Kredit: Freepik; Edit: ERA
Umum mengetahui yang semakin kita berusia, semakin kurang daya kekuatan tubuh badan kita. Adakah anda perasan sama ada anda atau ibu bapa anda mengalami beberapa simptom berikut:
- Kurang bertenaga
- Langkah yang perlahan
- Kekuatan berkurangan
- Berat badan berkurangan yang tidak disengajakan
- Keletihan
- Kelemahan
Ini semua merupakan tanda-tanda kehilangan otot. Tahukah anda, otot tulang merupakan sebahagian daripada 30% hingga 50% berat badan? Otot memainkan peranan struktur yang penting dan ia merupakan sumber kekuatan, serta diperlukan bagi pergerakan dan keseimbangan.
Bermula dari umur 40, rata-rata orang dewasa akan kehilangan sehingga 8% daripada jisim otot bagi setiap dekad. Setelah umur 70, peratusan tersebut meningkat dua kali ganda.
Oleh itu, cuba buat Cabaran Strength Chair-Lenge di rumah bersama ibu bapa anda untuk ketahui sama ada otot anda dan ibu bapa anda masih kuat dan berfungsi dengan baik.
Berapa banyak otot yang anda perlukan dalam kehidupan seharian?
- 34 otot bagi menaip emel
- 42 otot untuk senyum pada cucu
- 80 otot untuk membuka balang biskut
- 180 otot untuk menari “twist”
- 200 otot untuk berjalan-jalan di taman
- 240 otot untuk membawa barangan dari pasar
6 sebab utama kenapa mengekalkan kekuatan otot sangat penting
Apabila anda membuat otot bekerja, ia akan menjadi lebih kuat. Otot yang kuat dan sihat dapat membantu anda untuk:
- Mengekalkan kebebasan mereka dalam pergerakan
- Melakukan aktiviti harian seperti mengangkat barang atau mencapai sesuatu pada rak yang tinggi
- Meningkatkan keseimbangan, koordinasi, dan pergerakan
- Mengurangkan risiko terjatuh
- Mendapatkan kekuatan dan tenaga
- Mengekalkan sendi
Masih belum terlambat untuk menjaga kesihatan otot dan meningkatkan kekuatan otot anda. Ia boleh dicapai melalui kombinasi senaman kekuatan dan pemakanan yang seimbang dengan pengambilan protein yang secukupnya, termasuklah bahan-bahan yang boleh membina tisu otot seperti HMB.
Anda dan juga ibu bapa anda boleh mula lakukan dua perkara ini:
#1 Bersenam
Buat senaman rintangan. Orang dewasa berusia atas 75 tahun mampu meningkatkan kekuatan dan kepadatan otot mereka setelah melakukan latihan senaman rintangan. Menurut sebuah kajian, satu hingga 2 senaman rintangan yang dilakukan setiap minggu boleh meningkatkan kekuatan otot.
Senaman aerobik dan juga berjalan boleh melancarkan perjalanan darah serta bekalan nutrisi kepada otot. Selain itu, apa saja aktiviti fizikal yang boleh mengepam jantung boleh memberi manfaat kepada kesihatan kita.
#2 Dapatkan bekalan nutrisi yang baik secukupnya
HMB adalah metabolit aktif daripada leucine asid amino yang membantu mengatasi kehilangan otot. Walaupun leucine didapati dalam makanan, HMB sukar diperoleh melalui diet sahaja. Hanya kira-kira 0.5% hingga 5% daripada leucine makanan yang ditukar kepada HMB. Selain itu, tahap HMB dalam badan berkurangan dengan semakin meningkatnya usia.
Berikan ibu bapa anda 2 gelas Ensure Gold setiap hari, kerana ia mengandungi HMB dan Campuran Tiga Protein yang membantu dalam mengembalikan kekuatan fizikal, serta 28 vitamin dan mineral bagi nutrisi yang cukup dan seimbang.
Dengan pengambilan setiap hari, mereka boleh kekal aktif dan kuat dalam menjalankan aktiviti harian yang mereka sukai. Ensure Gold kini terdapat dalam perisa Teh Hijau yang menyegarkan.
Jangan lupa dapatkan juga sampel PERCUMA Ensure Gold!
Kalau berminat nak beli, anda boleh dapatkan produk ni di mana-mana farmasi dan juga dalam talian.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.