Barangan elektrik ni merupakan satu keperluan bukan lagi satu kehendak yang dicipta untuk memudahkan kehidupan. Iyalah, zaman kini semua pun nak cepat, siapa yang lambat akan ketinggalan.
Barangan elektrik bukan sahaja sebagai pelengkap dapur dan ruang tamu semata-mata tetapi penting untuk memudahkan kerja-kerja mencuci pakaian. Anda sedang berkira-kira membeli barangan elektrik? Sebelum anda membuat keputusan, jom ikuti tip ini supaya anda tidak tersilap beli.
Barang Elektrik Di Dapur
Jika nak disenaraikan satu persatu memang banyak, dan semua pun perlu tetapi kami buat permulaan, 2 barangan ini mesti ada iaitu peti sejuk dan ketuhar elektrik...
#1 Peti Sejuk
Selain harga, belilah peti sejuk yang sesuai dengan jumlah ahli keluarga. Jika bujang, peti sejuk satu pintu mungkin memadai tetapi untuk mereka yang telah berkeluarga, peti sejuk lebih besar diperlukan.
Ukur luas ruang dapur, laluan dan pintu masuk. Jangan pula beli peti sejuk terlalu besar sehingga tidak muat untuk melalui pintu dan tiada ruang yang sesuai untuk diletakkan. Takkan nak letak peti sejuk baru di luar rumah pula, kan?
Cari yang menjimatkan elektrik. Tahap kecekapan sesebuah peti sejuk itu diukur dengan nisbah kecekapan tenaga (EER), semakin tinggi nisbah semakin tinggi tahap kecekapan dan lebih menjimatkan elektrik.
#2 Ketuhar
Kalau nak membuat biskut atau kek, perkakas yang paling utama perlu ada adalah ketuhar. Sebelum membeli ketuhar, pertimbangkan tip ini dulu.
Pastikan kita membeli ketuhar mengikut saiz yang sesuai untuk kegunaan kita. Untuk kegunaan harian, ketuhar elektrik 38L adalah sangat sesuai dengan anda. Selain mempunyai berbagai fungsi, cukup mudah untuk anda kawal suhu dan masa. Memang senang digunakan.
Barang Elektrik Di Ruang Tamu
Barangan seperti TV dan Penyaman Udara antara yang penting. Iyalah kita perlukan hiburan untuk melepaskan lelah setelah seharian bekerja…
#1 Penyaman Udara
Kapasiti penyaman udara adalah berdasarkan luas ruang yang ingin diletakkan penyaman udara. Bilik kecil yang hanya diduduki seorang atau dua individu, 1 kuasa kuda mungkin sudah memadai tetapi jika bilik lebih besar atau diduduki lebih ramai individu, kapasiti penyaman udara yang lebih besar diperlukan.
Belilah yang menjimatkan elektrik dan yang mempunyai tahap bunyi rendah.
Barang Elektrik Di Bahagian Pencucian
Paling asas kita perlukan mesin basuh dan seterika…
#1 Mesin Basuh Muatan Depan
Tetapkan saiz muatan mesin basuh yang anda inginkan berdasarkan jumlah ahli di dalam rumah dan jenis pakaian yang ingin dibasuh. Antara soalan yang boleh ditanya… “Adakah saya hendak membasuh cadar?”, “Berapa kerap hendak membasuh baju”, “Adakah saya inginkan mesin basuh automatik atau separa auto?” dan “Adakah saya inginkan mesin basuh jenis front load atau top load?”
Mesin basuh front load lebih menjimatkan air berbanding top load tetapi harganya lebih mahal. Pilih juga mesin dengan penilaian AAA atau A+AAA yang mewakili kecekapan guna tenaga dan menjimatkan bil utiliti bulanan.
Pilih mesin dengan Auto Sensing yang menyelaraskan kemasukan sejumlah air yang memastikan optimum dan menggunakan air serta tenaga minima.
Kini anda dah tau tip untuk membeli barangan elektrik utama yang diperlukan setiap rumah, bolehlah anda menuju ke wakil pengedar sah Panasonic. Panasonic mengadakan kempen Penjimatan Sinaran Keceriaan hingga 15 Jun ini sempena sambutan ulangtahun ke-100 Panasonic Menyinari Hidupmu.
Anda boleh mendapatkan peti sejuk, peralatan memasak, dapur terbina dalam, mesin basuh, seterika optimal, ketuhar pemanggang gelombang mikro inverter, periuk nasi jar mikrokomputer, mesin pembuat roti dan hob seramik pada harga yang jauuuuuh lebih murah. Memang menjimatkan!
Paling best, selain penjimatan Sinaran Keceriaan, anda boleh rebut promo pukal, TV dan dapatkan hadiah percuma dengan setiap pembelian barangan terpilih. Layari je website Panasonic untuk info lanjut. Jomlah! Raya dah dekat, bolehlah anda lengkapkan rumah dengan barangan serba baru.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.