilihan hidangan makanan laut yang segar dan stik di waktu malam.

  • Seasonal Taste 

Restoran Seasonal Taste menghidangkan variasi menu tempatan dan antarabangsa untuk sarapan pagi. Tidak ketinggalan pilihan makanan dan minuman yang berkhasiat seperti jus segar, yogurt dan lain-lain lagi termasuk menu untuk si kecil.

  • Breeze Lounge 

Di Breeze Lounge, anda boleh bersantai sambil menikmati makanan dan minuman yang disediakan. Di samping itu anda juga boleh menikmati pemandangan alam semulajadi yang indah, ditemani dengan alunan live music dari band tempatan.

  • Splash 

Di Splash, anda boleh menikmati kesejukan air di kolam renang, sambil menikmati minuman segar seperti air kelapa dan smoothie buah-buahan.

#3 Gimnasium Dengan Jurulatih Kecergasan

Bagi anda yang suka bersenam, The Westin Langkawi menyediakan pusat kecergasan WestinWORKOUT® Fitness Studio yang lengkap dengan peralatan senaman dan juga ditemani oleh jurulatih kecergasan! Resort ini juga menyediakan aktiviti-aktiviti kecergasan lain seperti yoga dan lain-lain lagi.

#4 Bersantai Dengan Keluarga Di Kolam Renang

Anak-anak bercuti memang tidak sah kalau tak mandi di kolam renang! Menariknya, di resort ini terdapat empat kolam renang berbeza untuk anda berehat serta beriadah bersama keluarga seperti di Rock Pool, Infinity Pool, Heavenly Spa® Pool, dan juga kolam untuk kanak-kanak.

#5 Bilik Dengan Dekorasi Indah Bertemakan Kontemporari Moden

The Westin Langkawi Resort & Spa menawarkan 221 bilik tetamu termasuk, suit mewah yang elegan dengan hiasan kontemporari moden dan vila pantai yang dilengkapi kolam renang persendirian.

private-poo-villa westin-langkawi-resort

Kredit: The Westin Langkawi Resort & Spa

Selain daripada aktiviti-aktiviti ini, anda juga boleh terokai keindahan Laut Andaman dan melakukan pelbagai aktiviti sukan air seperti berkayak, katamaran, sukan berpasukan pantai seperti bola sepak dan bola tampar.

Ingin mencuba aktiviti mencanting batik atau menyertai kelas-kelas yang dianjurkan seperti kelas yoga pun boleh!

Bukan orang dewasa je yang seronok berada di The Westin Langkawi Resort & Spa kanak-kanak pun tidak kurang terujanya. The Westin Langkawi Resort & Spa mempunyai fasiliti Westin Family Kids Club®, yang menyediakan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun.

Antara aktiviti yang dianjurkan termasuklah menerokai pantai, flora dan fauna serta mengambil bahagian dalam permainan tradisional.

Memang seronok menginap di The Westin Langkawi Resort & Spa! Resort ini yang mengutamakan pengunjung berlandaskan teras seperti Feel Well, Work Well, Move Well, Eat Well, Sleep Well and Play Well

Jom Rebut Tawaran Istimewa The Westin Langkawi Resort & Spa! 

Tempah Pakej Famili Westin di The Westin Langkawi Resort & Spa bagi penginapan sehingga 23 Disember 2022 ni untuk nikmati promosi ini!

Pakej ini termasuk sarapan untuk 4 orang, diskaun 20% untuk pembelian makanan dan minuman di semua restoran, Westin Family Travel Journal untuk kanak-kanak dan banyak lagi.

Memang berbaloi! Untuk info lanjut, layari Pakej Family Westin.

Apa tunggu lagi? Tempah penginapan anda sekarang di Westin Langkawi. #westinlangkawi #letsrise

*Tertakluk pada terma dan syarat.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.