Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tips kesihatan

5 Makanan Ni Mesti Diambil Wanita Untuk Awet Muda & Bertenaga Bak Anak Dara

Badan bertenaga, memang awet muda.
Editor
23 Apr 2018, 08:30 AM

Wanita perlukan tenaga luar biasa. Sejak awal celik mata bermacam-macam perkara perlu dilakukan. Belum lagi bab tidak cukup tidur, makan tidak menentu dan ketidak selesaan ketika datang bulan. Yang mengandung pula dalam kategori tersendiri, serba serbi tidak kena dan tidak selesa; mabuk, tiada selera makan, krem kaki dan sakit belakang.

Selain senaman dan menjaga pemakanan, anda boleh amalkan 5 makanan yang cukup baik untuk wanita. Barulah anda kekal bertenaga walaupun sehari suntuk mengurus rumahtangga.  

#1 Delima

nak sentiasa bertenaga? amal je 5 makanan yang baik untuk wanita ni

Kredit: Shutterstock

Buah delima baik untuk wanita hamil. Delima bukan sahaja baik untuk mengelakkan pre-eklampsia yang datang dengan tekanan darah tinggi, protein dalam urin dan pembengkakan edema, tetapi boleh mengurangkan kecederaan tisu plasenta. Buah ini tinggi dengan antioksidan dan polifenol yang baik untuk melegakan tekanan. Delima juga kaya dengan fiber, besi dan vitamin C. 

#2 Kunyit

nak sentiasa bertenaga? amal je 5 makanan yang baik untuk wanita ni

Kredit: Shutterstock

Bertindak sebagai anti radang dan boleh mengurangkan sakit. Kunyit tinggi dengan antioksidan yang boleh melindungi hati dan merangsang enzim badan untuk mengeluarkan toksin dari badan. Kunyit dipercayai mampu melegakan radang sendi, otot, saraf dan boleh membantu mengatasi masalah kesuburan seperti PCOS, endometriosis dan senggugut. Kunyit lebih berkesan jika digunakan bersama lada hitam atau dimasak bersama lemak atau santan.

#3 Halba

nak sentiasa bertenaga? amal je 5 makanan yang baik untuk wanita ni

Kredit: Shutterstock

Ibu menyusu yang risau susu badan berkurangan bolehlah amalkan minum air yang dicampur halba. Halba dipercayai mampu menambahkan pengeluaran susu badan dan baik untuk mengurangkan senggugut.

#4 Kurma

nak sentiasa bertenaga? amal je 5 makanan yang baik untuk wanita ni

Kredit: Shutterstock

Khasiat kurma tak perlu diperkenalkan lagi. Kurma mengandungi mineral, vitamin, serat dan antioksidan yang lengkap untuk keperluan badan. Kandungan potassium di dalam kurma bagus untuk menjaga kesihatan sistem saraf, mengawal berat badan dan memberi tenaga segera. 

#5 Madu

nak sentiasa bertenaga? amal je 5 makanan yang baik untuk wanita ni

Kredit: Shutterstock

Madu lebah asli mengandungi enzim, vitamin, mineral, air dan antioksidan yang membantu meningkatkan fungsi otak. Madu boleh diamalkan jika anda inginkan kulit lebih sihat, halus dan kelihatan lebih muda.

Anda boleh nikmati kesemua khasiat makanan ini dalam Jus Nusantara Gold yang diformulasikan daripada bahan-bahan berkhasiat seperti buah delima, madu, kurma, habbatus sauda dan temulawak yang boleh membantu mengekalkan tahap kesihatan pengamalnya.

Jus Nusantara Gold sesuai untuk diambil bagi individu yang mempunyai masalah kelesuan, sesuai bagi orang ramai yang kerap berasa letih walaupun tidak menggunakan kuantiti tenaga yang banyak dalam menjalani aktiviti harian.

nak sentiasa bertenaga? amal je 5 makanan yang baik untuk wanita ni

Apa tunggu lagi? Dapatkan Jus Nusantara Gold keluaran Almas Beauty & Health sekarang di ejen dan stokis sah atau di toko jamu berhampiran anda. Layari laman web, Instagram, Facebook atau hubungi 019 212 2005  untuk info lanjut tentang khasiat dan kebaikan Jus Nusantara Gold serta untuk pembelian.

Jus Nusantara Gold, Penghulu Segala Produk. Dengan 3 kali ganda keberkesanannya!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.