Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tips kesihatan

Makanan Yang Boleh & Tidak Boleh Ibu Hamil Ambil

Fasa kehamilan ni, serba serbi kena jaga.
Editor
16 Jul 2020, 01:53 PM
makanan yang boleh & tidak boleh ibu hamil ambil

Kredit: Freepik

Fasa kehamilan sememangnya sesuatu yang sukar dijangka. Dalam keterujaan menanti ‘orang baru’ dalam keluarga, perjalanan 9 bulan 10 hari itu sesuatu yang penuh dengan kejutan.

Ada bakal ibu yang langsung tiada sebarang masalah, tiada morning sickness dan tiada sebarang penyakit. Manakala sebahagian yang lain pula, mungkin terpaksa melalui fasa morning sickness yang teruk sehingga perlu ditahan di wad, GDM (Gestational diabetes mellitus) sehingga perlukan suntikan insulin, tekanan darah tinggi dan sebagainya.

Fasa kehamilan setiap orang adalah berbeza.

Sebab itu penting untuk bakal ibu menjaga pemakanan setiap hari. Ada makanan yang perlu dikurangkan kuantiti, ada yang perlu dipertingkatkan pengambilan hariannya dan tak kurang juga yang perlu dielakkan. Ini antara makanan yang perlu diambil berat oleh bakal ibu:

Makanan yang baik

makanan yang boleh & tidak boleh ibu hamil ambil

Kredit: Freepik

Makanan yang baik bermakna para ibu boleh melebihkan pengambilannya setiap hari kerana makanan ini baik untuk perkembangan bayi dalam kandungan. Antaranya termasuklah:

  • Produk tenusu seperti susu, yogurt dan keju.
  • Buah-buahan seperti epal hijau, avokado, beri dan limau. Kurangkan pengambilan buah-buah yang manis seperti kurma, tembikai dan durian bagi mengelakkan bakal ibu mengalami peningkatan paras gula dalam darah.
  • Makanan tinggi protein seperti makanan laut, daging, telur dan ikan salmon.
  • Kekacang seperti badam dan walnut.

Makanan yang perlu dielakkan

makanan yang boleh & tidak boleh ibu hamil ambil

Kredit: Freepik

Makanan yang perlu dielakkan ni termasuklah yang kurang nutrisi dan boleh mengganggu kehamilan serta perkembangan janin. Sesetengahnya boleh diambil dalam kuantiti kecil. Antaranya termasuklah:

  • Kafein. Elakkan pengambilan kafein pada trimester pertama, dan hadkan pengambilan tidak melebihi 2 cawan pada trimester kedua dan ketiga.
  • Telur mentah atau separuh masak yang mengandungi bakteria salmonella.
  • Makanan laut yang bersaiz besar kerana di dalamnya mungkin terdapat kandungan merkuri yang tinggi.
  • Makanan yang tidak dipastur seperti susu yang baru diperah.
  • Makanan yang tidak dimasak dengan sempurna terutamanya daging dan ayam.
  • Soft cheese seperti blue-veined, brie atau camembert.

Penting untuk para ibu mengetahui apa yang dimakan setiap hari dan pastikan anda amalkan diet seimbang sepanjang kehamilan. Diet seimbang ni bukan sahaja membantu perkembangan bayi dalam kandungan tetapi memastikan ibu sihat sepanjang kehamilan.

Para ibu yang sedang hamil dan menyusukan anak juga digalakkan untuk mengambil 2 cawan susu setiap hari bagi membekalkan keperluan kalsium tubuh.  Antara susu yang boleh diambil oleh ibu hamil adalah Enfamama A+ yang mengandungi kolina, kalsium, vitamin D, zat besi dan inulin serta tinggi dengan asid folik.

makanan yang boleh & tidak boleh ibu hamil ambil

Kredit: Enfamama A+ Club

Anda juga boleh menyertai Enfamama A+ Club di sini. Ada banyak kebaikan yang anda perolehi antaranya anda anda boleh mendapatkan tip kehamilan, tawaran eksklusif ahli, baucar eksklusif, promosi menarik dan sampel susu percuma. Layari laman web ENFAMAMA untuk info lanjut.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.