Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tips kesihatan

3 Barang Ini Boleh Bantu Anda Elak Sakit Akibat Jerebu Yang Melanda

Banyak kesan buruk jerebu terhadap kesihatan.
Editor
10 Sep 2019, 04:40 PM

3 barang ini boleh bantu anda elak sakit akibat jerebu yang melanda

Kredit: Wikimedia Commons

Musim jerebu yang tidak digemari ramai kini kembali. Menurut Jabatan Metereologi Malaysia, jerebu yang sedang melanda negara bakal berlanjutan sehingga hujung bulan ni.

Ia disebabkan oleh cuaca yang kering dan juga pembakaran hutan dan ladang yang tak terkawal di Indonesia.

Menurut KKM, berikut merupakan kesan-kesan utama yang akan dialami kalau anda terdedah kepada jerebu secara berterusan:

  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas
  • Mata terasa pedih dan berair
  • Hidung berair dan kerap bersin
  • Kulit badan terasa gatal-gatal
  • Terasa sakit dada

Kalau boleh, elakkan beraktiviti di luar buat sementara waktu, dan minum air kosong sekerap yang mungkin. Selain itu, anda boleh mengambil tiga langkah berikut ni untuk jaga kesihatan di musim jerebu:

#1 Letak pokok atau tanaman kecil di dalam rumah

3 barang ini boleh bantu anda elak sakit akibat jerebu yang melanda

Kredit: Lazada

Nak udara yang segar dan bersih ketika berada di dalam rumah, tapi tak cukup bajet? Letak je beberapa pokok atau tanaman kecil di rumah untuk memberi lebih oksigen dan juga udara yang bersih. Tanaman ini sangat membantu dalam meningkatkan kualiti udara di dalam rumah kerana ia mampu menyerap racun yang terkandung dalam asap jerebu.

Dapatkan pokok kecil ni.

#2 Pasang alat pembersih udara ketika tidur

3 barang ini boleh bantu anda elak sakit akibat jerebu yang melanda

Kredit: Lazada

Bagi anda yang mempunyai bajet lebih, bolehlah beli sebuah alat pembersih udara dan pasangkan ia sepanjang malam sewaktu anda tidur. Terdapat beberapa kelebihan yang ada pada alat ini, contohnya ia menyingkirkan partikel asbestos, menyekat pergerakan asap daripada memenuhi ruang dan menyingkirkan alergen seperti habuk dan juga bau binatang peliharaan.

Dapatkan alat pembersih udara ni. 

#3 Pakai topeng yang betul

3 barang ini boleh bantu anda elak sakit akibat jerebu yang melanda

Kredit: Lazada

Datang je musim jerebu, kita boleh tengok pelbagai jenis topeng yang dipakai, seperti topeng pembedahan (surgical mask), tapi masih ramai yang tak tahu topeng yang mana satu yang sesuai dipakai semasa musim jerebu.

Topeng pembedahan hanya elok dipakai jika anda mengalami selesema atau batuk-batuk dan apabila anda bekerja dengan pesakit. Ia tidak memberi perlindungan yang mencukupi daripada zarah-zarah halus yang terdapat dalam asap jerebu.

Respirator merupakan topeng yang terbaik bagi menghadapi jerebu. Ia adalah alat yang direka untuk melindungi pemakai daripada menghirup habuk, asap, wap atau gas berbahaya. Terdapat dua jenis yang boleh didapati, iaitu jenis pakai buang dan jenis yang boleh diguna semula.

3 barang ini boleh bantu anda elak sakit akibat jerebu yang melanda

Kredit: Lazada

Respirator pakai buang adalah topeng yang mempunyai perkataan "NIOSH" dan sama ada "N95", "N99", "N100", "R95", "R99", "R100", "P95", "P99" atau "P100". NIOSH ialah Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan.

Jika topeng yang anda gunakan memaparkan “NIOSH”, ia  bermaksud topeng itu telah memenuhi piawaian yang ditetapkan.

Manakala nombor yang ada merujuk kepada jumlah minimum zarah bawaan udara (dalam peratusan) yang boleh disaring oleh topeng. Contohnya, topeng N95 mampu menapis 95% zarah (yang tidak mengandungi minyak).

Dapatkan topeng ni. 

Tak perlu berbelanja banyak untuk jaga kesihatan. Anda hanya perlu pastikan yang anda mengambil langkah yang sepatutnya di musim jerebu ni.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.