Kredit gambar utama: Shutterstock
Sebagai ibu bapa sudah tentu anda mahukan yang terbaik untuk si manja, terutamanya untuk memastikan mereka membesar dengan sihat dan cergas. Namun begitu kadang kala kita terlepas pandang kemungkinan si manja yang sering meragam sebenarnya mempunyai masalah penghadaman.
Antara tanda-tanda yang tidak boleh anda ambil mudah dalam mengenal pasti kemungkinan si manja berasa tidak selesa akibat masalah pada sistem penghadaman mereka termasuklah:
#1 Kurang Selera Makan
Disebabkan si manja merasa tidak selesa, keinginan mereka untuk makan dan minum susu juga akan berkurangan.
#2 Emosi Tidak Stabil Sering Meragam
Perut si manja yang sering meragam mungkin menyebabkannya tidak ceria kerana emosi mereka terganggu. Sistem penghadaman mempengaruhi pelbagai fungsi dalam tubuh manusia. Perut yang selesa, membuka selera makan dan menstabilkan emosi.
#3 Sakit Perut
Sakit perut merupakan salah satu tanda masalah sistem penghadaman yang kerap diperhatikan. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan sakit perut seperti kembung, sembelit, jangkitan kuman, terlalu kenyang dan keracunan makanan.
#4 Masalah Pergerakan Usus
Masalah penghadaman pada si manja menyebabkan najis dan pergerakan usus kanak-kanak terganggu. Perubahan paling mudah diperhatikan ialah kekerapan dan tabiat membuang air besar si manja. Biasanya najis cair atau cirit-birit mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman. Manakala kekurangan pengambilan air dan serat makanan mungkin mengundang masalah kembung perut dan sembelit.
#5 Muntah-Muntah
Tanda-tanda jangkitan kuman biasanya bermula secara tiba-tiba dan diikuti gejala-gejala termasuk muntah, cirit-birit, sakit perut, demam dan kurang selera makan.
Jika si manja anda sering mengalami tanda dan gejala di atas, sistem penghadaman mereka mungkin mengalami masalah dan terganggu sekaligus mengakibatkan si manja anda tidak dapat menyerap nutrien yang secukupnya.
Masalah penghadaman boleh dikurangkan dengan penjagaan pemakanan si manja seperti dengan pengambilan Anmum Essential kini dengan kurma sebenar yang dirumus khas dengan Mind-Q connect serta Inulin. Inulin adalah prebiotik yang membantu menjaga persekitaran usus yang baik.
Selain membekalkan nutrisi dan menyokong sistem penghadaman si manja sejak awal, Anmum Essential kini dengan kurma sebenar secara tidak langsung membawa kita kepada cara dan amalan Sunnah.
Dengan sistem penghadaman yang sihat, si manja anda akan lebih ceria dan bersemangat untuk menjalani aktiviti harian! “Kurma harian, keberkatan ibu berkekalan.”
Cubalah Anmum Essential Kurma hari ini! Layari website Anmum untuk maklumat lebih lanjut.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.