Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tips kesihatan

Biasa Makan Nasi Putih? Ini 10 Kebaikan Utama Tukar Kepada Nasi Beras Perang

Nasi beras perang dianggap sebagai beras mewah yang sihat dan mengenyangkan!
Dayana Sobri
26 Nov 2021, 04:11 PM

Artikel ini ditaja oleh Dagang Mewah Sdn Bhd

biasa makan nasi putih? ini 10 kebaikan utama tukar kepada nasi beras perang

Kredit: Racool_Studio/Freepik.com & Dagang Mewah; Edit: ERA

Kebanyakan orang Asia dah terbiasa makan nasi putih sejak kecil lagi. Nasi putih sememangnya merupakan makanan ruji yang wajib ada di setiap rumah orang Asia.

Namun kini nasi beras perang menjadi semakin popular disebabkan khasiatnya yang tinggi dan manfaatnya yang banyak. Atas sebab itu, mungkin ada di antara kita yang rasa sukar untuk tukar kepada nasi beras perang sebab dah terbiasa makan nasi putih.

Tapi jika anda atau terdapat ahli keluarga tersayang yang menjalani diet khusus disebabkan oleh masalah kesihatan (seperti diabetes) atau memang inginkan diet yang menyihatkan, nasi beras perang sememangnya ‘wajib’ buat anda semua!

Kebaikan Beras Perang 

Kenapa? Berikut merupakan beberapa khasiat beras perang dan kebaikan nasi beras perang buat hampir semua orang (sila pastikan anda berbincang dengan pakar kesihatan terlebih dahulu sama ada nasi beras perang sesuai untuk anda):

#1 Mengandungi sumber karbohidrat, serat makanan dan protein 

Nasi beras perang boleh melengkapkan pemakanan harian anda jika diambil bersama sayur-sayuran, buah-buahan dan daging ayam atau apa jua makanan berprotein tinggi.

#2 Kaya dengan mineral seperti zat besi, kalium, kalsium, vitamin B1, B3 dan E 

Kesemua khasiat dan nutrisi ni membantu dalam menguatkan tubuh badan agar anda tak mudah diserang penyakit.

#3 Indeks glisemik rendah untuk tahap tenaga yang stabil dan tahan lebih lama 

Beras perang adalah pilihan leih baik berbanding beras putih kerana kandungan indeks glisemiknya yang lebih rendah dan tidak mengganggu paras gula dalam darah. Kandungan serat di dalam beras perang mampu menghalang pembebasan glukosa ke dalam darah.

#4 Membantu dalam mengurangkan kesan peningkatan paras glukosa dan melawan diabetes 

Anda berjaya melawan diabetes bila peningkatan paras glukosa di dalam darah terkawal. Paras gula yang normal ini membuatkan anda awet muda secara dalaman dan luaran. Luaran? Ya, sebab bila paras darah gula normal dan stabil, ia akan terpancar pada kulit dan wajah kita yang menampakkan kita kelihatan lebih sihat.

#5 Bebas gluten, bebas kolesterol dan bebas lemak 

Apa itu gluten? Gluten adalah keluarga protein yang terdapat dalam bijirin, termasuk gandum, rai, dan barli. Gandum adalah antara bijirin yang mengandungi gluten yang paling biasa didapati.

Dua protein utama dalam gluten ialah glutenin dan gliadin. Gliadin bertanggungjawab terhadap kebanyakan kesan buruk gluten kepada kesihatan.

Apabila tepung bercampur dengan air, protein gluten membentuk sejenis lekitan yang mempunyai konsistensi seperti gam. Sifat seperti gam ini menjadikan doh anjal dan memberikan roti atau nasi tekstur yang kenyal dan memuaskan.

Kebanyakan orang boleh mengambil gluten tanpa sebarang kesan terhadap kesihatan mereka. Walau bagaimanapun, ia boleh menjejaskan kesihatan orang yang mempunyai masalah kesihatan tertentu seperti celiac disease, alahan dan sensitiviti terhadap gluten, alahan gandum, dan beberapa penyakit lain.

Jadi jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan seperti ini, makanan bebas gluten sememangnya lebih sesuai dan selamat buat anda (atas nasihat doktor terlebih dahuu).

#6 Rendah kalori dan sesuai untuk diet harian 

Nak jantung yang sihat? Makanan rendah kalori macam beras perang, buah-buahan dan sayur-sayuran ialah antara jawapannya! Kenapa? Sebab semua makanan ni mengandungi kandungan serat yang tinggi dan juga nutrisi yang membantu dalam melawan penyakit kardiovaskular.

#7 Tekstur yang gebu dan kenyal 

Tak perlu kunyah dengan kuat. Ini amat bagus buat mereka yang ada masalah sakit gigi.

#8 Sangat disyorkan oleh pakar nutrisi sebagai sebahagian daripada diet makanan harian 

Anda tak perlu menolak nasi untuk diet. Sebaliknya kawal jumlah pengambilan, dan bertukarlah kepada pilihan beras yang lebih baik.

#9 Sesuai untuk “Vegan dan Vegetarian” 

Tidak kiralah anda vegan atau vegetarian, kedua-dua diet khusus ni tak sah kalau tiada nasi beras perang! Diet vegan menyingkirkan semua produk haiwan (daging, ayam, ikan, makanan laut, tenusu dan telur), manakala diet vegetarian pula menyingkirkan daging, ayam, ikan dan makanan laut. Namun kedua-duanya amat bergantung kepada pemakanan berasaskan beras dan gandum, selain buah-buahan dan sayur-sayuran.

#10 Sesuai untuk hidangan harian, tempatan dan antarabangsa 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mewah Resepi (@resepi_mewah)

Nak masak nasi goreng cina? Nak makan dengan pelbagai lauk-pauk lain? Semuanya boleh!

Jom tukar kepada nasi beras perang hari ini demi kesihatan yang lebih baik! 

biasa makan nasi putih? ini 10 kebaikan utama tukar kepada nasi beras perang

Kredit: Dagang Mewah

Apa kata anda cuba Beras Perang jenama MEWAH? Beras berjenama MEWAH ini mengandungi pelbagai khasiat dan dibungkus dengan bungkusan jenis ‘zip lock’. Menarikkan?

Hal ini adalah demi kemudahan pengguna dan agar beras tahan lebih lama. Selain pek 1kg, Beras Perang MEWAH mempunyai pek untuk keluarga iaitu pek 5kg.

Jenama MEWAH juga mempunyai lebih 300 produk, bukan hanya terdiri daripada beras sahaja tetapi terdiri juga daripada pelbagai produk khasiat yang lain seperti rempah, ramen, gula, garam dan pelbagai lagi.

MEWAH juga sudah beroperasi sejak 1984, dan telah mendapat beberapa pengiktirafan sepanjang beroperasi. Nak tahu kepelbagaian Produk MEWAH?

Jom dapatkan di Shopee “Mewah my” Sekarang!

Selain itu, dapatkan pelbagai info-info menarik seperti Resepi dengan ‘FOLLOW’ dan ‘LIKE’ laman sosial media mereka di Facebook  dan Instagram! Anda juga boleh layari website mereka di http://mewahmy.ml/.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }