Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tips kesihatan

Dah Kawal Pemakanan Tapi Berat Masih Tak Turun? Ni 5 Kesilapan Biasa Yang Ramai Lakukan Untuk Kurus

Kalau berterusan, boleh hilang semangat nak kuruskan badan tu.
Editor
25 Nov 2020, 08:53 AM

dah kawal pemakanan tapi berat masih tak turun? ni 5 kesilapan biasa yang ramai lakukan untuk kurus

Kredit: Pexels

Berapa ramai yang memasang impian nak kuruskan badan tetapi masih belum berjaya? Iyalah, bukan mudah nak tukar kebiasaan dan menolak makanan sedap-sedap, kan? Lebih sukar nak melatih diri untuk kekal aktif dan mulakan rutin senaman yang konsisten setiap hari.

Dan keinginan yang kuat untuk kurus juga menyebabkan ramai yang akan ‘main ikut-ikut’ segala tip kurus yang dikongsi di laman sosial. Sesetengahnya mungkin berkesan tetapi ada juga yang mendatangkan mudarat jika diamalkan.  

Untuk anda yang dah cuba macam-macam cara tapi berat badan tak turun-turun, ni kami kongsikan antara kesilapan yang sering dilakukan mereka yang ingin kurus.

#1 Skip waktu makan

Ramai beranggapan dengan mengurangkan waktu makan, kurang kalori diambil dan boleh cepat kurus. Hakikatnya dengan skipped waktu makan, nafsu makan akan bertambah berkali ganda dan metabolisme juga akan berkurangan.

Sebaiknya makan 5 kali sehari termasuk 3 hidangan utama yang diambil dalam kuantiti kecil dan 2 snek sihat yang diambil di antara waktu makan.

#2 Makan banyak karbohidrat sebabkan gemuk

Karbohidrat akan dipecahkan menjadi glukos yang merupakan sumber utama tenaga. Karbohidrat kenalah diambil mengikut kuantiti yang disarankan iaitu antara 45 ke 65 peratus daripada nila kalori harian. Lelaki dewasa memerlukan purata anggaran 2000 kkal, manakala wanita pula sekitar 1500kkal sehari. Anggaran karbohidrat seharian bagi lelaki sebanyak kcal Jika diambil berlebihan boleh menyebabkan kegemukan.

The Dietary Guidelines foe Americans mencadangkan pengambilan karbohidrat antara 45 ke 65 peratus. Jadi, purata karbohidrat yang diperlukan antara 225 dan 325 gram setiap hari.

#3 Skip sarapan

Melewatkan sarapan hanya akan mengundang penyakit iaitu gastrik malah sekiranya melewatkan sarapan, seseorang cenderung untuk mengambil kuantiti yang banyak semasa makan tengah hari melebihi kuantiti yang sepatutnya.

#4 Diet buah je

Makan buah setiap hari memang elok tetapi jika anda ingin kuruskan badan dengan hanya makan buah-buahan boleh menyebabkan tubuh kekurangan zat seperti protein dan lemak. Sesetengah buah juga tinggi kandungan gula dan perlu diambil dalam kuantiti tertentu.

#5 Nak cepat kurus

Ramai yang frust bila dah kawal pemakanan dan lakukan senaman tetapi berat badan masih tak turun. Hakikatnya proses menjaga pemakanan dan bersenam ini perlulah dijadikan gaya hidup. Bukan sahaja untuk kurus, tetapi untuk menjaga kesihatan.

Paling penting untuk turunkan berat badan, sentiasa pantau kalori dalam setiap hidangan, amalkan pinggan sihat suku-suku-separuh dan sebaiknya elakkan makanan proses, tinggi lemak dan tinggi gula dan ambil karbohidrat sihat yang kaya dengan serat, rendah indeks glisemik (GI), makan lebih sayur dan buah.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us