Artikel ini ditaja oleh PETRONAS
Kredit: PETRONAS, Canva; Edit: ERA
Tahu tak nilai ketirisan subsidi diesel pada tahun 2023 dianggarkan hampir RM10 bilion? Terkejut kan? Bayangkan apa kita boleh buat dengan jumlah berkenaan.
Haa sebab itulah mekanisma Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) diperkenalkan oleh kerajaan.
SKDS ini bertujuan membanteras ketirisan dan penyeludupan diesel bersubsidi serta mengurangkan risiko kenaikan harga kepada barangan keperluan.
Tapi tahu tak macam mana nak nikmati diesel bersubsidi kerajaan dan manfaat berganda? Ini termasuklah had kredit RM6,000 apabila mendaftar dan kredit bebas faedah selama 30 hari*.
Perghhh bukan biasa-biasa kan? Semua tu dengan kad PETRONAS SmartPay tau.
Jadi Macam Mana Nak Mohon Kad PETRONAS SmartPay?
Haa, semak dulu jenis kenderaan yang anda guna 👇
22 Jenis Kenderaan Yang Layak Menerima Subsidi Diesel! Lori Mayat Pun Ada!
Pada yang tak tahu, ada 22 kenderaan yang layak mohon subsidi diesel di bawah SKDS 2.0 yang diperkenalkan tahun ini dan antaranya kereta sewa, teksi, van atau lori mayat, lori kargo am, lori minuman botol, lori 'refrigerated', lori kotak dan banyak lagi.
Boleh lihat senarai penuh di bawah👇
Jadi kenderaan anda tersenarai tak? Kalau ya, boleh mula mohon subsidi diesel SKDS 2.0!
Ini Cara Untuk Mohon Subsidi Diesel SKDS 2.0 & PETRONAS SmartPay!
Nak mohon kedua-dua ni sangat mudah, anda hanya perlu ikuti langkah ini:
- Mohon menerusi 👉 MySubsidi diesel untuk mengetahui sama ada anda layak atau tidak.
- Setelah dapat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN), mohon dan daftar PETRONAS SmartPay untuk menikmati subsidi diesel!
- Hantarkan 2 dokumen di bawah semasa permohonan PETRONAS SmartPay:
- Surat kelayakan membeli diesel bersubsidi (SKDS 2.0)
- Senarai kenderaan yang diluluskan
Kad PETRONAS SmartPay akan dihantar kepada anda dengan segera setelah mendapat kelulusan.
Apa Kelebihan PETRONAS SmartPay Buat Pengguna Diesel?
Kredit: PETRONAS
Kalau nak tahu PETRONAS SmartPay adalah satu daripada fleet card untuk memantau dan mengesan individu atau pihak yang betul-betul layak menerima subsidi diesel.
Fleet card PETRONAS SmartPay ni ada banyak kelebihan berdasarkan jenis kad termasuklah:
- âś… Penjejakan mudah: Periksa perbelanjaan dan akses butiran akaun terkini dengan mudah melalui portal PETRONAS SmartPay.
- âś… Pembayaran fleksibel: Pilih daripada pelbagai kaedah pembayaran (prabayar, pascabayar dan kad tunai (Subsidy ID Card). Dengan PETRONAS SmartPay Subsidy ID Card (Cash Card) anda boleh membuat bayaran tunai amaun bersih sahaja selepas potongan subsidi apabila anda mengisi minyak. Tiada Pra-Pembayaran Diperlukan!
- âś… Kredit bebas faedah: Nikmati kredit bebas faedah selama 30 hari (tertakluk pada penilaian kredit).
- âś… Perlindungan: Jaminan perlindungan yang terbaik melalui nombor pin PETRONAS SmartPay.
Lihat Ciri-Ciri Kad PETRONAS SmartPay Yang Boleh Membantu Perniagaan Anda!
Kredit: PETRONAS
Jadi tak kiralah pemandu bas, lori catering mahupun van. Kalau ada SmartPay, operasi dan pengurusan minyak jadi lebih mudah selain meningkatkan kecekapan kos!
Nak guna pun senang sebab ada lebih 1,000 stesen PETRONAS di seluruh negara yang menerima sistem fleet card ni.
Mohon Sekarang & Nikmati Had Kredit RM6,000, Rebat Dan Banyak Lagi!
Menariknya kalau anda mohon sekarang, PETRONAS SmartPay turut menawarkan kelebihan ohsem seperti:
- âś… Rebat Kredit Mikro: Nikmati RM 6,000 had kredit mikro dengan pantas apabila anda mendaftar.* Penyerahan dokumen minimum diperlukan!
Paling penting, permohonan pantas dan hanya minimum dokumen diperlukan! Tak perlu tunggu lama-lama.
Jadi, berbaloi kan? Tunggu apa lagi? ✅ Pendaftaran percuma ✅ Tiada yuran tahunan! Daftar sekarang👉 SmartPay
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pasukan Mesralink PETRONAS di 1-300-88-8181 atau e-mel ke mesralink@petronas.com
*Kelulusan tertakluk pada terma dan syarat, penilaian kredit dan kelayakan.