Kredit gambar utama: Shutterstock
Sebut je hari raya, automatic semua akan rasa teruja dengan persiapan rumah, diri anak-anak dan juga keluarga. Setiap orang ingin bagi yang terbaik untuk raya bukan? Disebalik persiapan sambutan raya, sebenarnya akan terselit kenangan bermakna dalam diri kita semua.
#1 Persiapan Malam Raya
Suasana menyiapkan juadah raya sememangnya mencipta seribu satu memori kan, seronok sangat rasa bila bergotong royong buat lemang, ketupat dan juadah yang lain.
#2 Beratur Salam Raya Ikut Giliran
Selesai je solat raya, mak ayah adik beradik senang cerita satu keluarga bersalam-salaman, yang penting kena ikut turutan macam kereta api. Hehehe!
#3 Bermaaf-Maafan Dengan Keluarga
Tipulah kalau kita semua tak pernah gaduh satu keluarga kan? Saat ini lah kita bermaaf-maafan sehingga menjurai air mata.
#4 Kereta Masuk Halaman Rumah
Setiap kali nampak kereta berderet-deret masuk halaman rumah mesti terus rasa teruja kan? Pasti semua orang dalam rumah terus keluar tunggu depan pintu nak sambut tetamu.
#5 Momen Beraya Dengan COCA-COLA
Tak lengkap lah kan bila juadah raya dan kuih raya tidak dihidangkan dengan COCA-COLA. Lebih-lebih lagi jika digandingkan dengan makanan pedas, berempah dan bersambal... Arghhh, memang gandingan terbaik! Daripada nak makan sepinggan boleh jadi berpinggan-pinggan.
Jom lengkapkan sajian buka puasa anda dengan COCA-COLA yang bukan hanya memberi kesegaran di Aidilfitri tetapi menambah selera yang ada. Layari website atau Facebook COCA-COLA Malaysia untuk info lanjut!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.