Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tips kesihatan

Suasana Berhari Raya Di Kampung Tu Memang Mahal, Sampai Ramai Yang Tak Sabar Nak Pulang Ke Kampung Halaman!

Dapat hirup udara segar kampung, nyamannya!
Izza Yatim
25 Apr 2022, 12:05 AM

Artikel ini ditaja oleh SK magic

Sebuah Keluarga Gembira Merai Hari Raya

Kredit: Faiz Zaki/Shutterstock

Dua tahun tak dapat menyambut lebaran seperti biasa, sudah tentu ramai yang merindui momen berhari raya di kampung halaman. Iyalah, mana nak sama bertemu bertentang mata dengan berhubung melalui panggilan video. Sebab itulah tahun lalu ada yang cuba menyusup menyusu keluar walaupun ada sekatan jalan raya tetapi kecewa bila usaha pulang ke kampung tidak berjaya. Tahun ni, tiada lagi Perintah Kawalan Pergerakan, mesti ramai yang tak nak lepaskan peluang pulang berhari raya kan?

Seronoknya! Inilah masanya untuk menghidupkan kembali tradisi raya yang kita rindui sambil bertanya khabar saudara mara.  Dua tahun, mesti banyak yang dah berubah, kan?

Apa Yang Seronoknya Berhari Raya Di Kampung? 

Ada banyak sebab berhari raya di kampung ni sangat istimewa dan tidak ternilai. Ini antara sebabnya:

#1 Teringat memori dulu-dulu 

Rumah di kampung itulah tempat kita membesar dan menyimpan pelbagai memori pahit manis. Sepanjang perjalanan ke rumah, membawa kita mengimbau momen dengan rakan-rakan sepermainan, suasana malam tujuh likur dan kemeriahan jiran tetangga. Bila balik kampung, mulalah terbayang keseronokan berhari raya masa kecil.

 

#2 Kemeriahan beraya dengan jiran sekampung

Suasana berjiran di bandar dan kampung banyak bezanya. Di kampung, hubungan sesama jiran akrab dan saling mengenali. Suasana rumah pada malam hari raya pun meriah dengan pelita panjut, ahli keluarga bergotong royong memasak di luar rumah dan kanak-kanak bermain bunga api. Ada pula yang berjiran dengan saudara mara, bolehlah pergi beraya dari satu rumah ke satu rumah.

 

#3 Jumpa saudara mara 

Waktu hari raya ni la masanya nak jumpa saudara mara dan bertukar cerita. Lebih-lebih lagi jika orang tua seperti opah dan atuk masih ada lagi. Memang meriah! Di hari raya inilah juga menjadi rutin menziarahi pusara mereka yang telah pergi meninggalkan kita.

 

#4 Tradisi lebaran 

Walaupun tak semeriah dahulu, tetapi tradisi lebaran masih diteruskan. Selain bertukar juadah, ada aktiviti bertakbir dari rumah ke rumah dan bersalaman memohon maaf yang dimulai dari ahli keluarga paling tua dan diakhiri dengan ahli termuda sebelum kita konvoi beramai-ramai ke rumah sepupu sepapat.

 

#5 Udara segar

Paling best tentunya dapat menghirup udara segar di rumah kampung yang dikelilingi pepohon hijau menenangkan. Dapat pula sungai di sebelah rumah, bertambahlah seronok!

 

Anda berhari raya di mana tahun ni? Untuk yang balik kampung tu, rancang perjalanan dan berhati-hati di jalan raya. Yang tak dapat tu, tenang. Hari raya bukan sekadar untuk berjumpa sanak saudara, makan juadah istimewa dan menikmati kesegaran suasana kampung semata-mata. Ini masanya untuk rai lebaran dengan cara tersendiri, lagipun raya kan sebulan!

Macam Mana Nak Rasai Suasana Kampung Di Rumah Sendiri? 

Satu perkara yang paling sinonim dengan kampung dah tentu udara serta air bersih serta kemeriahan lebaran. Anda boleh dapatkan udara dan air yang bersih serta segar setiap masa dengan penulen air dan penulen udara SK magic. Bagi yang beraya di bandar namun merindui suasana berhari raya di kampung halaman tercinta, anda masih lagi boleh beraya beramai-ramai di bandar dalam persekitaran yang lebih selamat dengan SK magic.

Dengan SK magic, anda tidak perlu risau keselamatan serta kesejahteraan sanak saudara serta sahabat handai yang berkunjung ke rumah anda. Nak guna di kampung pun boleh. Inilah masanya SK magic membantu anda untuk beraya dalam persekitaran yang selamat di era endemik ni.

Jom Dapatkan Penulen Air & Penulen Udara SK magic!

Hanya dapatkan Kombo Ria Raya RM158 sebulan dengan teknologi tanpa tangki dan bebas virus untuk menjadikan raya yang lebih bermakna untuk seisi keluarga. Dapatkan dua produk iaitu penulen air JIKSOO Ria & penulen udara All Clean hari ini!

Penulen Air JIKSOO Ria 

Penulen Air Jiksoo Ria

Kredit: SK magic

Penulen air dengan teknologi tanpa tangki ini dilengkapi dengan sistem penapisan teknologi nano yang inovatif serta sistem pensterilan UV tab air mampu menapis virus, bakteria, mikroplastik dan logam berat. JIKSOO Ria didatangkan dengan warna yang berani dan elegan bagi menaikkan lagi seri rekaan dalaman kediaman anda.

Penulen Udara All Clean

Penulen Udara All Clean

Kredit: SK magic

Penulen udara dengan sistem dan fungsi penapisan yang canggih ini terbukti dapat menghapuskan 99.99% virus bawaan udara, bahan pencemar udara, serta mampu menyingkirkan habuk, gas, kulat dan bakteria.

Kombo Ria Raya SK magic

Kredit: SK magic

Apa tunggu lagi? Jom langgan sekarang dan dapatkan perkhidmatan pemasangan percuma serta percuma lima tahun servis dan waranti. Info lanjut, layari laman web SK magic hari ini! “Ria Bersama, Raya Bermakna.”

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }