Berikut adalah minuman-minuman yang boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius oleh kaum perempuan antaranya seperti obesiti, kanser payudara, dan penyakit lain. Jadi oleh itu, sebaiknya kaum wanita perlu mengelakkan minum minuman ini ataupun mengambil minuman ini dengan jumlah yang minimum.
1. Jus Buah Yang Memiliki Kandungan Glukosa dan Fruktosa
Jus buah yang dimaksudkan adalah jus buah di dalam kotak yang memiliki kandungan glukosa dan fruktosa yang tinggi. Mengambil minuman ini yang secara jelas mempunyai kandungan gula yang tinggi boleh membawa masalah kepada jantung dan terdedah kepada kanser. Oleh itu, jika anda teringin minum jus buah, seeloknya anda perlu hasilkan sendiri menggunakan buah yang segar dengan sedikit atau tanpa gula langsung.
2. Soda
Soda boleh membuatkan seseorang itu ketagihan. Tapi disebalik rasa manis dan segar soda ini, ianya adalah minuman yang dapat membawa kepada masalah obesiti, osteoporosis, diabetes dan kanser.
3. Kopi dengan krimmer
Kopi dengan krimer mengandungi kandungan lemakk tepu yang sangat berbahaya dan boleh merosakkan tubuh badan. Bukan hanya kopi dengan krim, kopi tanpa krim juga harus sebolehnya harus diambil dengan jumlah yang minimum kerana terlalu banyak kafein di dalam badan akan dapat merosakkan keseimbangan kalsium dalam tubuh badan.
Sumber dari Beautynesia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.