Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

10 Aktiviti Menarik Di Malaysia Cuti Sekolah Ni, No 7, 8 & 9 Tu Memang Lain Daripada Lain

Dalam Malaysia pun ada baaanyak tempat dan aktiviti menarik tau!
Izza Yatim
20 Feb 2024, 03:35 PM

Artikel ini ditaja oleh Klook

aktivi famili cuti sekolah dalam malaysiaKredit: klookmy/instagram & Canva; Edit: SINAR

Bila tiba cuti sekolah, anak-anaklah yang paling happy. Inilah masanya mereka nak bermain sepanjang hari, layan rancangan kegemaran atau bermalas-malasan tanpa perlu memikirkan tugasan sekolah. Lebih seronok sebab cuti sekolah kali ni paling panjang, lebih banyak aktiviti yang boleh dibuat!

Dan dah tentunya ibu bapa pun tak nak lepaskan peluang gunakan kesempatan cuti sekolah ni untuk bonding dan luang masa berkualiti dengan anak-anak. Ada yang dah merancang ke luar negara, tak kurang juga yang lebih memilih bercuti di dalam Malaysia.

Ada banyak tau tempat bercuti dalam Malaysia yang kita boleh pergi macam yang kami kongsi 👇 ni.

10 tempat best di Malaysia untuk bawa keluarga berjalan cuti sekolah ni!

Siapa kata dalam Malaysia takde tempat bercuti best? Bukan 10 ni je, ada banyak lagi tempat lain yang anda boleh pergi. Bolehlah mula intai-intai Klook untuk lebih banyak idea dan promosi menarik.

#1 Sunway Lagoon

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by KLOOK Malaysia (@klookmy)

Harga bermula: RM55

Yang dah pernah pergi mesti rasa nak pergi lagi kan? Ada 6 zon dengan tema berbeza iaitu Amusement Park, Scream Park, Water Park, Sunway Lost Lagoon, Wildlife Park dengan lebih 150 spesies haiwan berbeza dan X Park untuk penggemar aktiviti extreme.

Antara tarikan dan rides mesti cuba termasuklah Vuvuzela, Monsoon 360, Jungle Fury, dan Pirates Revenge!

#2 Lost World of Tambun

Harga bermula: RM47

Selain Lost World Amusement Park, di sini anda boleh bertentang mata dengan Siberian Tigers dan belajar sejarah perlombongan bijih timah di Malaysia.

Nak healing? Lost World Hot Springs ada.

Yang suka ‘main air’ tu bolehlah enjoy ride dan aktiviti yang ada di Lost World Water Park macam Tube Raiders dan Cliff Racer. Nak layan water cannon atau chillax di wave pool pun boleh!

#3 SplashMania Waterpark

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by KLOOK Malaysia (@klookmy)

Harga bermula: RM95

Ada 39 gelongsor dan tarikan di taman tema air ni termasuklah 3 rides paling top ni: The Shaka Waka, The Wild Rush dan The Atlantis VR!

Bolehlah bawa anak-anak bergambar dengan maskot Omba'King (dugong), Zoomi (Orang Utan), Max (memerang) dan Swaggy B (beruang madu).

#4 Sunway Pyramid Ice Skating Experience

Harga bermula: RM28

Nak bawa anak-anak rasai pengalaman meluncur ais di tempat yang pernah menjadi tuan rumah acara berprestij peringkat antarabangsa seperti Skate Malaysia, Skate Asia dan World Ice Hockey 5’s? Sunway Pyramid Ice adalah tempatnya.

Yang baru kali pertama nak cuba, jangan risau sebab di sini ada jurulatih profesional yang boleh bantu anda. Memang fun!

#5 SuperPark Malaysia

Harga bermula: RM60

Ada yang dah pernah masuk sini tak? Best! Ada 3 area yang ada macam-macam aktiviti menarik.

Antaranya berlumba main pedal cars, melompat atas trampoline, main slides, bola keranjang, soccer, mendaki dinding dan macam-macam lagi!

#6 Glamz Genting Glamping Experience

Harga bermula: RM250 (tidak termasuk hujung minggu dan cuti perayaan)

Kalau pergi Genting je mesti check in hotel atau apartment kan? Apa kata kali ni anda bawa famili glamping pula.

Pilih je mana-mana dome yang sesuai untuk famili anda. Lepas tu bolehlah healing atas hammock sambil tengok bulan bintang atau layan matahari terbit dan terbenam. Siap ada sarapan lagi... Syok!

#7 DIY Pottery Workshop di Good Times DIY Pottery

Harga bermula: RM105

Nak lain daripada yang lain? Jom try buat tembikar di Good Times DIY Pottery. Masa ni la boleh tengok tembikar siapa yang lagi kreatif dan cantik.

Ada beberapa pakej yang boleh dipilih termasuklah Wheel Throwing dan Painting yang sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

#8 The Bomb Battle Elite Experience

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by KLOOK Malaysia (@klookmy)

Harga bermula: RM34

Pernah main paint ball? Bomb Battle ni lebih kurang paint ball la tapi lagi best!

Ada 4 tarikan utama dengan 15 misi yang perlu diselesaikan. Kalau fail, kena tembak dengan bom berwarna!

Memang fun! Ketawa tak ingat beb! Setakat 4 ke 15 ahli keluarga tu takde hal! Lagi ramai laaaagi meriah!

#9 Glamping Experience di Stellar GoldenHill Cameron

Harga bermula: RM512

Bayangkan anda bangun pagi dengan cuaca sejuk berkabus ala-ala di luar negara... Suasana macam ni anda boleh dapat kalau glamping di Stellar Golden Hills yang terletak di Cameron Highlands.

Bolehlah pilih nak tidur dalam khemah biasa, glamping atau karavan. Pengalaman ni memang ⭐⭐⭐⭐⭐.

#10 Entopia Penang Butterfly Park

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by KLOOK Malaysia (@klookmy)

Harga bermula: RM40.50

Untuk yang nak bawa anak-anak terokai alam, di sinilah tempatnya.

Ada lebih 15,000 rama-rama,lebih 200 spesies tumbuhan, serangga dan pelbagai spesies haiwan. Dah puas berjalan, boleh healing depan air terjun, tasik, gua dan taman.

Seronok, kan? Bila ada aktiviti macam ni, cuti sekolah pun jadi lebih bermakna.

Jadi apa tunggu lagi? Cepat-cepatlah beli tiket di Klook!

Di Klook, bukan sahaja harga yang ditawarkan lebih murah, anda juga tak perlu susah payah beratur. Hanya dapatkan tiket aktiviti sekurang-kurangnya sehari lebih awal, dan datang ke tempat yang ingin anda pergi ikut ikut masa ditetapkan. Mudah, menjimatkan dan tak stress!

Dan sempena cuti sekolah ni, Klook ada kempen menarik untuk anda. Mulai sekarang hingga 10 Mac ni anda berpeluang jimat sehingga RM200 dengan kod promosi Klook. Ada juga tambahan 5 peratus untuk pelanggan pertama yang menempah menggunakan aplikasi Klook menggunakan kod promosi.

Rebut peluang menang e-Gift Card Klook bernilai RM200

Bukan tu je, anda juga berpeluang menang e-Gift Card Klook bernilai RM200 yang boleh digunakan untuk tebus tiket dan aktiviti di Klook!

Caranya mudah je, hanya sertai tinjauan Pelancongan 2024 oleh Klook ni 👉 https://bit.ly/3SV57TU, mulai sekarang hingga 6 Mac untuk jadi salah seorang daripada 3 pemenang bertuah yang membawa pulang e-Gift Card Klook ni!

Nak rancang bercuti ke luar negara? Bolehlah rebut tawaran menarik Klook!

Ada yang dah tengok Roy Azman, Dato Ramli MS, Datuk Jalal dan Jatt Ali dalam Projek Bapa Bapak musim kedua? Banyak betul tempat menarik yang ‘bapak-bapak ni pergi di Australia tu. Memang #TerpalingBercuti.

Anda pun boleh having fun macam diorang tu! Semua aktiviti tu ada di Klook. Cuma cari dan book!  

Yang belum sempat tengok ‘bapak bapak’ holiday tu, anda boleh tengok keletah diorang ni di Astro GO atau Astro WARNA, setiap Sabtu jam 9 malam! Memang bikin berdekah!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Roy Azman (@thisisroyazman)

Apa tunggu lagi? Cepatlah muat turun Klook sekarang!

qr-code-muat-turun-klook

Untuk info lanjut, layari laman web Klook, Facebook, Instagram dan TikTok Klook hari ni.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }